Peduli Palestin

Sifat kebinatangan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin semakin menjadi-jadi. Serangan terbaru terhadap bumi Palestin dianggap keganasan terburuk pengganas dunia tersebut di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih 1650 telah tercedera.

Jelas, kebobrokan rejim terlaknat ini adalah suatu tindakan yang tidak boleh dimaafkan dan dibiarkan begitu sahaja. Ketahuilah bahawa setiap warga Palestin kini sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka. Seluruh dunia Islam kini bersiap-siaga untuk bersatu dalam meniupkan kembali semangat intifadhah.

Mereka percaya dan yakin, hati mereka dekat dengan al-Quds. Jiwa mereka rindu pada derap langkah pejuang Palestin. Yang pasti, mereka mengerti bahawa iman mereka sudah sebati dengan ruh jihad para syuhada’ dan pejuang Palestin. Bagaimana dengan diri kita?

Sudah-sudahlah berbangga dengan status seorang Islam tetapi jiwa sanubari tiada secuit rasa belas kepada nasib warga Palestin. Malulah pada diri sendiri seandainya semangat intifadhah tidak meresap dalam diri kita. Ketahuilah, umat Islam di Palestin tidak akan memaafkan setiap kealpaan kita di Malaysia apabila gugurnya setiap titisan darah dan tangisan saudara kita di sana!

Setiap dari kalangan kita kini sedang dipertanggungjawabkan. Bumi Palestin sekarang adalah amanah bagi setiap jiwa umat Islam. Usahlah kita sekadar berpeluk tubuh dan sentiasa berasa dalam keadaan selesa. Ingatlah, setiap jiwa yang merintih ‘diratah’ oleh rejim Zionis di Palestin, sedang kita ralit bergembira di sini, ketika itulah kehinaan besar menghunjam ke atas diri kita!
Justeru, atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.

Perbanyakkan doa, solat hajat dan bacaan qunut nazilah setiap hari, setiap malam. Suatu yang pasti mengharukan saudara kita di sana seandainya mereka tahu bahawa kita menumpahkan air mata bermunajat kepada Allah agar rakyat Palestin mengetahui bahawa mereka tidak berjuang bersendirian dalam perjuangan bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh Islam.

Ayuh semarakkan Intifadha !

HANCUR ZIONIS! HIDUP ISLAM! BEBAS PALESTIN!


Beruntungnya kamu wahai si buta!

"You know nobody loves me. Not even granny. They all ran away from me because I'm blind.

If I could see, I would go to the local school with other children. But now I have to go to the school for the blind on the other side of the world.

Our teacher said that God loves the blind more because they can't see.
But I told him if it was so, he would not make us blind so that we can't see Him.

He answered: God is not visible. He is everywhere. You can feel Him. You see Him through your fingertips.

Now I reach out everywhere for God till the day my hands touch Him and tell Him everything, even all the secrets in my heart..." *


Sesekali hati hadir berbisik, beruntungnya kamu, wahai si buta. Pandangan zahir meski gelap gelita, namun mata hati kamu cukup terang. Istimewanya kamu, diberi rahmat Tuhan, terlindung daripada fitnah dunia.

Hati kamu semestinya luhur dan lembut. Jiwa yang terhijab pandangan dunia adalah jiwa yang akrab dengan Tuhan. Menangis kamu bukan dek kesedihan tak bisa melihat. Tapi gugurnya air mata berdasarkan titisan rindu kepada Tuhan. Dalam kelam majazi, kamu penuh harap kelak diberi ruang untuk menatap Tuhan. Nikmat agung yang diidam-idamkan.

Bagi yang sempurna sifat, kecil bilangannya yang reti menghargai. Lebih ramai memilih untuk angkuh, enggan bersyukur. Mata dibiar melilau liar. Seronok berlandaskan nafsu. Mahu menyegarkan panca indera. Namun natijahnya mengeruhkan iman menistakan hati.

Benarlah firman Tuhan, sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur.

Wahai si buta, aku tersangat cemburu. Cemburu pada dirimu yang asyik bercinta dengan Tuhan. Si buta yang asyik bersama-sama bejana cahaya Ilahi. Hidup tiada kelam dan suram, tiada berbalam. Bahkan sinar hati terang benderang. Meneguk cinta tak terbandingkan.

Diri ini bersama kelopak mata yang makin memberat bebanan dosa maksiat dan zina pandangan, merintih halus, menderu sebak mendalam, menutur: Beruntunglah kamu wahai si buta...!

Aku memejamkan mata. Melupus sisa pandangan mata yang menyesakkan iman.

Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya hamba-Mu di kalangan orang-orang yang zalim.



* Petikan daripada filem "The Color of Paradise", babak yang paling meruntun perasaan. Begitu mendamaikan, mesej tauhid seperti biasa menjadi fokus dalam setiap karya Majid Majidi.

Hormati hukum Tuhan

Budaya siasah sering kali dimomokkan dengan isu-isu semasa yang terkadang mencetus polemik yang melelahkan khalayak untuk melayaninya. Jika sekecil-kecil isu boleh dijadikan bahan yang hangat diperdebatkan, apatah lagi isu-isu sensitif berkaitan agama ditimbulkan.

Barangkali boleh diberi suatu tanggapan bahawa fanatik kepartian begitu menebal dalam diri majoriti para pengekor politik negara ini. Masing-masing begitu bersungguh memperjuangkan ideologi parti masing-masing. Bukan menafikan faktor tersebut memandangkan kepentingannya tetap ada dalam sesebuah perjuangan parti yang ideal

Pun demikian, sewajarnya terlebih dahulu setiap daripada mereka yang mengamati dan menekuni dunia siasah meletakkan syariat dan ilmu sebagai asas panduan. Siasah suatu medan pertembungan ideologi, percaturan strategi dan pemilihan kuasa. Tidak boleh sewenang-wenangnya diredah tanpa ilmu.

Isu perlaksanaan Hukum Hudud kembali dijadikan bahan unttuk disensasikan. Pihak di sebelah sana beranggapan itu adalah retorik pihak satu lagi. Manakala pihak yang terkena bangun bertegas mempertahankan prinsip. Susulan daripada itu akan berlanjutan tuduh-menuduh dan bidas-membidas sesama mereka.

Bila dua-dua pihak tegar berhujah, akan jelas pada tindakan tersebut dua perkara, iaitu yang mana satu kebenaran dan yang mana pula kebatilan. Jika faham ilmu, faham ideologi, faham uslub, maka mudahlah bagi mereka untuk memahami apa itu kebenaran, dan meneliti kekurangan dalam kebatilan.

Isu hudud bukanlah isu yang sepatutnya dijadikan modal bahan kempen. Bagaimana mungkin seorang Muslim yang mengimani al-Quran sebagai kalam Allah, membuka ruang di kalangan mereka untuk masing-masing mempersoalkan perlaksanaan hudud. Seolah-solah menampakkan kerendahan nilai dalam diri mereka yang mengaku berpegang dengan syariat.

Ketepikan dahulu isu bukan Muslim yang enggan menerima. Hal ini kerana mereka sendiri tidak faham apa yang dihujahkan secara mendalam. Namun, amat menyedihkan bagi kelompok Muslim yang tidak faham hukum Allah. Bukan sahaja cetek pengetahuan, lebih buruk lagi bila memperlekehkannya.

Hukum Allah mesti dihormati, mesti disanjung dan mesti ditegakkan. Bagaimana cara, perlaksanaan dan kaedah, ia menuntut kefahaman dan penelitian terperinci. Ada kalanya keadaan setempat banyak mempengaruhi. Ada kalanya kekangan waktu menjadi cabaran kuat dalam melaksanakannya.

Namun apa jua sekalipun, batu asasnya tetap tidak berganjak. Hukum hudud tetap hukum hudud. Tiada penafian untuk perlaksanaannya dan wajib bagi setiap pemimpin Islam, pemimpin umat dan pemimpin negara meletakkannya sebagai misi mendaulatkan Islam.

Janganlah kita terpalit sama dalam berlaku biadap kepada Allah. Perkemaskan faham ideologi dengan ilmu. Syariat bukan untuk dipolemikkan. Sebaliknya amal dan penghayatan lebih utama diperjuangkan. Siasah suatu cabang dalam syariat. Ia tidak akan lari dari prinsip Islam.

Bagi yang mempersoalkan pihak yang mengusulkan itu, harus kembali renungi diri mereka sendiri. Adakah mereka selaku pemimpin sekarang, mempunyai inisatif untuk bertindak ke arah itu. Jika jawapannya tidak, maka amat wajar untuk mereka mengasingkan diri, memohon ampun dan bertaubat di atas kecuaian amanah sebagai khalifah di muka bumi negara umat Islam ini.

What the hell is mooting?

Since attending mooting workshop few months ago, there are only several students currently who are still continuing their eagerness to pursue in this course. Don’t know why, though at the beginning, they seemed so confident to take part in mooting. But later, enthusiastic opted to be surrender earlier.

Now, USIM team preparation for Jessup. I took a challenge to be a junior reseacher. To be honest, the task given to me is more challenging(read: tiring+boring! Hehe) Somehow it is so difficult to be enjoy doing this kind of thing. I've been reading up on the bundle of international laws and it's my first time to deal with such tough legal materials. Dok ghok cettong ambe weh...huhu




When you aren't expert in language, it is a complex job for you to start research legal issues in much greater depth than usual. Before preparing memorial, you need to comprehend facts well and come out with highly analytical solutions. That is the crucial part of mooting tasks.

Maybe this experience is very nice and benefits given. Don't worry(persuade myself. Huhu). Mooting culture is not for everybody. Even some students assumed that only nerdy could be enjoy in this purely academic club. Haha. Whatever lah. For me, getting involved in mooting give much goodness.


In USIM, mooting is not familiar yet. Commitment issue always arised whereby only a little number of students would willingly sacrifice break semester, not really sleep everyday and be stress in serious surrounding till midnight. That’s why mooting is so exclusive. So, be patient. Take it as a challenge and don't give up.

The true fact is: students now in a learning process. More practices you do, more challenges you'll face in your life. And we are not in the highest position to be proud of. The life must go on with professional skill and having a humble path.

the best way for mooting is.. demonstrate your talent before the unspoken judge!


p/s: Aku sebenarnya keberatan untuk melibatkan diri(baca: sangat malas) dalam menge’moot’ ni. Haha. Tu pasal lah tulis entry ni, nak jana semangat balik la kononnya. Adoii la. Belajar bai, belajar….biar pun letih! =P

'Anugerah Blog'


Bila sebut tentang award, teringat aku pada satu siri cerita Spongebob. Kisah si Patrick yang iri melihat teman akrabnya si span kuning mendapat longgokan award yang pelbagai dan begitu banyak. Makanya, si Patrick ni pun bertekad untuk mendapatkan award seperti temannya. Begitu bersungguh-sungguh dia meniru gaya dan gerak-geri si span kuning dengan harapan akan beroleh award sebanyak yang diperoleh si span kuning.

Hampir-hampir sahaja krisis persahabatan berlaku apabila temannya si span kuning tidak begitu menyenangi dirinya ditiru bulat-bulat oleh si Patrick. Namun, konflik akhirnya terlerai. Si Patrick berhasil jua beroleh award tanpa perlu membuat apa-apa, memandangkan pencapaian terbaik beliau yang tidak pernah melakukan apa-apa sebelum ni. Dua sahabat ini akhirnya kembali hidup harmoni di dasar lautan yang rekaan semata-mata itu.


Aku pun tak tahu apa kaitan yang signifikan cerita di atas dengan entri kali ini. Tapi yang pasti, aku sudah pun menerima award tak terjangka daripada dua orang - cik Anis, rakan seangkatan pustakawan sewaktu sekolah menengah dahulu. Seorang lagi, cik Athirah, rakan blogger yang berkongsi hobi sama dengan aku. (eh ye ke?haha)

Terima kasih lah ya. Hidup ini mesti selalu saling menghargai. (Ecesh!). Dek kerana award ni ada syarat-syaratnya, iaitu:

- Perlu dibagi pada orang yang dirasa BEST GILA-GILA
- Hanya terhad kepada 5 orang sahaja
- Sesiapa dapat anugerah ini diwajibkan buat posting kat blog masing-masing

Dan, diperturunkan lima pilihan aku:

Tg Anis - Aha, ini bukan nak pulangkan balik award ya. Tapi, berdasarkan bukti-bukti kukuh, sememangnya layak untuk aku berikan kepadanya. Pada pandangan aku, dia seorang penulis berbakat besar. Dengar-dengar cerita, sudah berjaya membikin beberapa buah novel dengan jayanya. Antara blogger terawal yang muncul dan sering aku soroti penulisannya. Berkongsi idea dengannya pasti mengujakan.

Ustaz Ikram Hakim - sahabat dunia akhirat ni. Sebab aku jadi minat membaca blognya untuk mengetahui perkembangannya yang terkini di Rabat. Juga mengagumi semangat yang ada pada dirinya sebagai seorang huffaz yang mantap istiqamahnya. Memang berpotensi besar jadi ulama'. Jadi politikus pun berbakat juga ni. Ganti tuk guru nanti ya. Sekarang sudah buka blog baharu. bagus3..

Duan - Sesuatu yang menyeronokkan bila membaca perjalanan kisahnya di Eropah. Terkenal di sekolah sebagai antara top student. Dengan bahasa yang ringkas dan mengalir mesra, ditatapi dengan foto-foto menarik, serasa begitu santai dan ceria sekali. Apa yang pasti, membaca blognya sedikit sebanyak membantu menambah baik kesederhanaan bahasa Inggeris aku. Harap-haraplah...Hehe.

Athirah - Sekali lagi bukan mahu memulangkan award. tapi memang perlu diakui, penulisan dalam blognya simple sahaja, tapi memberi makna besar kepada pembaca seperti aku. Random thoughts in meaningful words. Juga blog yang aku ikuti untuk perbaiki English aku. Satu lagi, dia ambil LLB di UIA. Yang bagusnya, she is humble enough.

Hariri Daud - sangat suka membaca penulisan beliau. Biasalah kan, orang motivasi ni selalunya cukup handal dalam seni menarik minat orang lain. Bekas debater yang banyak mencetuskan wawasan dalam diri kita. Pernah bersua akrab dengannya dalam satu program, ternyata seorang yang cukup mesra. Tapi, tak tahulah aku sama ada mantan YDP MPP ni sedar ke tidak aku bagi award ni..

Blog-blog lain juga sangat bagus terutama dari segi pengisiannya. Lima di atas ini sekadar lima blog menarik yang paling awal terlintas dalam cepu kepala aku.

Apapun, bagi sesiapa yang inginkan award, maka rajin-rajinlah mengemaskini blog anda. Kelak, pasti ramai yang akan mengunjungi blog kalian. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya ni...=D


p/s: result exam sudah keluar semalam. Sekalung tahniah kepada sekalian sahabat seperjuangan. Sekadar untuk renungan bersama: Kejayaan yang dikecap pasti mengandungi hikmah dan bersalut dugaan. Justeru, jadikan setiap kejayaan itu tangga-tangga untuk mendekatkan diri kepada Allah taala, sebagai bukti kebergantungan kita kepada-Nya.

Balik



Tepat 5.30 petang, selamat tiba di kampung halaman. Tiada titis hujan yang menyambut. Hanya tanah bumi yang berpijak banyak becak dan berair. Menurut abang iparku, banjir sudah pun surut dua hari lalu. Langit redup beserta awan mendung berambal-rambal, kelihatan tebal menampung beban yang memberat. Teringat istilah orang Gganu, hari ni cuaca jo'ong.

Alhamdulillah, hari ini banyak mengajar aku. Dan sangat-sangat terkena. Padan muka untuk diri sendiri. Hari yang dilalui penuh dramatik dan meletihkan.

Pagi tadi, bergegas dengan Wak menuju stesen komuter. Wak yang masih mamai memboncengku penuh tenang walaupun dia tahu hati aku ni berdebar-debar macam nak meletup memikirkan aku bakal ketinggalan bas. Dalam kepala, terbayang macam-macam. Beraya haji di Nilai sekali lagilah nampaknya. Tak pun terbayangkan diri terkontang-kanting berkelana mencari tiket saat-saat akhir yang entah ada entah tidak.

Menunggu tren yang lewat tiba, penuh kesabaran. Tenanglah hati, banyakkan doa dan berserah. Sebaik tiba, gesit berkejar ke Hentian Putra dengan tiga beg digalas macam pelarian asing diburu polis. Kemudian terpaksa tebalkan muka menuruni tebing tinggi bersebelahan susur keluar Jalan Kuching dengan gaya yang ekstrem semata-mata mahu menahan bas yang sudah mulai bertolak.

Nasib badan tersangat baik. Hampir-hampir terlepas bas. Pedulikan semua orang memandang. Muka pucat kepenatan(sebetulnya sebab belum makan, lapar gila) dan tiket pun dihulur, terketar-ketar kepenatan. Fuh, masuk ke dalam perut bas, badan masih hangat dan berkeringat. Air-cond tak membantu. Hanya nafas dihela dalam-dalam, dilepas segala rasak dan lelah. Hati tak putus-putus mengucap syukur, segala puji bagi Allah. Terima kasih Tuhan.

Mata mulai dijemput kantuk, memuyu-muyu dan kemudian langsung lelap. Letih.

Pengajaran hari ini: jangan tidur selepas Subuh, nanti mahal rezeki. Dan sememangnya, masa itu mahal harganya.

Selamat balik kampung untuk diri sendiri.

Terjah Acacia


Baru-baru ni, sempat juga menceroboh masuk kediaman pelajar USIM yang baharu, Acacia Park. Tempat ni bagi aku tak adalah teruk sangat. Bilik luas, selesa dan sangat dekat dengan kawasan kampus. Cuma, ada jugalah kekurangan yang mungkin merencatkan minat sesiapa yang 'bertuah' untuk berhijrah ke sana.


Di kejauhan, Canselori yang tersergam atas puncak bukit...


Malas hendak cerita banyak-banyak. Dalam hati, berdoa kepada Allah supaya rayuan aku untuk kekal di Sutera diluluskan. Huhu. Ameen.

Mangsa keadaan yang frust bila diarah berpindah ke Acacia...

Cerita si Diva


Tahniah kepada sahabat, Ikhwan kerana berhasil mengukuhkan gelaran diva yang sudah sinonim dengan dirinya. Aku pun tumpang sekaki berbangga atas kejayaan dia ni. Tak sia-sia ya datang beri sokongan selama dua hari. Akhirnya berjaya jua anda menyandang juara. Royal Debate tak berhasil, dapat yang ini pun sudah dikira sangat mantap lah bro.

Mabruk ya akh.

p/s: Tarikh pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu sudah diumumkan SPR. Jentera-jentera sudah mulai memanaskan enjin. Petugas mulai dikerah untuk turun padang. Kepada mereka yang terlibat secara langsung, selamat beramal siasah dengan harmoni.

Out the stock

About a couple of week I deliberately let this blog without latest update. Nothing much to say actually after completely dealt with the crucial period of the stress final exam. What I could say, my brain is out of ideas to write in serious and critical though some current issues really pushed me to give some personal comments. As final exam ended, why not I just set aside it for a while.

I opted to spend my ample time with some enjoyable jobs. With my ‘crazy’ buddies, doing such things that lousy sometimes relaxing our mind. Never mind, just to be fun at that moment, not beyond the limit.

Putra Nilai, in a sense of pleasure, have nothing amazing places. That's why all seven of us went to Putrajaya by driving away around there. During that journey, to avoid getting bored, we read all signboards stated Presint as ‘Pesantren’. HeHeHe nice what...

Exploring Alamanda, ‘lepak’ing there at night till we get bored. Karaoke was quite enjoy but I'm not interested. (Buang duit je). Let some of us 'melalak' there, me and the other two at the very beginning had found our own port. And exactly we were so eagered to explore it. At MPH, I still couldn’t see the book I had searched for a long time. My assumption was perhaps that inspiring book is limited edition and not be published at every bookstores. After all, I got Saasatul Ibad (political player) for my own, and very satisfied.

The most interesting moment we had have absolutely ISCOM, a prestige event under our faculty. Nothing dull but awesome place we had explored during that time. At the same night, we then started our first job as committee members. Initially that was a reason we went out that evening.
Helping our hardworking lecturers doing some tough preparation till 0300am, it was really a tiring work. Actually there was a plan to make a rehearsal of opening ceremony, but somehow, some technical matters led us to cancel it. No wonder to see our Dean stay up together with us to make sure this seminar is well-handled and going smooth totally (salute to him).

ISCOM 2008 stand for International Seminar on Comparative Law is the prime event organized by Faculty of Syariah and Law, USIM. This seminar was overall beneficial for us in terms of exposure to critical discourse relating various laws, humanitarian and political issues. We were also experienced to discuss friendly and sharing updated knowledge and information with students, professors, lecturers and presenters from other countries.

So far it was the best one as well as we had not to pay anything to joint venture this event. So next time, make sure you grab chance to be a committee and you suppose to get free a bundle of proceeding, free lunch and tea at the hotel for three days and enjoying seminar without paying the fee (RM200 per student, pewh!). Seriously, it is essential for us to get involved in such programmes as it can help us a lot at the end of the day. So, let's plan our future now.

The most memorable time was that….
As-syeikh Dr Wahbah Zuhaili, a well-known scholar and an expert in Fiqh studies. Meeting him was a wonderful moment. Not only to know him closely, but also to take chance for ' tabarru’ ', can I? HeHe. Next day after the seminar, Dr Wahbah went to USIM to deliver a special lecture for FSU members in FSU Moot Court. His speech(in Arabic) generally related to the importance of studying Shariah for Islamic course.

In the Moot Court FSU
Wacana INFAD

I had found a brilliant view from this scholar that I thought should be absorbed by all figure Muslims, that so-called a spirit of tasammuh – a wonderful attitude about accepting and appreciating the other with full of tolerance. This term usually can be seen when we discuss religious matters relating to studying comparative of mazahib(Fiqh Muqaranah).

This is a common term which is always to be heard, however there is only a little number of Muslims who care about it. Very proud to him as he proved that a profound ulama' like him should be tolerate each other if they really concern about Ittihad ummah(unity of ummah), no matter he or she is Sunni or Shi'ah. But obviously, not to unethical groups of tasyaddud (extremist/fanatic of mazhab).

From 17 to 21 Nov, this period had been fulfilled very well. Alhamdulillah, Thanks God for Your guidance which made me properly managed without wasting time with annoying things. Then, for 1st year students, pursued with LSP for nine days and had done tentatively. Really enjoyed it with interesting activities in Arabic and English language. I’d like to address a warm gratitude to Ustazah Maryam and Mdm Norliza for their advices, moral supports and giving us a bucket of words of wisdom. Both of you are so nice, kind of friendly person. Hope we’ll see you again.

End of semester. It is a time now for holiday. I, still in Nilai before come back to my hometown this Friday morning. Raya Haji this year is quite different as we celebrate without parents who are in Mekah for Haj pilgrimage. Yesterday, I got message from my sis. Bad news. Raining without ending caused waters flooding the whole house. I pray for this morning floodwaters have now receeded. I wondered about my room at the downstairs which is placed our khutub khanah. So many books inside there. Would it be a flood damage? Hopefully it is not.

Now, it’s time to clean and clear (Just now, one thing irritated my mind, Acacia or Sutera??)

Being the last one who check out from this room...served your right. HuHuHu.


Pending....


To all colloquies, have a nice holiday, and selamat hari raya haji~


p/s: Kuliah Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi berlangsung pada Khamis, selepas solat Maghrib, minggu pertama dan ketiga setiap bulan di Masjid Putra Nilai, Bandar Baru Nilai. Sahabat berkelapangan disarankan untuk hadir memeriahkan kuliah ilmu ini. Kitab pengajian yang digunakan, “Mafahaim yajibu an Tash’hih” (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan.) Allahua’alam.

Semoga aman sebagai Tetamu Allah

“Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis unta yang kurus yang datangnya daripada pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh…” (Surah Al-Hajj: 27)




Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullullah Sallallahu Alaihi wa aalihi wasallam pernah ditanya tentang amalan apa yang paling utama. Beliau menjawab: ‘Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.’ Kemudian beliau ditanya kembali: ‘Setelah itu apa lagi?’ Beliau menjawab: ‘Jihad fi Sabilillah.’ Kemudian ditanya lagi: ‘Lalu apa lagi? Beliau menjawab, ‘Haji mabrur.’ (HR. Al-Bukhari 1519, Muslim 83).

Untuk bonda dan ayahanda tercinta, kami sentiasa doakan kalian sejahtera dalam mengerjakan ibadat haji. Sebagai tetamu Allah yang kemuncaknya haji mabrur, semoga rahmat dan redha Allah hadir mengiringi kalian ke arah ganjaran teristimewa itu. Ameen.


Labbaik Allahumma Labbaik!

Hikmah di sebalik pemergian Pengebom Bali

Ramai orang sibuk memperkatakan isu kematian tiga orang pengebom Islam ini. Bagi yang menyokong, deras menyertakan hujah sokongan dan dalil mempertahankan tindakan mereka. Dan bagi yang tidak bersetuju, bertalu-talu mempersoalkan kewajaran dan ketepatan langkah mengebom kelab malam di Kuta dalam peristiwa pada 2002 lalu.

Kita sebagai kelompok Muslim di Malaysia, pastinya terkena sedikit tempias ekoran daripada peristiwa hukuman tembak mati pada Isnin lalu. Tidak tahulah berapa kerat di kalangan kita yang peduli. Hakikatnya, ia secara langsung melibatkan Islam dan Muslim secara keseluruhan.

Mempersoalkan sama ada mereka syahid atau tidak, bukanlah suatu isu yang sesuai diperdebatkan. Syahid itu ganjaran Allah. Dan sudah tentu ia adalah rahsia Allah yang hanya Allah jualah yang maha Mengetahui siapa hamba-Nya yang layak. Dan kita sememangnya tiada kelayakan untuk mengatakan mereka syahid atau tidak syahid.

Cuma, berpandukan nas dan pendapat ulama', ada sesetengah yang menerangkan tanda-tanda kesyahidan seperti yang biasa kita dengar. Kekuasaan Allah itu jelas dan Maha Hebat. Apapun, Allah maha mengetahui keadaan hamba-Nya.

Bagi aku, isu yang lebih wajar untuk direnungkan adalah, faktor apakah yang membuatkan kecenderungan ketiga-tiga pemuda kental itu untuk tekad dalam tindakan tersebut? Bagaimanakah agaknya kekuatan nilai dalaman mereka, atau inner riches, yang begitu merangsang mereka sehingga tegar sekali bertindak sebegitu?

Pandangan masyarakat dunia melihat itu adalah tindakan radikal yang terkutuk. Ujar mereka, mengapa babitkan mereka yang tidak berkaitan hingga terbunuh? Lalu dibawa unsur kemanusiaan, dibahaskan hak moral, disinggung isu agama dan ekstremisme. Soalnya, dalam mengadili suatu peristiwa, pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat mereka?

Mereka bertiga yang dilabel sebagai militan itu oleh pihak luar, adalah Muslim. Kita sejak lahir, Alhamdulillah atas nikmat Islam ini, masih lagi bergelar dan beramanah sebagai Muslim. Salah satu persamaan kita adalah, berkongsi nilai agama yang sama. Kita saling memahami konsep yang ada dalam Islam. Kita sama,-sama menekuni syariat dan beramal mengikut aliran mazhab yang rajih. Pokoknya, kita faham sedikit sebanyak tujuan mereka berbuat sedemikian. Iaitu atas nama jihad. Jihad di jalan Allah.

Maksud dan peranan jihad masing-masing sudah pun mengerti. Cuma bagi kita, sebagai rakyat malaysia beragama Islam dan beramal dengan syariat Islam khasnya, perlu disoal kepada diri tentang jihad. Sejauh manakah sudah kita beramal dengan jihad, khususnya dalam hal perjuangan Islam secara zahir.

Perhatikan masyarakat Muslim kita sekarang. Ramai manakah yang tulus mengisytiharkan diri untuk mewakafkan diri kepada Allah? Tidak kita sangkalkan bahawa Islam mempromosikan jalan dakwah yang harmoni dan berhemah. Kekerasan hanya perlu bila saat wajib untuk mempertahankan maruah Islam.

Jihad hadir tatkala seseorang itu menebal cintanya kepada apa yang dianutinya. Jihad muncul bila meluapnya angin kebencian kepada taghut akhir zaman yang menjengkelkan, puak Yahudi dan Kristian yang biadap serta bencinya kepada maksiat dan perkara-perkara keji.

Jihad sebegitu makin pudar di tempat kita. Sememangnya ada tapi bila dinisbahkan kepada mereka yang enggan pedulu, bezanya cukup ketara. Lihat sahaja mereka yang sebaya, segenerasi dengan kita. Di kalangan muda-mudi Islam, majoriti sudah pun tersungkur tewas sebelum berjihad di medan tempur sebenar.

Moral masyarakat Islam kita secara umumnya, makin rendah. Hinggakan ada yang pada tahap malu dan tidak senang untuk beramal dengan Islam atau segan untuk menuar-uarkan syiar Islam. Itu bagi yang mengerti agama. Bagaimana pula dengan yang tipis ilmu dan sedikit amalnya?

Pandangan aku, secara peribadi, melihat tiga watak utama dalam pengeboman tersebut sebagai 'benar dalam keliru, keliru dalam benar'. Sememangnya Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra utuh pegangan mereka. Iman mereka di landasan yang benar. Hanya orang yang beriman dengan benar yang menyakini setiap janji-janji Tuhannya.

Mereka kelompok yang benar dalam menampilkan perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat yang sudah banyak terkeliru akidah dan tempang adab juga akhlak. Pun begitu, merek
a bertiga juga jadi keliru dalam melontarkan semangat dalam diri mereka. Mereka terkeliru dalam 'improper conduct' yang akhirnya meletakkan diri mereka dalam kondisi yang tidak aman.

Secara jelasnya, aku sangat mengagumi ketiga-tiga pemuda ini atas dasar semangat juang yang mereka tonjolkan. Dalam kebejatan jiwa umat Islam, mereka bertiga cuba keluar dari kepompong pasif. Memainkan watak secara agresif dalam menzahirkan penentangan terhadap musuh-musuh Islam.

Pun dari sudut pelaksanaan, aku kurang menerima tindakan sebegitu yang pada hemat peribadi, berkhilafan dengan nilai harmoni dalam beragama. Paling wajar untuk kita redakan jalan radikal dan kembali dengan jalan yang besederhana, tetapi kekal dalam ketegasan berteraskan prinsip-prinsip Islam.

Apapun paling penting adalah kita tunaikan hak kita selaku Muslim yang bersaudara. Solat jenazah ghaib kepada tiga saudara kita ini. Sedekahkah al-Fatihah dan doakan agar mereka berhasil menggapai apa yang mereka citakan, iaitu mati syahid. Jangan nafikan rasa kasih dan sayang kita kepada mereka. Kerna jenazah yang kita lihat itu, jiwanya ada ruh Islam, ada nur iman, ada ehsan Tuhan. Zalimlah diri kita jika mengutuk saudara seIslam.

Juga perlu bagi kita menterbalikkan situasi sedia ada, terutama dalam menjelaskan apa itu Islam yang sebenar-benarnya kepada pihak luar, tidak kira melalui ucapan, penulisan, tindakan secara bersendiri atau pun berkumpulan. Aku menyakini, pemergian Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas ini membuka mata hati ramai pemuda-pemudi Islam. Setidak-tidaknya, kita akan tersentak dari lamunan dan bertanyakan kepada diri kita sendiri, apa sumbanganku yang sebenarnya kepada Islam?

Terakhir, bagi aku, jihad dan dakwah tidak dapat dipisahkan. Dan sebagai pelajar, antara asas yang utama dalam dakwah kita adalah akhlak. Tonjolkan keindahan Islam menerusi peribadi dan adab. Itulah semudah-mudah dan seringan-ringan jihad yang boleh kita usahakan.

Kebun Syurga

“Wahai orang-orang yang beriman! Perbantulah diri kamu dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Ketahuilah, kebahagiaan itu tergantung di atas tercapainya pendekatan diri kepada Allah. Dan tercapainya pendekatan kepada Allah tergantung pula atas menuruti yang benar dan menjauhi yang batil sama sekali.

Dan jiwa itu terkait dengan asal kefitrahannya yang sangat benci terhadap yang benar dan sangat cenderung kepada yang batil. Dan sesiapa yang berusaha untuk mencapai kebahagiaan, amat perlu kepada kesabaran. Ada kalanya dengan memaksa diri untuk menuruti kebenaran, dan di kala yang lain, memaksanya pula meninggalkan yang batil.

Wahai saudaraku! Hendaklah anda bersifat sabar, kerana yang demikian itu adalah sendi semua urusan, dan anda tidak boleh tidak perlu kepadanya selama anda masih hidup di dalam dunia ini.
- Wasiat Al-Habib Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad












Sesungguhnya, jiwa-jiwa itu telah berpadu, hadir bersimpuh di bawah lembayung rahmat. Hadir bersama-sama hati yang penuh cinta. Hadir bertemu dalam ketaatan amal dan kekhusyukan hati. Harap dan khuatir menemani jiwa yang asyik bergumam dengan puji-pujian dan munajat.

Dengan izin Allah, mutiara-mutiara hikmah dalam Haul berhasil meredupkan pandangan mata hati. Jiwa yang kerap leka dan terbuai dengan nafsu dan dunia, dimesrai dan disuguhi dengan pantulan-pantulan nur yang mengesankan, menghadirkan rasa sebu dan insaf, mengalirkan salju dingin ke dalam lubuk hati.

Dengan sepenuh rendah hati, setiap jiwa yang hadir berteleku dan bertawajjuh, mendengar para kekasih Nabi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam melontarkan taujihat yang mujarab, menyentuh hati yang terseksa akibat kegersangan Cinta. Sudah lama hati ini sepi dari dzauk pencerahan. Ya Allah, tuntunlah kami ke jalan para kekasih-Mu!

Dalam majlis yang penuh barakah, duduk berkumpulnya para habaib, para solehin dan sekalian ulamak bersama-sama dengan khalayak menyemai rasa kecintaan mendalam, sebagai manifestasi sabda junjungan besar, bahawa ulama’ itu pewaris Nabi. Dan, mencintai ahlul Bayt itu adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam.
Segala puji dan setinggi kesyukuran kepada-Mu ya Allah. Peluang melepaskan ‘rindu’ tak terhingga dalam ketenangan dan keindahan kebun syurga akhirnya kunjung tiba!

* Antara ulama' dan habaib yang hadir ke Majlis Haul kali ini: Al-‘Alim al-‘Allamah Al-Habib Salim bin Abdullah asy-Syatiri, As-Syeikh Afeefuddin al-Gaylani, Ustaz Najib Thoha as-Seggaf, Al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri, Al-Habib Taufiq bin Abdul Qadir as-Seggaf, Al-Habib Ali Zain Al-Habsyi, dan Tuan Guru Hafidz Selamat Al-Jenderami.

p/s: Alhamdulillah, 'Jemaah al-Haddad' dari USIM kali ini sudah bertambah. (Terima kasih sekalian sahabat!) Tambah mengujakan, kumpulan penCinta dari Penang dikepalai Afif dan Azri yang turut sama hadir, merapatkan kembali ukhuwwah dan menzahirkan lagi futuwwah. Segala puji bagi Allah taala yang Maha Pengasih. Semoga Cinta ini terus subur dan mekar.

Keutamaan amal dalam berilmu


Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam: Belajarlah ilmu yang kamu kehendaki! Demi Allah, Dia tidak akan menerima daripada kamu, sehingga kamu beramal dengan apa yang kamu pelajari.

Imam Habib Abdullah al-Haddad ketika membicarakan persoalan ilmu dalam kitabnya Nasihat Agama dan Wasiat Iman, mengumpamakan seorang yang berilmu(‘aalim) yang tiada beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam surat itu, akan tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Ilmu merupakan sebaik-baik jalan bagi setiap manusia untuk menuju kepada Allah ta’ala. Ketahuilah, orang yang berilmu yang tiada beramal dengan ilmunya akan dicabut keutamaannya.

Dia tidak harus berbangga dengan firman Allah dan sabda Rasul-Nya yang membicarakan tentang keutamaan ilmu pengetahuan, lalu menganggap dirinya tergolong antara orang-orang yang diberikan keutamaan, disebabkan dia berilmu, padahal dia tidak beramal.

Sesetengah para salaf rahimatullahi’alaihim berkata: “Ilmu itu sentiasa meminta diamalkan. Jika tidak disahut permintaannya, nescaya ia akan berpindah. Maksudnya, jiwa ilmu itu dan cahaya serta berkatnya akan meninggalkan anda."

Mengambil kira keadaan pelajar dan mahasiswa Islam masa kini, memang terang lagi bersuluh bahawa gambaran yang kita amati dan kita saksikan tentang bejatnya akhlak, tempangnya sahsiah dan tirisnya adab di kalangan mereka, bahkan kalangan kita sendiri, berpunca daripada kehilangan jiwa ilmu. Belajarlah setinggi mana sekalipun, tetapi kalau jauh dari rabitah ubudiyyah, ianya sia-sia.

Dalam satu hadith ada menyebut, sesiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tiada bertambah petunjuknya, maka ia tiada akan bertambah melainkan jauh dari Allah.

Sama-samalah kita merendahkan hati kita. Jangan terlalu megah dengan apa yang kita pelajari. Pencapaian dan kecemerlangan datangnya daripada Allah. Tujuannya tidak lain, untuk menguji sama ada seseorang hamba itu bersyukur atau sebaliknya.


p/s: Haul al-Haddad akan diadakan di Masjid al-Falah(USJ) pada 31 Okt, Masjid Baitul Aman, Jalan Ampang pada 1 Nov dan Masjid al-Bukhary, KL pada 2 Nov. Haul al-Haddad ini merupakan 'Majlis Membugarkan Cinta Rasulullah saw' dan majlis memperingati pemergian ulama besar Hadramaut, al-Mujaddid al-Imam Habib Abdullah al-Haddad. Sahabat yang berkelapangan amat dialu-alukan untuk turut serta dalam majlis ilmu ini yang bakal dihadiri ramai ulama'.

Cemerlang Peperiksaan (3)

Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut. Bukti keberkatan itu adalah bila mana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Maka, berhasillah ilmu itu sebagai nur, pembimbing manusia menemui jalan kebenaran. Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil. Justeru, jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”

Manusia ini mempunyai pelbagai ragam. Masing-masing berbeza. Ada yang begitu menggemari peperiksaan. Begitu rindukan saat menatap kertas soalan. Berbanding orang lain, mereka cukup teruja untuk menjawab semua soalan. Dan semestinya, akan wujud pula mereka yang akas. Golongan yang seboleh-bolehnya enggan menduduki peperiksaan. Apatah lagi untuk rasak bergelumang, berpening mengulangkaji semata-mata kerana exam.

Tidak dapat tidak, sebagai pelajar dan secara amnya sebagai manusia itu sendiri, melalui sesuatu ujian itu adalah rencah kehidupan. Secara manusiawi, ujian itu banyak mendidik diri. Ujian mematangkan akal fikiran. Ujian membentuk peribadi. Ujian mengolah keluhuran sanubari. Hakikatnya, ujian itu merupakan suatu nikmat dan anugerah Ilahi.

Sudah pasti, ujian adalah suatu bentuk cabaran yang memerlukan persiapan. Kelewatan dalam melakukan persiapan boleh memakan diri sendiri. Justeru, langkah awal untuk menghadapi ujian adalah bertindak secara positif melalui cara - Kenali Diri Kita.

Perlu diketahui bahawa dengan mengenali diri sendiri, secara langsung kita telah menghormati hak-hak peribadi. Berlaku adil kepada diri adalah tanggungjawab yang wajib kita lunaskan. Maksud mengenali diri di sini, adalah mengerti serta faham akan kemampuan dan kelemahan diri.

Misalan, kita sepatutnya tahu tabiat jasmaniah pada diri. Bila waktu ulangkaji yang paling sesuai untuk kita, berapa lama waktu rehat dan tidur yang wajar, setakat mana kemampuan kita dalam menghafaz dan mengingat fakta, sejauh mana kita boleh menghadap buku dalam satu hari.

Sedikit sebanyak, dengan mengenali dan memahami diri, kita mahir tentang bagaimana untuk belajar secara adil dan paling sesuai untuk diri kita. Dan paling utama, dengan melakukan cara mengenali(koreksi atau muhasabah), kita sentiasa membugarkan niat dan matlamat kita. Jiwa kita mesti diperbaharui dengan kesedaran tentang hakikat sebenar tujuan kita belajar.

Melalui proses mengenali diri, mudah-mudahan akan memberi rangsangan hebat dan berkobar kepada semangat belajar kita. Tiada lagi tekanan, kebosanan atau keletihan. Juga, akan mewujudkan keyakinan jitu dalam diri. Kita barangkali tidak lagi mengeluh atau cemburu melihatkan kejayaan dan prestasi sahabat kita. Sebaliknya, hati akan sentiasa ceria dan tenang tanda berlapang dada dan redha akan kemampuan diri kita. Saat itu, kita menikmati kedamaian yang menyenangkan sekali.


Semoga hati kita sentiasa disantuni dengan muhasabah dan mulahazah yang berterusan dalam menghadapi tarbiyah daripada Allah taala.

Cemerlang Peperiksaan (2)

Mengambil kira mood exam yang melanda sebilangan besar pelajar di universiti sekarang ini, ada baiknya untuk sama-sama berkongsi tips berguna yang bermanfaat untuk diamalkan.

Meski aku bukanlah pelajar psikologi, tetapi baru-baru ini dengan izin Allah, aku berhasil memperoleh suatu input yang agak menarik tentang psikologi dalam belajar. Jangan tak tahu, bab psiko ni sebenarnya memainkan peranan besar ketika mengulangkaji.

Di sini ada beberapa contoh langkah yang mengkombinasikan disiplin psikologi ketika belajar.
Pertama, memberi penghargaan kepada diri bila selesai melangsaikan tugas atau dapat menyiapkan nota dan hafazan mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh penghargaan, seperti memanjangkan waktu rehat(tidur), membeli makanan yang agak best, surf internet dan lain-lain yang dikira memadai.


Kedua, meletak gambar orang tersayang. Maksud orang yang tersayang bukan orang yang buat kita angau. Itu lalai namanya. Sebaliknya orang yang boleh bagi inspirasi. Orang yang wajah mereka ada nur motivasi untuk kita jadi semangat. Contoh senang, gambar mak ayah lah, siapa lagi.

Ketiga, menampal kata-kata semangat di dinding atau di hadapan meja studi. Kata-kata semangat tu kalau boleh biarlah menampar kalbu sikit. Ada sindiran sayang lagi membina. Kalau lahir dari kepala otak kita sendiri, lagi bagus. Baru nampak berfalsafah dalam hidup.

Keempat, tick, pangkah atau palang segala kerja yang terlunas di kertas yang dikhususkan. Kalau boleh, tampal di atas softboard atau dinding meja kita. Apabila melihat kualiti pelaksanaan kerja atau penghafazan nota secara visual, kita akan menjadi semakin bersemangat untuk menyiapkan kerja-kerja berikutnya dan bukanlah rasa terbeban.

Kelima, buat countdown supaya diri tak terleka dan kerap rasa takut untuk buang masa kerana sudah set dalam minda, exam makin hampir. Jadi, kita akan selalu beringat dan akan guna masa seoptimum yang mungkin.

Lima di atas ni sekadar contoh. Masing-masing mungkin ada pelbagai cara. Paling penting, sekurang-kurangnya langkah sebegini bukan saja membantu kita, malahan menolong roommate kita(mudah-mudahan!) Tak adalah seorang tu rajin, seorang tu malas. Ingat, kejayaan bukan untuk seorang.

Selamat beramal!

Cemerlang Peperiksaan (1)



"Orang yang menanam padi, pasti dengan izin Allah akan mendapat hasilnya. Sebaliknya orang yang menanam lalang, tiada hasil bermanfaat baginya melainkan lalang semata-mata."

Tatkala musim peperiksaan kembali menjengah kini, aku terhimbau akan teguran mendalam Ustaz Najib ini. Dalam kuliah terakhir sewaktu Tamhidi tahun lalu, Ustaz Najib 'mencuci' bersih-bersih cepu fikir kami.

Disuguh kepada kami pelbagai nasihat yang menikam kalbu. Setiap daripada jiwa kami 'disental' kuat-kuat agar bangkit dan sedar dari lamunan. Sungguh-sungguh dia mahu menyedarkan kami akan suatu hakikat.

Ilmu bukanlah suatu permainan. Ia menuntut daya kesungguhan yang tinggi. Ilmu itu bersama-samanya ada barakah dan rahmat. Kita mempelajari sesuatu ilmu bukan bermakna ia milik mutlak kita, sebaliknya ia sekadar suatu bentuk pinjaman.

Kita meminjam ilmu daripada Allah taala. Pinjam bukan sekadar pinjam. Pinjaman itu menuntut kepada suatu rabitah. Suatu pertalian suci antara Tuhan dan hamba-Nya. Isunya sekarang, sejauh manakah kita meletakkan martabat ilmu yang kita pelajari itu ke makam yang sewajarnya?

Bila kita lihat, kala peperiksaan mendekati, ramai pelajar bermati-matian bersiap untuk menghadapi ujian akhir. Mereka seolah-olah bertanggapan, ujian itu adalah segala-galanya. Apabila selesai ujian, ilmu entah ke mana, segala yang dihafal hilang pergi.

Perlakuan sebegitu jelas suatu bentuk kecuaian kepada ilmu itu sendiri. Satu tindakan yang memaparkan betapa kurang adabnya kita kepada ilmu, bahkan lebih teruk lagi, mendorong kepada kurang adab kepada Allah! Tujuan ilmu untuk mendekati Allah. Menyedihkan, sebaliknya pula berlaku.


Kita seperti bersungguh untuk mendapat ganjaran dunia. Berkobar-kobar belajar sebab ingin mendapat anugerah dekan, ingin mengejar pointer tinggi. Juga mahu merebut tempat biasiswa dan ingin dipandang tinggi dan hebat di fakulti.

Bukan untuk mengatakan salah jika belajar bermatlamatkan ingin berjaya dalam peperiksaan. Kerna sesuatu ujian menjadi kayu ukur bagi menilai prestasi kita. Namun yang menjadi silapnya, kesedaran dalam mengerti maksud kecemerlangan.

Ramai yang mengabaikan keperluan memahami hakikat ilmu yang sebenar-benar. Konsepnya mudah. Kita belajar untuk dapatkan ilmu. Ilmu itu untuk mendekatkan diri kita kepada Pencipta. Melalui manifestasi ilmu, kita menzahirkan ilmu dengan beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika seseorang pelajar itu penuh yakin bahawa dengan ilmu yang hadir dalam jiwa mereka itu bersumberkan dari Allah, dan mereka bergantung penuh kepada Allah, insyaAllah ilmunya bukan sekadar di kertas soalan semata-mata. Lulus cemerlang atau tidak, bukanlah persoalan besar.

Segalanya datang dari Allah jua. Apa yang penting, ilmu itu dihidupkan dalam hati, bukan sekadar di benak kepala. Allah akan memberikan setimpal dengan apa yang diusahakan dan mengabulkan segala hajat yang diharapkan. Yakinlah kepada Allah.

Tuntasnya, fahamlah kita akan peri penting dasar amalan, iaitu niat. Apa yang kita qasadkan bila menekuni buku yang sedang ditelaah, apa yang kita tanamkan dalam jiwa kita bila mengulangkaji pelajaran, apa yang dikeranakan pembelajaran kita, sayugialah kita perbaharui dan perbetulkan.

Sesungguhnya hati itu terlalu mulia untuk dikotori dengan sesuatu qasad yang tidak suci.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Senandung Fitrah

Hati kembali berseri dipuput bayu yang ceria. Perlahan-perlahan mengukir senyum tanda syukur kepada Tuhan. Meski untuk kembali kepada fitrah, bukanlah jalan yang mudah. Namun, tekad mendalam itu menjadi bukti. Tingkah dan amal itu menjadi saksi. Semoga Tuhan kabulkan.

Manusia yang kembali kepada asal, pulang kepada fitrah, tanda dia berjaya mensucikan jiwanya untuk kembali menghadap Allah. Ramai yang tunggang-terbalik mengerjakan ibadat, mulut kumat-kamit basah bermohon berdoa, hati merintih-rintih mengeluh dan berhajat, tapi sayang, hati mereka tetap lalai.

Hati seringkali terlupa. Mereka bisa menyebut nama-nama yang Maha Agung, tapi hati mereka lekas untuk berpaling. Bila saat rebahkan diri bersujud, hati jarang dijemput hiba. Lama-kelamaan, hati sukar melepaskan rindu, keras membatu dan kering linangan air mata. Sebab itu, mereka gagal merasai nikmatnya bercinta. Hati mereka dan Cinta Allah gagal berpadu.

Ayuh, kembali kita gagahkan diri. Menerpa menapak menderas menuju kepada Cinta. Barangkali kita tidak berjaya untuk kembali kepada fitrah sepenuhnya. Pun begitu, percayalah. Seandainya kebergantungan tetap pada Allah, tiada apa perlu digusarkan. Kerna rahmat-Nya tetap mesra menghampiri.

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


p/s: Terkilan raya kali ini kempunan dalam berziarah. Mohon maaf dari kejauhan bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk sebarang kunjungan. Khususnya untuk sahabat-sahabat lama, meski keuzuran membataskan, persahabatan tetap dikenang. Maaf zahir dan batin.

Wida' Ramadhan


Kini masanya terbuka segala pekung
tertanggal segala topeng calitan
terzahir sudah siapa yang tepu iman
siapa yang gersang tangisan

Kalam lidah senantiasa manis
berkumat-kamit konon meratapi
sedang hati aduhai kusam pudar
petanda jiwa bergulatan dosa

Hati tak kan bisa menipu
Bahkan Tuhan itu tidak jahil
dalam mengerti hidup hamba-Nya
nikmat Tuhan yang sering didustakan

Menangislah wahai jiwa
sedu sedan itu boleh jadi dua
dusta semata supaya dilihat hebat
benar petanda terbuka mata hakiki

Mohon mu tidaklah dilupa
namun sayang sepi keikhlasan
hanya bibir basah terkumat-kamit
penat lelah sia-sia

menyesali itu hak kamu
meratapi itu hal kamu
kembali itu pilihan kamu
yang pasti redha bukan milikmu

Mungkin pertemuan ini bukan yang terakhir
kerna itu mohon dihadirkan kembali
mahu benar bermesra lagi
bejana rahmat melimpahkan taqwa

Tuhan,
andainya aku mungkiri
hanya Engkau Maha Mengerti
andainya aku khianati
hanya Engkau Maha Mengampuni

Ramadhan mahu mengundur diri
meski aku banyak mengasarimu
kau tetap muncul memberi
menghulur ruang bekal abadi

Selamat berpisah Ramadhan
Aku sekadar kelu
buntu dalam hiba
memandang engkau pergi...

Santapan Ramadhan

Ramadhan semakin menghampiri pengakhirannya. Segala macam rahmat semakin menghambat diri. Sang abid hadir memencilkan diri. Uzlah jiwa dan iktikaf jasmani meneguk manisnya iman dan taqwa. Indahnya rahmat Tuhan. Mohon sangat-sangat, janganlah diabaikan!

Sepanjang Ramadhan kali ini, belum ada satu buku pun lagi yang habis dibaca. Kekangan dan kesempitan waktu menyulitkan diri untuk berlapang menikmati satu dua kitab yang santai dimesrai.

Habis peperiksaan, menanti tugasan perlu dilunaskan. Akhirnya, syukur kepada Tuhan, ada juga buku yang diusulkan kepadaku untuk dibaca. Benar-benar memahami.

Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan. Sebuah buku yang menyentap sanubari sesiapa yang membacanya. Sebak hadir tanpa disedari bila menggulati setiap bait catatan Cikgu Non. Pemuda Islam Melayu bernama Fauzi hanyalah pemuda melayu tipikal. Tidak ada keistimewaan pada dirinya yang menarik minat orang untuk membacanya.

Namun, menyusuri kisah hidupnya tak dinafikan cukup meredupkan hati. Bila membaca, hati dipujuk supaya mengaguminya. Hati dirayu agar mencontohinya. Hati menangis, mahu menuruti jejak langkahnya. Jelasnya, hati benar-benar merindui usaha murni seperti apa yang dilakukan oleh as-syahid Fauzi, pemuda Melayu yang gugur mewangi di medan jihad Afghanistan.

Mengakui jaminan seorang sahabat, membaca buku ini pasti akan mengalirkan air mata, hiba tanpa disedari. Menggambarkan keperitan as-syahid cukup menenangkan. As-syahid bukanlah seorang yang mendalam ilmu agamanya. Begitu juga amal ibadatnya, tidaklah dianggap warak. Namun, janji-janji Allah menggiurkan as-syahid. Iltizam tinggi untuk bergelar seorang syuhada' akhirnya tercapai jua. Maha Suci Allah!

Syukur kepada Allah, diberi ruang untuk aku menghirup nafas dalam penuh kesyahduan, menikmati untaian kisah yang mendamaikan kala saat-saat malam terakhir Ramadhan yang penuh berkah. Suatu taujih yang mengesankan jiwa.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam bersabda: "Tidak ada seorang pun diantara kalian dimasukkan oleh amalannya ke dalam syurga dan tidak pula diselamatkan dari neraka, dan begitu juga denganku, kecuali dengan rahmat dari Allah. "(Hadith Sahih Muslim)


p/s: Terima kasih kepada sahabat, Abdullah Long atas kesudiaan meminjamkan buku tersebut.

Ukhuwwah Ramadhan


“Menjadi masalahnya, orang ramai lebih sibuk mencari lailatul kamdar!” Begitu seloroh Syukri membuatkan aku dienjut gelak kecil. Graduan UM yang masih segar itu baru sahaja aku kenal ketika berbuka puasa di Masjid Jamek semalam. Taaruf kami sekejap cuma, namun sudah cukup untuk membibitkan kemesraan.

Bicara kami seputar isu mahasiswa, perihal kerjaya dan semestinya tidak lupa untuk seronok berkisah tentang pemburuan al-Qadr yang begitu mengujakan.

Terima kasih Tuhan, mengirimkan seorang saudara seagama yang menemani aku untuk iftar seusai berkelana sendirian. Terasa makin dingin rahmat-Mu apabila kami sama-sama berkongsi barakah Ramadhan. Sungguh-sungguh, Ramadhan berupaya meredupkan jiwa hamba, dan mengakrabkan ukhuwwah serta meninggikan nilai futuwwah.

Selamat memburu al-Qadr!


Daripada Aishah r.a.: "Adalah Nabi SAW beribadah dengan lebih bersungguh-sungguh dan kuat pada 10 malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana baginda beribadah di malam-malam yang lain."(Riwayat Muslim, Hadis No.1175).

Rahmat Keampunan



Ramai orang mengeyakan, iman manusia terkadang turun terkadang bertambah. Ada pasang surut. Ada yang menambah mengeluh, susah benar hendak tetap dalam beramal meski dalam bulan puasa. Penyakit semangat suam-suam kuku tak dapat dielakkan.


Barang istiqomah memang payah dipraktikkan, melainkan bagi mereka yang memiliki taqwa. Melontar memang mudah, menggapai usah kan dapat kalau hanya berani berangan dan sedikit sabar.


Meniti bulan barakah, perlunya bagi diri kita kembali berteleku dan banyakkan menghisab nasib sendiri.


"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosanya, dan siap lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." [3:135]


Janji Allah itu pasti. Bahkan maha pemurah ar-Rahman tiada terbandingkan. Wajarkah kita mengabaikan anugerah Tuhan? Wajarkah kita mengaku hamba sedang diri tidak merasakan Allah itu dekat dengan kita? Ayuh, damaikan jiwa, redupkan hati dengan rasa hiba dan syahdu.


Bersungguhlah mengejar maghfirah, kerana di situ bertunasnya redha Allah.

Ayat-ayat Cinta

In kisah agung. Kisah yang termulia dan bersejarah bagi umat Islam. Turunnya kalam suci menjadi titik mula bagi seluruh umat manusia di muka bumi bermasdarkan suatu perlembagaan tertinggi; dari langit untuk penghuni bumi. Suatu kitab yang qadim, sarat dengan ayat-ayat Cinta melebihi cinta-cinta lain yang sekadar bersifat makhluk.

Sungguh, ini peristiwa agung. Tambah rahmat, ia berlaku dalam bulan seribu bulan. Bulan yang kita mesrai sekarang. Alangkah beruntungnya umat Rasulullah sallallahu 'alahi wa aalihi wasallam!

------------------------------------------------------------------
* 17 ramadhan - Iftar Kelas tafaqquh Dr Zul - FSU
* 18 Ramadhan - Iftar SMSU - FSU
* 19 Ramadhan - Iftar FSU dan Syariah & Law Club - Masjid BBN
* 20 Ramadhan ke atas - menanti jemputan...HuHuHu.

p/s: Mendekati 10 Ramadhan terakhir, makin bertambah majlis iftar jam'aie. 'Ala kulli hal, iftar di kediaman Dr Zulkifli yang paling 'mengenyangkan' jiwa, dan jasmani semestinya!

Separuh Masa Kedua


Perjuangan diteruskan dalam fasa kedua. Lagi separuh masa yang perlu dilunaskan dengan hati penuh redha dan syukur. Bagi mereka yang makin membugar ruh 'abid, anugerah terindah masih lagi mampu dikecap. Nafas Ramadhan serasa makin mendamai, disusuli hati yang merayu mahu dicumbui taqwa.

Tuhan, segala puji bagi-Mu.

Sayugia diingatkan, tiada apa yang boleh membawa seseorang hamba menapak ke syurga melainkan dengan rahmat Tuhan. Dan jangan diulangi lagi babak kekalahan lalu kala semangat Syawal bangkit, nikmat seribu bulan terabai. Moga-moga jiwa kita sentiasa thabit dan hadir maknawi dalam meneruskan tarbiyah nafs menggiurkan ini.

p/s: Al-Fatihah untuk almarhumah Ustazah Toh Puan Fatimah yang kembali ke rahmatullah petang semalam.