Bila sebut tentang award, teringat aku pada satu siri cerita Spongebob. Kisah si Patrick yang iri melihat teman akrabnya si span kuning mendapat longgokan award yang pelbagai dan begitu banyak. Makanya, si Patrick ni pun bertekad untuk mendapatkan award seperti temannya. Begitu bersungguh-sungguh dia meniru gaya dan gerak-geri si span kuning dengan harapan akan beroleh award sebanyak yang diperoleh si span kuning.
Hampir-hampir sahaja krisis persahabatan berlaku apabila temannya si span kuning tidak begitu menyenangi dirinya ditiru bulat-bulat oleh si Patrick. Namun, konflik akhirnya terlerai. Si Patrick berhasil jua beroleh award tanpa perlu membuat apa-apa, memandangkan pencapaian terbaik beliau yang tidak pernah melakukan apa-apa sebelum ni. Dua sahabat ini akhirnya kembali hidup harmoni di dasar lautan yang rekaan semata-mata itu.
Aku pun tak tahu apa kaitan yang signifikan cerita di atas dengan entri kali ini. Tapi yang pasti, aku sudah pun menerima award tak terjangka daripada dua orang - cik Anis, rakan seangkatan pustakawan sewaktu sekolah menengah dahulu. Seorang lagi, cik Athirah, rakan blogger yang berkongsi hobi sama dengan aku. (eh ye ke?haha)
Terima kasih lah ya. Hidup ini mesti selalu saling menghargai. (Ecesh!). Dek kerana award ni ada syarat-syaratnya, iaitu:
- Perlu dibagi pada orang yang dirasa BEST GILA-GILA
- Hanya terhad kepada 5 orang sahaja
- Hanya terhad kepada 5 orang sahaja
- Sesiapa dapat anugerah ini diwajibkan buat posting kat blog masing-masing
Dan, diperturunkan lima pilihan aku:
Tg Anis - Aha, ini bukan nak pulangkan balik award ya. Tapi, berdasarkan bukti-bukti kukuh, sememangnya layak untuk aku berikan kepadanya. Pada pandangan aku, dia seorang penulis berbakat besar. Dengar-dengar cerita, sudah berjaya membikin beberapa buah novel dengan jayanya. Antara blogger terawal yang muncul dan sering aku soroti penulisannya. Berkongsi idea dengannya pasti mengujakan.
Ustaz Ikram Hakim - sahabat dunia akhirat ni. Sebab aku jadi minat membaca blognya untuk mengetahui perkembangannya yang terkini di Rabat. Juga mengagumi semangat yang ada pada dirinya sebagai seorang huffaz yang mantap istiqamahnya. Memang berpotensi besar jadi ulama'. Jadi politikus pun berbakat juga ni. Ganti tuk guru nanti ya. Sekarang sudah buka blog baharu. bagus3..
Duan - Sesuatu yang menyeronokkan bila membaca perjalanan kisahnya di Eropah. Terkenal di sekolah sebagai antara top student. Dengan bahasa yang ringkas dan mengalir mesra, ditatapi dengan foto-foto menarik, serasa begitu santai dan ceria sekali. Apa yang pasti, membaca blognya sedikit sebanyak membantu menambah baik kesederhanaan bahasa Inggeris aku. Harap-haraplah...Hehe.
Athirah - Sekali lagi bukan mahu memulangkan award. tapi memang perlu diakui, penulisan dalam blognya simple sahaja, tapi memberi makna besar kepada pembaca seperti aku. Random thoughts in meaningful words. Juga blog yang aku ikuti untuk perbaiki English aku. Satu lagi, dia ambil LLB di UIA. Yang bagusnya, she is humble enough.
Hariri Daud - sangat suka membaca penulisan beliau. Biasalah kan, orang motivasi ni selalunya cukup handal dalam seni menarik minat orang lain. Bekas debater yang banyak mencetuskan wawasan dalam diri kita. Pernah bersua akrab dengannya dalam satu program, ternyata seorang yang cukup mesra. Tapi, tak tahulah aku sama ada mantan YDP MPP ni sedar ke tidak aku bagi award ni..
Blog-blog lain juga sangat bagus terutama dari segi pengisiannya. Lima di atas ini sekadar lima blog menarik yang paling awal terlintas dalam cepu kepala aku.
Apapun, bagi sesiapa yang inginkan award, maka rajin-rajinlah mengemaskini blog anda. Kelak, pasti ramai yang akan mengunjungi blog kalian. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya ni...=D
p/s: result exam sudah keluar semalam. Sekalung tahniah kepada sekalian sahabat seperjuangan. Sekadar untuk renungan bersama: Kejayaan yang dikecap pasti mengandungi hikmah dan bersalut dugaan. Justeru, jadikan setiap kejayaan itu tangga-tangga untuk mendekatkan diri kepada Allah taala, sebagai bukti kebergantungan kita kepada-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan