Ramai orang sibuk memperkatakan isu kematian tiga orang pengebom Islam ini. Bagi yang menyokong, deras menyertakan hujah sokongan dan dalil mempertahankan tindakan mereka. Dan bagi yang tidak bersetuju, bertalu-talu mempersoalkan kewajaran dan ketepatan langkah mengebom kelab malam di Kuta dalam peristiwa pada 2002 lalu.
Kita sebagai kelompok Muslim di Malaysia, pastinya terkena sedikit tempias ekoran daripada peristiwa hukuman tembak mati pada Isnin lalu. Tidak tahulah berapa kerat di kalangan kita yang peduli. Hakikatnya, ia secara langsung melibatkan Islam dan Muslim secara keseluruhan.
Mempersoalkan sama ada mereka syahid atau tidak, bukanlah suatu isu yang sesuai diperdebatkan. Syahid itu ganjaran Allah. Dan sudah tentu ia adalah rahsia Allah yang hanya Allah jualah yang maha Mengetahui siapa hamba-Nya yang layak. Dan kita sememangnya tiada kelayakan untuk mengatakan mereka syahid atau tidak syahid.
Cuma, berpandukan nas dan pendapat ulama', ada sesetengah yang menerangkan tanda-tanda kesyahidan seperti yang biasa kita dengar. Kekuasaan Allah itu jelas dan Maha Hebat. Apapun, Allah maha mengetahui keadaan hamba-Nya.
Bagi aku, isu yang lebih wajar untuk direnungkan adalah, faktor apakah yang membuatkan kecenderungan ketiga-tiga pemuda kental itu untuk tekad dalam tindakan tersebut? Bagaimanakah agaknya kekuatan nilai dalaman mereka, atau inner riches, yang begitu merangsang mereka sehingga tegar sekali bertindak sebegitu?
Pandangan masyarakat dunia melihat itu adalah tindakan radikal yang terkutuk. Ujar mereka, mengapa babitkan mereka yang tidak berkaitan hingga terbunuh? Lalu dibawa unsur kemanusiaan, dibahaskan hak moral, disinggung isu agama dan ekstremisme. Soalnya, dalam mengadili suatu peristiwa, pernahkah kita meletakkan diri kita di tempat mereka?
Mereka bertiga yang dilabel sebagai militan itu oleh pihak luar, adalah Muslim. Kita sejak lahir, Alhamdulillah atas nikmat Islam ini, masih lagi bergelar dan beramanah sebagai Muslim. Salah satu persamaan kita adalah, berkongsi nilai agama yang sama. Kita saling memahami konsep yang ada dalam Islam. Kita sama,-sama menekuni syariat dan beramal mengikut aliran mazhab yang rajih. Pokoknya, kita faham sedikit sebanyak tujuan mereka berbuat sedemikian. Iaitu atas nama jihad. Jihad di jalan Allah.
Maksud dan peranan jihad masing-masing sudah pun mengerti. Cuma bagi kita, sebagai rakyat malaysia beragama Islam dan beramal dengan syariat Islam khasnya, perlu disoal kepada diri tentang jihad. Sejauh manakah sudah kita beramal dengan jihad, khususnya dalam hal perjuangan Islam secara zahir.
Perhatikan masyarakat Muslim kita sekarang. Ramai manakah yang tulus mengisytiharkan diri untuk mewakafkan diri kepada Allah? Tidak kita sangkalkan bahawa Islam mempromosikan jalan dakwah yang harmoni dan berhemah. Kekerasan hanya perlu bila saat wajib untuk mempertahankan maruah Islam. Jihad hadir tatkala seseorang itu menebal cintanya kepada apa yang dianutinya. Jihad muncul bila meluapnya angin kebencian kepada taghut akhir zaman yang menjengkelkan, puak Yahudi dan Kristian yang biadap serta bencinya kepada maksiat dan perkara-perkara keji.
Jihad sebegitu makin pudar di tempat kita. Sememangnya ada tapi bila dinisbahkan kepada mereka yang enggan pedulu, bezanya cukup ketara. Lihat sahaja mereka yang sebaya, segenerasi dengan kita. Di kalangan muda-mudi Islam, majoriti sudah pun tersungkur tewas sebelum berjihad di medan tempur sebenar.
Moral masyarakat Islam kita secara umumnya, makin rendah. Hinggakan ada yang pada tahap malu dan tidak senang untuk beramal dengan Islam atau segan untuk menuar-uarkan syiar Islam. Itu bagi yang mengerti agama. Bagaimana pula dengan yang tipis ilmu dan sedikit amalnya?
Pandangan aku, secara peribadi, melihat tiga watak utama dalam pengeboman tersebut sebagai 'benar dalam keliru, keliru dalam benar'. Sememangnya Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra utuh pegangan mereka. Iman mereka di landasan yang benar. Hanya orang yang beriman dengan benar yang menyakini setiap janji-janji Tuhannya.
Mereka kelompok yang benar dalam menampilkan perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat yang sudah banyak terkeliru akidah dan tempang adab juga akhlak. Pun begitu, mereka bertiga juga jadi keliru dalam melontarkan semangat dalam diri mereka. Mereka terkeliru dalam 'improper conduct' yang akhirnya meletakkan diri mereka dalam kondisi yang tidak aman.
Secara jelasnya, aku sangat mengagumi ketiga-tiga pemuda ini atas dasar semangat juang yang mereka tonjolkan. Dalam kebejatan jiwa umat Islam, mereka bertiga cuba keluar dari kepompong pasif. Memainkan watak secara agresif dalam menzahirkan penentangan terhadap musuh-musuh Islam.
Pun dari sudut pelaksanaan, aku kurang menerima tindakan sebegitu yang pada hemat peribadi, berkhilafan dengan nilai harmoni dalam beragama. Paling wajar untuk kita redakan jalan radikal dan kembali dengan jalan yang besederhana, tetapi kekal dalam ketegasan berteraskan prinsip-prinsip Islam.
Apapun paling penting adalah kita tunaikan hak kita selaku Muslim yang bersaudara. Solat jenazah ghaib kepada tiga saudara kita ini. Sedekahkah al-Fatihah dan doakan agar mereka berhasil menggapai apa yang mereka citakan, iaitu mati syahid. Jangan nafikan rasa kasih dan sayang kita kepada mereka. Kerna jenazah yang kita lihat itu, jiwanya ada ruh Islam, ada nur iman, ada ehsan Tuhan. Zalimlah diri kita jika mengutuk saudara seIslam.
Juga perlu bagi kita menterbalikkan situasi sedia ada, terutama dalam menjelaskan apa itu Islam yang sebenar-benarnya kepada pihak luar, tidak kira melalui ucapan, penulisan, tindakan secara bersendiri atau pun berkumpulan. Aku menyakini, pemergian Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas ini membuka mata hati ramai pemuda-pemudi Islam. Setidak-tidaknya, kita akan tersentak dari lamunan dan bertanyakan kepada diri kita sendiri, apa sumbanganku yang sebenarnya kepada Islam?
Terakhir, bagi aku, jihad dan dakwah tidak dapat dipisahkan. Dan sebagai pelajar, antara asas yang utama dalam dakwah kita adalah akhlak. Tonjolkan keindahan Islam menerusi peribadi dan adab. Itulah semudah-mudah dan seringan-ringan jihad yang boleh kita usahakan.