Sutera Indah was connected..

Yooha ~

Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga guna internet di Sutera Indah ni. Itu pun hanya beberapa rumah sahaja yang dapat capai wayarles, dan tak ramai pula yang tahu. Sudah nasib badan, rumah aku antara yang 'terpilih' dapat sambar MPN wifi-zone. Walaupun strength taklah sampai tahap excellent, tapi kira Ok la daripada tak ada langsung.

Tahun lepas kalau tak silap aku, Abang Farid sudah pun usulkan supaya disediakan perkhidmatan wayarles di Sutera Indah. Memandangkan sebahagian besar pelajar punya PC dan laptop sendiri, maka usul itu dikira wajar untuk dipertimbangkan. Lagi pun, untuk kemudahan pelajar juga. Sampai sekarang, perkembangannya aku tak tahu. Senyap macam tu aje. Agaknya belum masanya lagi kut.

Kalau dulu, pernah juga pergi curi line dekat Hotel Nilai. Ada juga sebilangan pelajar yang siap-siap beli adapter, dan macam-macam lagi. Suka hati mereka lah. Yang pasti, lepas ni, jimatlah sikit perbelanjaan harian aku. Tak perlu lagi keluar duit pergi layan internet di CC.

Tak juga aku buang duit beli surat khabar setiap hari, sekaligus tiada lagi tambahan bagi surat khabar lama yang bertimbun dalam bilik aku. Paling bagus, dapat juga aku 'kepuasan' terutamanya bila nak update blog, nak download lagu, chat YM. Tak perlu tergesa-gesa lagi semua tu. Siap boleh baring-baring...

Itulah Sutera Indah. Terkadang memang indah, terkadang mengundang gundah. Hurm. Apapun, syukur...


AAC The Movie

Habis menonton filem ni, komentar rakan-rakan ramai hampa dengan jalan ceritanya. Kata mereka, filem banyak lari dari jalan kisah sebenar dalam novel. Ada babak yang anti-klimaks. Juga ada yang nampak 'terkejar-kejar' perjalanan plotnya.Kekurangan tu ketara jugalah.

Semua tu memang lumrah untuk filem adaptasi novel. Yalah, bukan senang nak adaptasikan seratus-peratus daripada apa yang digambarkan oleh penulis dalam novel. Tak semua yang perlu untuk dijadikan sebahagian dalam klip filem. Ada babak yang ringan-ringan saja, babak tempelan yang dihilangkan.

Harry Potter sendiri pun, banyak babak cerita yang tak sama dengan cerita dalam novel. Yang teruk lagi, diubah jalan ceritanya. Dalam novel watak lain, dalam filem watak lain pula. LOTR pun sama. Mungkin bagi yang menonton filem, memang gempak habis. Tapi dalam novel banyak lagi tokok-tambahnya.

AAC bagi aku, tidak teruk dan tidaklah bagus. Boleh tahanlah senang cakap. Tak adalah menarik sangat. Mungkin bagi sesetengah orang, menonton cerita yang sudah diketahui jalan ceritanya, bukanlah suatu perkara yang mengujakan. Kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku kemudian dan kemudian.

Tapi, dengar-dengar cerita pun, selepas tiga hari tayangan di Indon, pulangannya dikhabarkan mencecah angka juta-juta juga. Sambutan memang menggalakkan. Tak dinafikan, tarikan cerita ni begitu terutama di kalangan pengekor setia karya Habiburrahman El Shirazy ni. Jadi tidak hairanlah ramai yang ternanti-nanti karya filem sulung ini.

Pesanan aku, bagi yang belum menonton, anda tak berlu berharap untuk menonton tayangan kisah yang betul-betul islami menerusi filem ini. Kerna anda mungkin hampa jika beranggapan sebegitu. Filem ini terlalu ingin mengangkat tema cinta, hingga terabai nilai estetika yang terkandung dalam cerita asal dalam versi novel.

Sekadar gambaran kehidupan secara umum seorang pelajar Al-Azhar. Pembudayaan ilmu pun tidak dipaparkan dengan baik sebagaimana yang digambarkan dengan mantap dalam novel AAC. Babak berpegangan tangan dan bercumbuan turut diselitkan. Maka, nilailah sendiri bila menontonnya.

Bak kata seorang sahabat, ini cerita Islam liberal. Huhu. No comment.


p/s: Baca novel lebih membangun jiwa.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hrmmm.. elok gak klau stra indah ada wi-fi sndri. Tp kna gna d jln yg bet0l.. Cnthnya: mainlah YM dgn sheikh nuruddin ka atau ulama' yg len, blh tmbh ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Ttg AAC plak klau nk lbih mmbangun jiwa, mmg bet0l kna bc novel. Klau takat d0k tngok ceghita ja...lingkup. Pa2 p0n "men name its aisya"..kah3