Dr Maza puji BA?

"Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah..."

Menarik juga bila membaca komentar terbaru Dr Asri ini. Sebelum ini juga, kempen beliau bagi PRU baru-baru ini turut mengundang cakap-cakap orang politik. Undilah berdasarkan calon bukan pada parti. Ada yang menyokong, ada yang menempelak keras, tidak kira dari mana-mana parti.

Aku pun kurang memahami apa yang tersirat dalam pandangan Dr Asri ini. Mungkinkah dipengaruhi oleh pergolakan pemilihan MB di Perlis? Atau barangkali ini suatu protes secara halus berhubung isu Dato' Seri Shahidan tidak lagi diangkat sebagai MB? Atau mungkin juga, Dr Asri mula beralih angin, ibarat sirih pulang ke gagang, mahu 'kembali' kepada pihak satu lagi? Almaklum, beliau memang dikenali seorang pengekor setia kerajaan.

Tak kisahlah. Bagi yang 'syadid', memang pandangan beliau tak boleh pakai. Maklumlah, wahabi-salafi. Bagi aku, aku hormati pandangan kecil beliau tu. Sebagai seorang yang ada ketokohan dan ilmu, beliau berhak menilai secara adil dan melontarkan komentar yang jujur. Terpulang pada masing-masing untuk menilainya.

Baca di sini.

1 ulasan:

fazareez n amir berkata...

Pa2 p0n kena la tnya ZAKI bnda nie...kah3