Peningkatan sokongan merujuk kepada bilangan undi yang diterima, mewajarkan anggapan bahawa rakyat Terengganu sebenarnya makin ramai untuk menyokong perjuangan yang telus dan islami.
Mereka, khususnya di kawasan-kawasan bandar, sudah bijak menilai kepimpinan. Mereka bukan hard up dengan projek pembangunan yang hanya mengenyangkan kroni. Mereka tidak silau dengan kilau kristal sedang duit rakyat beratus juta lesap semata-mata untuk kemegahan dalam pembangunan. Mereka tak tertipu dengan 'kemajuan' tanpa signifikan yang jelas hingga terabai moral dan akhlak anak muda negeri.
Apapun analisis dan komentar yang diberikan, hakikat yang diterima harus dinilai secara saksama oleh kedua-dua pihak. Muhasabah dan post mortem perlu dilakukan untuk mengesan apa yang tidak kena. Bagi yang menang, cabaran seterusnya lebih besar. Agenda meyakinkan rakyat yang berharap segala janji dan manifesto ditunaikan.
Sekarang bukan masa untuk berkempen. Sekarang masa untuk bekerja. Susun semula pentadbiran negeri yang kacau-bilau. Bersihkan pentadbiran dari sampah-sampah rasuah dan sifat pemalas. Berjuang demi rakyat, bukan semata-mata pangkat, nama dan pengaruh.
Dunia politik sebegitu rencam. Politik dan agama memang tak terpisahkan. Justeru, iktibar kemenangan dan kekalahan wajar direnungkan untuk kebangkitan yang lebih besar kemudian sama-sama menjana kekuatan yang lebih padu.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Alllah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”
(Muhammad :7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan