Dialog Maulid 12 Rabi'ul Awwal

Budak:
Assalamu'alaikum ustaz. Macam mana, ada yang kata tarikh 12 Rabi'ul awwal tak betul? Apa pendapat ustaz?

Al-Ustaz:
Tarikh kelahiran bukan asas dalil harus dan baik amalan majlis maulid Nabi s.a.w. Ini jangan keliru. Ini kena faham dulu. Kalau tidak nanti terpengaruhlah dgn fahaman anti-maulid pulak. Enta jangan terikut-ikut dengan fahaman berminyak-minyak air.

Ambil contoh mudah, macam kenderaan la. Kalau asyik dok perhati bahagian yang rosak, sampai tak nampak langsung bahagian yang elok. Kereta tu boleh pakai lagi, tapi tak naik. Bukan ke kebodohan namanya.
Kalau enta ada kereta baru yang lebih elok, tak apa le nak buat macam tu. Ni tak.. Yang elok baru tak ada jugak. HeHeH.. Yang elok sangat pun tak dak gak aiih..

Budak:
O0o camtu ke ustaz. Kalau macam tu tarikh 12hb tu elok lagi la ya ustaz?

Al-Ustaz:
Yaa.. betul tu. Kalau enta tak percaya, cuba enta tanya orang yang faham 9hb tu. Ada ke riwayat hadis sohih kata 9hb ke 11hb rabi' pertama tarikh kelahiran Nabi s.a.w? He He.. Kalau ada, ana nak beri hadiah anta seposen je.

Ada tak riwayat al-Bukhari ke, Muslim ke yang kata macam tu. Memang tak ada. Dan mengikut qaul masyhur, 12 rabi'ul awwal tarikh kelahiran Nabi s.a.w. Itu pendapat ulama'. Mereka yang bantah kata hari Isnin jatuh pada 9 rabi'ul awwal hanya berdasarkn dalil yang lebih lemah. Sebabnya hanya andaian saja iaitu, tarikh 12hb tu sama tarikh wafat Nabi s.a.w 12hb juga.
Itu cerita lain. Ini bab kelahiran, kenapa kaitkan tarikh wafat pulak. Tempat bahas pun tak jumpa. Apa ke halnya entah.

Budak:
Err.. tapi kan Ustaz, mengikut pendapat ahli falak, hari Isnin jatuh 9hb bukan 12hb.

Al-Ustaz:
Ish ish ish.. Bila pulak pendapat falak boleh dibuat dalil membatalkan hukum? Bukan ke falak hisab adalah darjatnya waham saja?

Budak:
Oh, ye ke? Hurm, lagi... Riwayat Ibnu Ishak tu lemah kan, Ustaz?

Al-Ustaz:
Baik, cuba datangkan ulama' mana yang batalkan riwayat Ibnu Ishak tu. Yang betul-betul batalkan tarikh 12hb tu. Soal naqad personal ibnu ishak saja tak main lah. Satu lagi, apa takde langsung ke atsar-atsar sahabat atau tabiin ke, yang riwayat 12hb tu? Ke enta tak jumpa? Ke tok guru enta lupa nak beritahu?

Budak:
Hehe.. Tapi, ada ulama' itu , ulama' ini, ulama' sekian-sekian kata, 12hb tak betul.

Al-Ustaz:
Apa yg kata 12hb tu, bukan ulama' juga kah? Apa sayyid Ja'far al- barzanji bukan ulama'? Yang telah menghikayatkan qaul-qaul tarikh lahir Nabi s.a.w. Yang jumhur ulama' memilih 12hb. Itu yg masyhurnya. Terpilih dan diamalkan serata dunia dan dimuktamadkan.

Macam nilah. Walhasil, semua dalil-dalil dan hujjah pembantah maulid tidak tepat dan andaian saja dan bukan dalil. Sebabnya, tak ada pun dalam kaedah berdalil seperti yg diamalkan oleh golongan pembantah ni. Sebenarnya pembantah tidak mengikut metod pendalilan yg betul untuk membantah maulid. Cara-cara bantahan si pembantah hanyalah kaedah yg carca marba.
Jadi tak payah susahkan diri nak membid'ahkan orang sambut maulud. Diri sendiri tu, berapa kali selawat kat Nabi s.a.w. dalam sehari? Ada faham.. tak faham, buat-buat faham lah ya.

Budak:

Oh..ok,ok, ok. Terima kasih ya Ustaz!

[Diolah, sumber dari Blog Pondok Tampin]




p/s: Lah dan Syafik pergi Jenderam seminggu lebih awal. Semangat maulud...berkobar-kobar. HuHu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, boleh ana tahu dr mana enta ambil pndpt ilmu hisab falak x boleh jatuh hukum?

Mohd Hazimin Harun berkata...

Salam,

Maafkan hamba.
Dialog ni bukan dialog diri hamba sendiri dengan mana-mana orang. Hamba sekadar memetik dari sebuah laman blog. Dan memang hamba sendiri sebenarnya sedang bertanya-tanya akan hal itu.

Memang sengaja hamba letakkan kerana harap2 ada cetusan dalam persoalan sebegini yang boleh dibincangkan bersama. Eloknya bukan untuk kita mencari siapa betul siapa salah. Tapi cari titik temu untuk mendapat suatu pertimbangan yg saksama dan adil utk difikir2kan.

Apa yg hamba tulis ni pun agakan hamba, berdasarkan pandangan 'kaum Tua'. dan semestinya bukan pandangan peribadi hamba. Hamba kurang mengerti dalam hal ini. Masih belajar, dan masih mencari.

Adapun demikian, sangat besar hati hamba andai tuan hamba sudi berkongsi ilmu dan pandangan tuan hamba berkaitan persoalan yang ditimbulkan. Itu terlebih bagus untuk kemaslahatan dan perkembangan ilmu bersama.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

hmm.. adalah baik diberi credit kpd article tersebut.. copyright act..