RATU PANTAI : Seramai 18 peserta mengambil bahagian dalam ratu cantik pantai sempena sambutan Bulan Pesta Air Nasional 2007 di Pantai Cenang Langkawi semalam.
Seramai 14 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik itu merupakan peserta dari Thailand, tiga Malaysia dan seorang Denmark.
Pertandingan tersebut diadakan untuk memeriahkan sambutan Bulan Pesta Air Nasional yang diadakan selama sebulan bermula kelmarin.
Peserta Malaysia, Rahmah Kassim dipilih sebagai ratu cantik pantai dan tempat kedua peserta Denmark, Angelina June manakala tempat ketiga peserta Thailand, Nureeya Faseen.
(HARIAN KOSMO, ISNIN, 9 APRIL 2007)
Pakai dedah-dedah. Main air, baju basah-basah. Sarung ketat sendat. Tonggek sana, lenggok situ. Halal haram? Pedulikan. Pesta, pesta, pesta...! Fuhh, yang di bawah pentas memandang tak berkelip, menelan liur, tak tahan... Kemudian? Zina. Rogol. Seks bebas. Sumbang mahram.
Ish, maaflah terlebih 'kepoh'. Tak ingat tahun ini Tahun Melawat Malaysia. Ya, kita mesti mempelbagaikan budaya dan program menarik di Malaysia untuk tatapan luar. Ucaplah tahniah kepada pihak kerajaan. ya, kepada kerajaan. Tahniah sangat-sangat kerana berjaya mempromosikan Malaysia dengan program mungkar. Islam Hadhari tak apa lagi kot program-program macam ni. Dharurah agaknya..
Seingat-ingat aku, pernah terbaca yang menyatakan, mantan mufti negeri Selangor dahulu, Dato' Ishak Baharom sudah lama mengeluarkan fatwa mengharamkan pertandingan ratu cantik, dan melarang keras orang Islam menyertainya. Tapi sekarang, macam ni pula jadinya. Rahmah Kassim, nama orang Melayu ni. Beragama Islam juga, kot. Tapi ? Hurm, melayu mudah lupa..
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami...
p/s: Langkawi, dekat sangat lah dengan Perlis Darul Sunnah. MAZA tak nak beri komen ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan