Balik



Tepat 5.30 petang, selamat tiba di kampung halaman. Tiada titis hujan yang menyambut. Hanya tanah bumi yang berpijak banyak becak dan berair. Menurut abang iparku, banjir sudah pun surut dua hari lalu. Langit redup beserta awan mendung berambal-rambal, kelihatan tebal menampung beban yang memberat. Teringat istilah orang Gganu, hari ni cuaca jo'ong.

Alhamdulillah, hari ini banyak mengajar aku. Dan sangat-sangat terkena. Padan muka untuk diri sendiri. Hari yang dilalui penuh dramatik dan meletihkan.

Pagi tadi, bergegas dengan Wak menuju stesen komuter. Wak yang masih mamai memboncengku penuh tenang walaupun dia tahu hati aku ni berdebar-debar macam nak meletup memikirkan aku bakal ketinggalan bas. Dalam kepala, terbayang macam-macam. Beraya haji di Nilai sekali lagilah nampaknya. Tak pun terbayangkan diri terkontang-kanting berkelana mencari tiket saat-saat akhir yang entah ada entah tidak.

Menunggu tren yang lewat tiba, penuh kesabaran. Tenanglah hati, banyakkan doa dan berserah. Sebaik tiba, gesit berkejar ke Hentian Putra dengan tiga beg digalas macam pelarian asing diburu polis. Kemudian terpaksa tebalkan muka menuruni tebing tinggi bersebelahan susur keluar Jalan Kuching dengan gaya yang ekstrem semata-mata mahu menahan bas yang sudah mulai bertolak.

Nasib badan tersangat baik. Hampir-hampir terlepas bas. Pedulikan semua orang memandang. Muka pucat kepenatan(sebetulnya sebab belum makan, lapar gila) dan tiket pun dihulur, terketar-ketar kepenatan. Fuh, masuk ke dalam perut bas, badan masih hangat dan berkeringat. Air-cond tak membantu. Hanya nafas dihela dalam-dalam, dilepas segala rasak dan lelah. Hati tak putus-putus mengucap syukur, segala puji bagi Allah. Terima kasih Tuhan.

Mata mulai dijemput kantuk, memuyu-muyu dan kemudian langsung lelap. Letih.

Pengajaran hari ini: jangan tidur selepas Subuh, nanti mahal rezeki. Dan sememangnya, masa itu mahal harganya.

Selamat balik kampung untuk diri sendiri.

Terjah Acacia


Baru-baru ni, sempat juga menceroboh masuk kediaman pelajar USIM yang baharu, Acacia Park. Tempat ni bagi aku tak adalah teruk sangat. Bilik luas, selesa dan sangat dekat dengan kawasan kampus. Cuma, ada jugalah kekurangan yang mungkin merencatkan minat sesiapa yang 'bertuah' untuk berhijrah ke sana.


Di kejauhan, Canselori yang tersergam atas puncak bukit...


Malas hendak cerita banyak-banyak. Dalam hati, berdoa kepada Allah supaya rayuan aku untuk kekal di Sutera diluluskan. Huhu. Ameen.

Mangsa keadaan yang frust bila diarah berpindah ke Acacia...

Cerita si Diva


Tahniah kepada sahabat, Ikhwan kerana berhasil mengukuhkan gelaran diva yang sudah sinonim dengan dirinya. Aku pun tumpang sekaki berbangga atas kejayaan dia ni. Tak sia-sia ya datang beri sokongan selama dua hari. Akhirnya berjaya jua anda menyandang juara. Royal Debate tak berhasil, dapat yang ini pun sudah dikira sangat mantap lah bro.

Mabruk ya akh.

p/s: Tarikh pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu sudah diumumkan SPR. Jentera-jentera sudah mulai memanaskan enjin. Petugas mulai dikerah untuk turun padang. Kepada mereka yang terlibat secara langsung, selamat beramal siasah dengan harmoni.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha3..kdg2 kesian dngaq crita hang, kdg2 lwk pn ada. Ingt kut nk beraya skali lg kt nilai..hehe. Ak taw dah, hang bab tid0q ni blh ltk bnda lain suma tepi, tp tid0q jgn kcau..ada bet0l??

Tanpa Nama berkata...

aku pn bljr utk x tdo lps subuh...tp agak sukar di situ..

Mohd Hazimin Harun berkata...

mat noQ...mung xyah la kate ke aku.. mung lebyh kurg jugok..ke guane..heheh

esyad,jln mujahadah mmg pyh owk..Hu hu sedeyh3