Ahlan ya ikhwah, ahlan ya akhawat

Kampus Nilai kini sudah menerima kedatangan kumpulan mahasiswa yang memasuki program asasi Tamhidi Usim. Kesemuanya merupakan lepasan SPM yang memilih program-program utama matrikulasi yang ditawarkan di sini sebelum meneruskan pengajian di peringkat sarjana muda.

Memandangkan ketidakcukupan bilangan pembantu urusetia, kami secara kebetulan ditawarkan untuk turut sama membantu gerak kerja sepanjang Minggu Taaruf bagi sesi kali ini. Wah, pucuk dicita ulam mendatang.

Empat hari beserta elaun dan makan minum sepanjang hari, kami siap dan bersedia. Mengisi waktu senggang ketika semester pendek yang cukup mengeringkan duit poket, memang agak membantu aku berjimat dengan penuh cermat. Syukur, syukur.

Untuk pengambilan kali ini, seramai lebih kurang 450 orang pelajar baru yang diterima masuk Usim. Jumlah sekitar itu bagi aku sudah dikira memadai meski tidak mencapai sasaran awal. Sekurang-kurangnya pengurusan dan kebajikan pelajar dapat dipantau dengan lebih berkesan.

Sepanjang dua hari program taaruf kelolaan HEP tersebut, tugasan bagi urusetia tidak menentu. Kebanyakan sebelum hari pendaftaran, tertumpu pada persiapan tempat dan teknikal. Pada hari pertama, aku mengambil peranan di bahagian sambutan dan pendaftaran.

Meski letih keting dan kering tekak jadi pak pacak di hadapan dewan yang sibuk, kira berbaloi jugalah sebab berpeluang untuk berinteraksi dengan ibu bapa dan ahli keluarga dari pelbagai negeri. Tambah seronok bila dapat berbual dengan dua orang cikgu sekolah lama dan beberapa junior aku dari Terengganu.


Selesai sahaja proses pendaftaran pelajar, aku menawarkan diri untuk membantu unit makanan. Macam biasa, posisi yang mengenyangkan lagi merehatkan. Bila sudah tak ada kerja sangat, barulah aku secara sukarela beraksi sebagai jurukamera. Juga posisi yang kena dengan aku. Baik-baik, jaga pandangan kamu. Itu pesan Kak Ainul awal-awal.


Letih mendengar ucapan NC agaknya.

Biasalah, aku pun macam ni jugak dulu (...sampai sekarang.)

Ini aku confuse sikit. Tapi yang pasti, bukan mimpi markah kasihan.

Jangan silap faham. Ni bukan kena tangkap berdua-duaan, ya..

Kebanyakan yang aku perhatikan dari kaca mata seorang senior (cecece..), ramai nampak baik-baik belaka. Maklumlah, pelajar baru. Tapi memang tak dinafikan, jika dilihat pada keluarga yang hadir waktu pendaftaran, memang sejuk mata memandang. Sememangnya anak yang soleh lahir dan membesar dari keluarga yang soleh. Mudah-mudahan semuanya elok tingkah pekerti, amin.

Bakal junior aku kat FSU...buli jom buli..

Telatah dan ragam pelajar baru, semua orang sudah termaklum. Teruja masuk universiti, seronok tapi tersipu-sipu jumpa teman baru, malahan ada takut-takut berjauhan dengan keluarga. Gambaran yang biasa kita lihat, dan pernah kita lalui dahulu.

homesick...


Pada awalnya tugas aku hanya di kolej kediaman, tapi bila sudah terlibat langsung di kampus, makanya tak berpeluanglah untuk aku bantu sahabat-sahabat yang setia berperanan menolong pelajar yang mendaftar masuk KK. Mendengar ulasan pengetua kolej aku, rata-rata ramai memuji proses pengurusan masuk kediaman. Nasib baiklah ramai AJK yang ada short sem yang sudi membantu. Terima kasih, terima kasih.

sesi mengecam bakat terpendam...

ha, yang dua orang duduk tersengih macam kera kena belacan ni junior sekolah aku dulu. Nakal dahulu kini dan selamanya. Heheh



Kejutan malam apresiasi seni - selamat hari lahir ya, adik-adik...

sebahagian daripada urusetia mahasiswa MT 09/10.


Kalau tak ada aral melintang, insyaAllah kemasukan pelajar sarjana muda hujung bulan depan aku cuba turut serta sekali lagi. Sesiapa yang rasa-rasa hendak berbakti kepada pelajar-pelajar baru, nak hilangkan boring sebab tak tahu nak buat apa-apa, nak tambah wang saku, dan nak men'capap', boleh pergi ke HEP untuk borang permohonan urusetia tambahan.



6 ulasan:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

mencapap dan terus mencapap..woooooo...

wafa.khairudin. berkata...

jom buli junior jom.
hihi

trase cam tua je nk masok 2nd year..

areistida89 berkata...

matzan, aku wase lps ni mung kut kena buli
doh, jnior muka tua2 blaka
tp mung x r muda plk haha

junior sheikh tu ada jgk mari mktb ari tu..hmm ye cuba blaka r tuh.. tp baik duk kat tmpat mu, leh jd baik cam ge mung
insyallah

Khazinatul_Asrar berkata...

Pelik tengok tudung akhwt, kelihatan baru. Tapi, sungguh menyedihkan bila ada junior yang komen "apsal tdg pendek sangat?". Terkedu dan tak terkata.

Mohd Hazimin Harun berkata...

wafa:ya buli2..tapi biarlah buli yg memberi tarbiyyah...=D

jo:pudin dgn amir mmg dorng duk harap maktab...tp aku persuade duk cni gk..
biar ghama skek budk ganu seh malek..nak buat kroni hehehe

syazana:erm..mmg tahun ni isu tudung agak menjengkelkan. scr teknikal,hep mmg kena jawab terutamany pengagihan tudung yg kureng tu..
dan kalu nk backup,inisiatif pljr..
pakai tudung 2 lapis..ari tu tgk ad jugak yg pakai camtu..
sedih jgk ar tgk keadaan muslimat yg terkulat-kulat mengikut peraturan 'wajib pakai tudung yg dibekalkan'..
insyaAllah, nnti kita cuba usulkan untuk pemantauan supaya xde brlaku waktu degree masuk nnti..

k, syukran

rushdunk berkata...

kesianny paparazi amik gmbr bdk ngah tido. hu3