Penghias Diri

Mafhum hadith:
Dari Abu Hurairah R.A berkata:
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara; puasa tiga hari bagi setiap bulan, dua rakaat dhuha,dan solat witir sebelum tidur.
- Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Sayyidina Abu Hurairah R.A. apabila diwasiatkan tiga perkara tersebut oleh Rasulullah sallallahuu 'alaihi wa aalihi wasallam, beliau tidak pernah meninggalkan perkara tersebut hingga ke akhir hayatnya.

Bagaimana dengan kita? Seringkali mendakwa kitalah umat yang sangat mencintai Nabi. Petah berbicara memberitahu kepada semua orang, kita mesti berpedomankan sunnah, meski sunnah yang ringan pun belum kita laksanakan. Tetapi hati selalu berbangga seolah-olah iman terhadap Nabi sudah sempurna. Telitilah peribadi dan akhlak kita. Adakah kita sudah menunaikan haq Rasulullah yang sebenar-benarnya?

Dengan keberkatan Ramadhan yang masih lagi menggamit, ambillah peluang yang berbaki ini untuk memulakan langkah sedikit demi sedikit, dan berterusan mengikut petunjuk Rasulullah sallallahu 'alaihi wa aalihi wasallam. Tersangat indah hati yang mencintai Nabi dengan jiwa yang mendamaikan, penuh ketenangan.

Ya Allah, jadikan zahir dan batin kami penyejuk mata buat Rasulullah.

3 ulasan:

adilahamzah berkata...

tersentuh~

Khazinatul_Asrar berkata...

betul2~
Biar sedikit2, tapi istiqamah.
InshaAllah.

Malulah kiranya kita meminta syafaat dari Rasulullah kelak di hari muka, tapi sunnahnya yang sdkt pun sukar utk laksanakan~

tengku Anis berkata...

Salaam hazimin,


nak ajak untuk masuk satu pertandingan fotografi. Ni pertandingan antara universiti dan berharap dpt promote kat sahabat2 yang ada minat pada pertandingan macam ni (fotografi).


pertangdingan ni adalah anjuran UTP. sila layari

www.dac.com.my