Bisikan Sirr (Di Ambang Ramadhan)


Setitis hikmah 1

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujudNya. Apakah maknanya Dia mewujudkanmu jika Dia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya. Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayangNya, jika kamu memahami.

“Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (Adz-Dzaariyaat: 21)

Setitis hikmah 2

DariNya engkau datang dan kepadaNya akan kembali. Engkau tidak akan memahami bahasa cinta jika engkau berpaling dari WajahNya.

“… Mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah: 156)

Setitis hikmah 3

Segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya. Jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayangNya. Nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaianNya yang amat lemah lembut.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; Kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali-‘Imran: 14)

- Petikan daripada karya Tuan Guru Tokku Ibrahim Muhamad AsSyathariy (Pulau Manis)


Jadikan Ramadhan kali ini ladang untuk kita membajai cinta kita kepada Rasul. Sesungguhnya cinta Rasul sahaja yang membuatkan kita terasa malu dengan dosa kita, malu dengan maksiat kita, malu dengan riya' kita, malu dengan takabbur kita, malu dengan terhijabnya kita kepada makrifat. Semoga kita menemui cahaya atas cahaya; untuk membawa kita mengenal Allah yang Maha Agung.

Salam Ramadhan.

5 ulasan:

aiShah_sOfeaTJ@katoJie berkata...

Salam Ramadhan al-Mubarak.

moga Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kita laluinya dengan sempurna...insyaAllah. ameen :)

Muhammad berkata...

Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan

KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/scan1_cr.png

Khazinatul_Asrar berkata...

Ramadhan Kareem~

akalili berkata...

ramadhan kareem... ramadhan yang sama...natijah yang berbeza.... sama-sama pasakkan niat, letakkan tekad.... moga ramadhan kali ini menjadi medan mengutip mutiara maghfirah dari Allah...

Mohd Hazimin Harun berkata...

Allahu akram..!