Agama dan Logika

Dengan izin Tuhan, pernah beberapa ketika aku diberi peluang untuk bertemu dengan mereka yang cenderung berfikiran ala ateis. Mereka teman-teman sebaya yang cerdas akal tetapi digelapkan mata hati kerana buntu memilih kebenaran.

Hidup asal jadi baik, ungkapan biasa daripada teman-teman sewaktu di Khidmat Negara. Juga teman yang mempertikaikan kehidupan selepas mati, meragui bukti dari sumber al-Quran dan menilai ibadat solat sebagai desakan yang tidak relevan lagi pada zaman sekarang. Mereka tegar memilih logik sebagai asas dalam pemikiran dan dalam menentukan gerak tubuh mereka sehari-hari.

Sekadar menghimbau ingatan terhadap teman-teman lama yang terputus hubungan untuk beberapa lama. Bagaimana mereka sekarang agaknya? Rindu dan kasihan bertandang di hati. Semoga hidayah Allah menyapa jiwa mereka dengan sentakan yang berhasil menyungkurkan diri sujud kepada Tuhan yang satu.

Pesanan untuk sahabat-sahabat yang seronok menjadi pendakwah yang serba eksklusif sifatnya, belajarlah bergaul dengan manusia yang rencam jenis. Pengalaman bersama hamba Tuhan yang berlainan 'planet' adalah tarbiah terbaik untuk memugar jiwa kita yang terbiasa selesa dengan nikmat Tuhan.



Untuk tatapan para penggemar ilmu logik. Harus diingat, tunjang falsafah Islam adalah tidak meminggirkan tauhid dalam setiap untaian mantik yang dizahirkan. Sebab itulah, Atheisme, pantheisme atau apa sekalipun, jika melakukan bid`ah atau ilhad (penyimpangan) ia tetap disebut al-bathil, kerana al-haq itu hanyalah ahad (Esa).

Masalah yang menimpa ummat saat ini secara mendasar diakibatkan oleh kerosakan ilmu dan konsep-konsep "ushul" yang kian dipinggirkan. Maka, terwujudnya paradigma tauhid (tawhidic paradigm) dipunah-ranah oleh intelektual dan ilmiah yang tidak berakarkan fitrah bertuhan. Sehingga sekarang, tidak ramai ummat Islam yang memahami konteks sebenar permasalahan ummah yang berakar umbi.

Meski dengan akal terbaik dan niat terbaik, tanpa bimbingan wahyu, manusia akan terus tersesat. Sesungguhnya tiada rahmat yang tercicir bagi mereka yang berpegang kepada kedua-dua ini, kitab Al-Quran dan sunnah Nabawiah.

#Artikel santai yang menarik untuk pembacaan bersama.
Perbualan antara Ateis dan pelajar


p/s:Kekurangan waktu untuk mengemaskini blog buat masa ini. Secara tiba-tiba hati meronta untuk menanti Haul datang menggamit. Mengintai sumber cinta yang merumbu. Duhai Kekasih...

2 ulasan:

Tg.A berkata...

kadang2 rasa janggal dgn daie 'segera' yang tidak memahami konsep dakwah secara keseluruhannya tapi sangat lantang bersuara.


nice entry.

Tanpa Nama berkata...

Herr Professur, existiert Kälter?
Was für eine Frage soll das sein?
natürlich existiert die Kälter. Wart ihr noch nie kalt? nein, in der Tag herr Professur, die Kälter existiert nicht. nach dem Gesetz der Physik ist das, was wir als kalt empfinden, nur das Fehler von Wärme. und existiert Dunkelheit, Herr Professur?