Ukhuwwah Ramadhan


“Menjadi masalahnya, orang ramai lebih sibuk mencari lailatul kamdar!” Begitu seloroh Syukri membuatkan aku dienjut gelak kecil. Graduan UM yang masih segar itu baru sahaja aku kenal ketika berbuka puasa di Masjid Jamek semalam. Taaruf kami sekejap cuma, namun sudah cukup untuk membibitkan kemesraan.

Bicara kami seputar isu mahasiswa, perihal kerjaya dan semestinya tidak lupa untuk seronok berkisah tentang pemburuan al-Qadr yang begitu mengujakan.

Terima kasih Tuhan, mengirimkan seorang saudara seagama yang menemani aku untuk iftar seusai berkelana sendirian. Terasa makin dingin rahmat-Mu apabila kami sama-sama berkongsi barakah Ramadhan. Sungguh-sungguh, Ramadhan berupaya meredupkan jiwa hamba, dan mengakrabkan ukhuwwah serta meninggikan nilai futuwwah.

Selamat memburu al-Qadr!


Daripada Aishah r.a.: "Adalah Nabi SAW beribadah dengan lebih bersungguh-sungguh dan kuat pada 10 malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana baginda beribadah di malam-malam yang lain."(Riwayat Muslim, Hadis No.1175).

Tiada ulasan: