Separuh Masa Kedua


Perjuangan diteruskan dalam fasa kedua. Lagi separuh masa yang perlu dilunaskan dengan hati penuh redha dan syukur. Bagi mereka yang makin membugar ruh 'abid, anugerah terindah masih lagi mampu dikecap. Nafas Ramadhan serasa makin mendamai, disusuli hati yang merayu mahu dicumbui taqwa.

Tuhan, segala puji bagi-Mu.

Sayugia diingatkan, tiada apa yang boleh membawa seseorang hamba menapak ke syurga melainkan dengan rahmat Tuhan. Dan jangan diulangi lagi babak kekalahan lalu kala semangat Syawal bangkit, nikmat seribu bulan terabai. Moga-moga jiwa kita sentiasa thabit dan hadir maknawi dalam meneruskan tarbiyah nafs menggiurkan ini.

p/s: Al-Fatihah untuk almarhumah Ustazah Toh Puan Fatimah yang kembali ke rahmatullah petang semalam.

Tiada ulasan: