Filem yang 'mencerahkan'...

Indonesia tak pernah ketandusan karya seni bernuansa Islam. Lagu-lagu misalnya, meski tampak moden tetapi bersantun. Masih disaluti nafas spiritual dan bait-bait yang meruntun jiwa hamba. Penggiat sinetron di sana juga cukup terbuka untuk menyampaikan nilai-nilai agama meski diakui liberalisme sememangnya masih menebal di kalangan khalayak umum dalam republik itu.

Sang Murabbi satu lagi bikinan yang ditunggu-tunggu penggemar filem Islami. Kisah yang jika ditonton sedutan daripada filem tersebut, mempunyai kelainan tersendiri berbanding filem-filem Islami yang lain.

Jika sebelum ini ramai berpendapat filem AAC agak 'lesu' dengan nilai dakwah, Sang Murabbi tampil dengan layar tarbiyah secara total. Beralih dari terikat dengan tema 'klise' cinta adam dan hawa atau kisah lelaki baik-baik untuk perempuan baik-baik.

Sang Murabbi satu manifestasi penghargaan kepada guru pentarbiyah dan pelopor gerakan dakwah Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia. Keperibadian dan ketokohan almarhum Ustadz Rahmat Abdullah sebagai pendakwah menjadi tunjang bagi paparan dalam filem ini.

Mudah kata, filem ini tidak cocok sekali untuk dilabel filem yang bersifat komersial, sebaliknya ia hadir sebagai satu penghargaan yang dizahirkan semata-mata untuk memberi taujihat kepada penonton betapa akhlak dan ketrampilan seseorang sudah cukup memberi kesan mendalam dalam kerja dakwah.

Mudah-mudahan lebih banyak lagi filem seperti ini dihasilkan. Sekurang-kurangnya dengan memperbanyakkan kisah hidup ulama, para wali, mujaddid dan pendakwah agung, mampu mendekatkan masyarakat dengan kehidupan Islam.

Penggiat filem Malaysia, ada sesiapa berani mencuba?

"Mereka yang keruh nurani, selalu melihat dengan angan-angan panjang. Seakan kematian hanya berlaku atas orang lain. Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan jenazah ke liang lahat, melepas kerabat di akhir nafas, atau berbiduk di lautan dan gelombang yang ganas. Bila tak mempan, takbirkan empat kali bagi kematian hati nuraninya" - K.H. Rahmat Abdullah, Beternak Mimpi

p/s: Terbayangkan kisah almarhum Ustaz Fadzil Noor dijadikan filem, pasti penuh inspirasi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
pd 21.06.08 mlm yg lpas, satu ceramah diadakan d muassah darul ulum pokok sena smpna memperingati 6 thn pemergian Allahyarham Ust. Fadzil Mohd Noor. Trut hadir Tok Guru Nik Aziz dan Ust Azizan Razak (MB kedah) dlm crmh itu. Pengkisahan smula tygn video Ust Fadzil ckup meneyentuh hati, mmg ketokohan beliau xdpt disangkal lg. Insya ALLAH klaw ada rzki kita akan wat filem Ust Fadzil plak..tp kn tunggu kalih kerajaan dlu la...