Insiden 0714

Hari ini hari yang aneh.

Nasihat seorang sahabat, tiada apa yang perlu digusarkan andai pergantungan sepenuhnya kepada yang selayaknya. Qasadkan qalbumu. Pasakkan tekadmu. Ledakkan semangatmu. Damaikan jiwamu. Aku mengiyakan, teramat setuju.

Kata sahabat lagi, mengapa perlu menghampiri ketakutan, sedangkan ketenangan senantiasa mendekat. Yakinlah. Segala yang dituntut adalah ilmu Allah. Kamu hanyalah hamba yang faqir hina-dina. Jangan terasa gundah. Jangan berkelu-kesah. Jagalah rabitah Ilah. Dengan izin-Nya, pasti beroleh cahaya. Aku turut mengiyakan. Benar sekali.

Dan sekali lagi pesan sahabat, tak semua kejayaan itu membawa kebaikan. Dan tak bermakna setiap kegagalan mendorong kepada keburukan. Benarkah? Ya. Aku menggangguk.

Hari ini masih hari yang aneh.

Jiwa. Jangan cuba berlaku rusuh. Tiada guna untuk memberontak.
Mata. Jangan terlalu memandang. Nanti padah menyeksa diri.
Akal. Mohon berlaku saksama. Jangan rebah diasak angan-angan.
Hati. Damaikan, jangan mudah terasa bagus dan merasa baik.

Terkadang gembira yang diharap, celaka yang hadir. Terkadang senyum kita untuk kedukaan, menangis kita untuk keriangan. Begitulah pentingnya untuk mengerti hakikat itu.

Mereka?
Tak mengapa. Lain orang lain perihalnya. Jangan terikut-ikut. Kelak dirundung geram. Sakit qalbu. Sakit hati. Sakit kepala. Kita juga yang merana.

Hari ini hari yang aneh.

Dan, awal tadi aku melangkah. Dua itu mampir menerkam. Ketakutan dan pengharapan. Aku suka akan kedua-duanya. Mesra dan santun membelai. Aku menerimanya. Sedaya-upaya dengan keikhlasan.

Allah Tuhanku,
Syukur hamba-Mu akan anugerah itu. Untuk hari ini. Dan hari-hari seterusnya.
Semoga senantiasa hari-hari yang dilalui adalah hari yang aneh. Hari yang aneh adalah hari yang ganjil. Dan, Allah suka akan sesuatu yang ganjil.

Aku akur dengan insiden itu. Begitu mengajar dan mencetus hikmah.
...Cukuplah bagiku Ilmu Tuhanku…

2 ulasan:

Ejen 0814 berkata...

0714=LAW &SOCIETY
Hehe..suma bdk tsu gerun mendengar no kod ni. Tp ada 1 lg bnd yg kurang enak didengar, swaktu hmba d ktm nilai pd 6/5/08, 0830hrs, hmba tlh terserempak dgn MISS 0614, beliau berkata "unexpected answer". Ingt bkn memuji, tp MISS 0614 kata, "lain yg ditanya, lain yg djwb"(renung2kn..). Pa2 p0n mrlh kita mohon kpd Allah agar memperoleh kptsn yg cemerlang bln 7 ni..Wsslm, Adios..

Hazimin Harun berkata...

Urm..
khabar yang meresahkan..

doa..
doa..
doa..