"Tahniah. Saya baru pulang dari Kem PLKN. Ke mana pun pergi jangan lupa Allah dan seni penulisan kreatif."
Mesej ringkas ini aku terima daripada Cikgu Alias. Beliau merupakan guru pembimbing bagi kumpulan Lancang Kuning dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya ketika aku berPLKN dahulu. Ternyata, ingatan cikgu masih tegar terhadap anak didiknya.
Meski sekadar tiga hari, banyak perkara baru yang diperoleh bila berbicara dengannya. Terutama berkait dengan selok-belok dunia penulisan. Malah, pengalaman menarik beliau ketika bertugas sebagai wartawan akhbar turut dikongsikan.
Walaupun kumpulan kita tewas, tapi sebenarnya cikgu telah berjaya mendekatkan kami dengan keindahan seni budaya bangsa dan ketinggian nilai sastera Melayu. Terima kasih cikgu.
Kepada semua pendidik, khasnya guru-guru aku (walaupun kalian tak membaca apa yang aku tulis ni), SELAMAT HARI GURU !
p/s: Gambar hiasan - persembahan Kumpulan Anak Merdeka, johan Program Penghayatan Sastera dan Budaya MSHC.
2 ulasan:
dok tganu katne? cikgu alias tu org tganu gak ke?
kat Kuala Ibai, K. Trg.
yerp, dia orang tganu jugak.
cikgu sekolah rendah juga seorang wartawan Kosmo.
skdr nk promote : link utk novel karya beliau..
http://www.ujanailmu.com.my/pd_priiit.cfm
Catat Ulasan