Baca @ LRT


Anda gemar membaca?





Jom sertai mereka... Baca @ LRT.

Tarikh 20 Februari 2010.

Masa jam 10 pagi
.

Bermula dari Terminal Putra LRT Gombak sehingga LRT Taman Jaya.


Tema : "Baca Sastera".

Mengapa Taman Jaya? Jika tuan dan puan merancang membeli buku, di situ terdapat sebuah kedai buku yang menjual buku-buku baru pilihan tuan dan puan pada harga yang rendah iaitu di Book Xcess, Amcorp Mall.

Metod : Mula membaca buku selepas lima minit berada dalam LRT secara berperingkat bagi mencipta keadaan natural.


"..it hopes to cut a wider spectrum of readership, namely the English-speaking 'middle-ground' Malaysians. Reading has never really been a Malaysian culture, worse still if it is heavily ideologically-loaded. It is characteristically a Malaysians malaise that may spell doom for our global competetiveness."
- Dr Zulkifli Ahmad, Blind Spot(2007)



p/s: Cemburu dengan mereka yang 'lapang' bernikmat dengan buku dan 'ligat' berkarya. Berpesan kepada diri, hargai waktu yang ada meskipun satu minit. Manfaatkan ia agar kita tidak lelah untuk menyesali saat-saat berlalu yang merugikan diri.

* Kredit : Zamri Mohamad (Info dan gambar)

5 ulasan:

Mohd Hazimin Harun berkata...

Perintah membaca perintah pertama dari langit.

Membaca menyubur minda, melenyap kejahilan.

Membaca budaya masyarakat minda kelas pertama.

erma fatiha berkata...

30 minutes in LRT reading needs a lot of focusing for several person.

Setengah jam membaca di dalam LRT,nalik rumah terus loya dan muntah lantaran bendalir dalam telinga yang tidak stabil.

onlyordinary berkata...

sempoi gak tu baca@lrt... agak lama da pegang buku ni... huhu

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam zimin,

"Metod: mula membaca selepas lima minit bagi mencipta keadaan yang natural",

aku rasa minit ketujuh aku akan mula tergelak pelahan pelahan, pastu aku akan turun distesen terdekat untuk pegi tandas.

hahaha, rase cam belakon lak....(you get what i mean right?) but its a good thing to do

anyway, ko tak blek ganu ke?

Mohd Hazimin Harun berkata...

bob,
membaca tak perlu dipaksa bagi mereka yang sudah sebati dengan buku. jadi kalau rasa nak berlakon, buang masa saja kalau nak turut serta.

dan, nak termuntah pun tak perlu dipaksa. tak perlu nak jolok tekak. hehe

p/s: I got it..