Perkasakan kematangan mahasiswa USIM

Isnin lalu, majlis watikah pelantikan sidang MPP yang baharu menggantikan barisan pemimpin sesi lepas telah diadakan di Canselori. Seperti mahasiswa-mahasiswi USIM yang lain, kami berbesar hati dalam mengharap akan adanya agenda perubahan yang progresif dan realistik daripada barisan MPP kali ini.

Tiga misi utama yang mendasari gerak kerja MPP kali ini iaitu: Empati/Prihatin Kebajikan Mahasiswa; Optima Potensi Intelektual Mahasiswa dan Pengantarabangsaan; dan Jana Personaliti Mahasiswa Dinamik dan Islamik. Misi pertama dan ketiga bagi aku adalah bentuk kesinambungan gagasan yang dibawa oleh barisan kepimpinan terdahulu.

Aku tertarik untuk mengekori misi kedua, iaitu usaha memperkasakan nilai intelektualiti mahasiswa dan menganjakkan kedudukan mahasiswa ke peringkat global. Suatu misi yang cukup mencabar untuk dijayakan namun tampak sangat idealistik khususnya dalam membentuk kelompok mahasiswa USIM yang berdaya saing.

Secara umum, kebanyakan mahasiswa dalam ruang lingkup kampus, tidak begitu terdedah secara kritikal tentang wacana pemikiran yang mencetus minda. Sebaliknya, mahasiswa lebih disajikan dengan isu remeh-temeh seperti seminar percintaan. Lama-kelamaan, perkara ini berupaya mengecilkan kapasiti mahasiswa apabila terjun dalam kelompok masyarakat.

Misi menjana intelek tidak boleh bergantung dalam kuliah semata-mata, sebaliknya pendedahan secara langsung menerusi seminar dan diskusi luar perlu diperbanyak. Jangan biarkan kebekuan minda berlarutan, terutamanya dalam kondisi sekarang yang memerlukan mahasiswa menggarap habis-habisan kematangan dalam diri mereka. Jangan sekadar duduk menerima, sebaliknya gigih menekuni pemikiran dan mencipta idealisme.

Kepada barisan kepimpinan MPP terkini, aku mengucapkan selamat maju jaya, semoga aspirasi mahasiswa sentiasa menjadi misi dalam setiap agenda yang ingin dilaksanakan. Teks ucapan dasar Yang Dipertua MPP USIM , saudara Aliff Ismail boleh diikuti di sini.

2 ulasan:

Fazareez Fauzi berkata...

Erm..aku rasa pelajar USIM juga perlu ada semangat inkuiri dlm diri msg2. Klau asyik disuap slalu, entah apa akan jadi. Klau bnyk mn program, seminar sekalipun dianjurkan tp penglibatan krg, apa gunanya. Apa2 pon nantikan seminar "Ittihadul Ummah' insya Allah..

Mohd Hazimin Harun berkata...

Salam,

inkuiri bermula dengan cetusan. Cetusan boleh timbul secara langsung dan tak langsung. Inkuiri juga berkait rapat dengan minat dan kecenderungan. Apapun, itu semua boleh dijana. Wujudkan perbincangan atau perbualan berkenaan isu-isu semasa nasional dan ummah yang kritikal dan serius. galakkan sahabat2 supaya saling berkongsi pandangan. sekurang-kurangnya ini berupaya untuk beri rangsangan. seminar dan program berbentuk wacana perlu untuk beri ruang secara langsung dalam meneruskan kelangsungan kepada cetusan pemikiran.

untuk mengubah pandangan dalam pemikiran manusia tidaklah sesukar mana, ia bergantung kpd dorongan yang mampu memberi impak yang mengesankan kepada minda mereka.

mahasiswa USIM boleh berubah, sama-sama kita usahakan insyaALlah