Imam Ali pernah berpesan: "Kesempatan datang bagai awan yang berlalu. Pergunakanlah ketika ia nampak di hadapanmu."
Manusia jarang melihat sesuatu yang berlaku dalam hidup mereka sebagai suatu ketetapan yang sudah ditentukan. Mereka memandang kelemahan yang menimpa diri sebagai suatu bebanan yang bukan layak baginya untuk memikulnya. Lantas, dipinggirkan begitu sahaja, tanpa terlintas untuk mereka menghadirkan hati, duduk merenung dan memperbaiki kelemahan tersebut.
Itulah nilai amanah Tuhan yang akan dirasai bagi sesiapa sahaja yang menerima tanggungjawab di dunia ini. Tekanan akan terasa, namun janganlah begitu mudah untuk mengetepikan amanah tersebut. Tegar dalam menempuh ujian merupakan suatu yang lumrah. Sayugia akan segala yang diterima dilunaskan sebaik mungkin dan disusuli dengan unsur muhasabah yang mengesankan.
Saat ini, aku berkelana di UM bersama-sama sahabat, Umar Mukhtar mengikuti pasukan mut(mooting club) USIM. Selama tiga hari, wakil-wakil fakulti perundangan IPT seluruh negara akan berentap dalam pusingan awal(national round) bagi menentukan pasukan terbaik untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Meski tidak tinggi sasaran kami, harapan kali ini sekurang-kurangnya kami mampu memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu. Doakan kejayaan pasukan kami.
InsyaAllah, selesai berprogram di UM, menyusul beberapa program anjuran fakulti dan kolej kediaman yang perlu diberi perhatian. Semestinya menuntut masa dan tenaga yang maksima bagi memastikan kelancaran gerak kerja. Namun apa yang terpenting, pastikan setiap amal kerja diqasadkan sebagai ibadat penghubung utuh antara kita dengan Tuhan.
Acap kali hati ini berdoa dalam-dalam, aku sangat bermohon agar dikurniakan rezeki waktu yang mencukupi. Sungguh, semester ini aku agak berlaku zalim dalam peruntukan waktu untuk pelajaran. Istighfar. Istighfar. Semoga dipermudahkan-Nya, ameen.
p/s: Mohon maaf kerana kelemahan diri yang semakin culas dalam mengendali blog ini. Jika diizinkan Tuhan, blog ini akan terus bernyawa dengan penulisan sederhana dan ringan sahaja. Juga belum terlambat untuk merakamkan ucapan tahniah kepada FSU kerana menjuarai debat Piala NC baru-baru ini. Kalian memang terbaik!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan