Habis Baca, Menonton Pulak...


Sebuah filem adaptasi yang dinanti-nantikan tahun ini. Kata kakak aku, tayangannya ditangguhkan dari pertengahan Disember lepas ke awal Januari tahun ini. Malangnya, hajatnya untuk menonton sebelum pulang bercuti ke Malaysia tak kesampaian. Dia sendiri ada bertanyakan kepada seseorang, ujarnya filem itu sudah tak ditayangkan di pawagam. Tidak pasti sama ada sudah tidak ditayangkan lagi atau masih belum ditayangkan. Hurm...

Tak mengapalah. Setidak-tidaknya penghasilan filem ini sudah cukup memberi signal baru kepada penggiat filem dengan aura sesebuah filem adaptasi novel. Kehadiran AAC The Movie pasti ditunggu-tunggu sekalian penggemar karya Kang Abik. Adakah sehebat layar kisahnya dalam novel atau sebaliknya. Rasanya agak berat juga tugas mengadaptasi novel setebal AAC. Sutradara yang bertanggungjawab ke atasnya pasti bukan calang-calang.

Filem islami sebegini yang diharap dapat diperhebatkan lagi pembikinannya. Tak semua senang untuk menikmati filem sesat-mengarut-tak islamik-takde mesej-lawak spastik seperti Anak Halal, Nana Tanjung, Pontianak, Gubra dan seangkatan dengannya. Makin jemu dan meluat filem-filem sekarang. Apa mereka fikir mentaliti semua rakyat Malaysia rendah - gemarkan lawak bodoh, hantu mambang, rempit dan drift. Tak semua ingin diperbodohkan dengan begitu mudah.
Bahkan, novel-novel tepu nafas Islami yang berkualiti dan berestetika makna tinggi berlambak-lambak sedia menanti masa diangkat martabatnya. Kerna wasilah sebeginilah sedikit sebanyak mampu menonjolkan wadah dakwah yang luas untuk khalayak umum. Manfaatkan medium dan platform yang ada, untuk menzahirkan kemurnian Islam kepada semua.

Agaknya, bila pula ya Kombat 1511 atau filem epik 1515 diangkat ke layar perak?

3 ulasan:

nahwannur berkata...

salam..
bagus memang bagus movie islami diperbanyakkan lg..tp mcm ayat2 cinta, kisahnya terlalu suci dan terpelihara untuk diterbitkan menjadi movie sbb hbungan antara pelakon-pelakonnya- ada ikatan yg halalkah?apapun, kita tunggu dan lihat..harap-harapnya tiada adegan menyentuh bukan mahram..dalam novelnya tak mengapa kerana hanya sekadar bayangan..tp bukan untuk realiti..

Hazimin Harun berkata...

salam,

sudah menjadi dasar sesebuah filem yg dihasilkan, akan mmentingkan nilai komersial. indon lak tu, dorang mmg liberal sikit..tapi x boleh dinafikan, kekuatan mesej yg nk disampaikan dlm cerita bikinan dorang tu byk memberi kesan..

bila lihat trailer filem AAC ni pun, didapati mmg terabai/tak terjaga batas pergaulan dgn baik meski ada watak yang memakai niqab/purdah, bila mana ada babak bersentuhan antara pelakon lelaki dn wanita..
jelas, mmg berbeza sedikit dgn apa dlm novel krn ianya diarahkn dn dilakonkn oleh org lain..
bukn penulis asalnya yg barangkali tentu kurang bersetuju juga jika terbabas garis syariat..tp tu di luar kawal beliau..

mudah cerita, hendak kata ini sebuah filem islamik secara total dan betul2 menepati syariat macam syukur 21, sudah tentu tidak sama sekali..

ye benar.. kalu dicedok bulat-bulat jalan ceritanya dari novel, mungkin boleh dilabelkan filem AAC ni sbg filem islami paling lucah..

harapnya nanti dpt dilihat plot dan jalan cerita dapat disesuaikan dan mengekalkan kekuatan yg ada pada watak utama..plg penting, nilai dlm mesej yg hndak disampaikan..

apapun, setiap yg dibikin akan ada kelemahan dan kelebihan..pro dan kontra pasti timbul..
anggap saje lahirnya ia sekadar satu alternatif dlm lambakan filem2yang haru-biru skrg ni...

tengku Anis berkata...

sy ada membaca perjalanan pembikinan muvie ini oleh pengarahnya (Hanung).. memang satu pengembaraan yang mencabar..

harapnya.. kualiti yang diterbitkan, mampu memuaskan hati. dan semoga ia menjadi pencetus kepada penerbit filem malaysia untuk menghasilkan produk filem bagus hasil adaptasi buku2 islami.. (yang xsemestinya berkaitan cinta)..

Waallahualam