K.A.H.W.I.N.
Salah satu gejala yang sedang berleluasa di kalangan pelajar tahun akhir sekarang ini.
Salah satu gejala yang sedang berleluasa di kalangan pelajar tahun akhir sekarang ini.
Jika dihimbau sewaktu kecil dahulu, 'kawen-kawen' adalah agenda wajib tatkala bermain pondok-pondok. Berpasangan dan mempunyai anak-anak, ia kenangan yang melucukan.
Zaman kanak-kanak bukan zaman yang memberahikan, apatah lagi zaman untuk memikir tentang soal tanggungjawab dan kepimpinan. Tetapi, kanak-kanak itu sendiri melihat berkeluarga itu suatu keseronokan yang perlu dialami dan dirasai dengan riang.

Itulah lumrah.
Perkahwinan dan berkeluarga itu adalah fitrah.
Semua mengakui ia sebagai suatu yang menggembirakan. Perkahwinan itu dinantikan dalam hidup semua manusia yang normal, manusia yang waras fikiran dan sihat luar dan dalam.

Alhamdulillah, ramai kawan yang selesai mendirikan rumahtangga dengan insan tersayang. Kini tiba pula fasa mengurus dan mengatur kehidupan yang baharu dan berbeza berbanding sebelumnya.
Siapa menyangka, kita di ambang usia dewasa.
Siapa juga menyangka, kekasih hati yang sekian lama dipendam rindu.
Siapa pun tak sangka, peminat rahsia dalam diam-diam.
Juga teman tapi mesra yang bertukar rasa kasih mendalam.
Ah, hati pun tak tertahan!
Bergulat dengan cinta lama-lama, maka nikahlah penyelesaiannya.
Debar pun hilang, jiwa pun senang.
Segala puji bagi Tuhan!
Debar pun hilang, jiwa pun senang.
Segala puji bagi Tuhan!
Tahniah buat teman-teman sepersekolahan yang baharu bergelar pengantin baharu - Nik Muhammad Hanis, Azizi, Shahrul Azani - dan teman-teman sekuliah di kampus - Azim Mazlan, Afifah, Zaki - semoga penikahan kalian berkekalan dan beroleh berkah dan rezeki yang melimpah.
Ketenangan sepasang kekasih terpancar apabila berkahwin. Bahkan, lebih untung, penyakit pun beroleh penawar sebaik bernikah. Alangkah besarnya hikmah perkahwinan. Bukan semata-mata menyempurnakan naluri bernikmat sesama pasangan, bahkan menyalurkan rezeki kesihatan, keberkatan usia dan ketenteraman jiwa.
Maka nikmat Tuhan yang manakah, kamu ingin dustakan?
Maka nikmat Tuhan yang manakah, kamu ingin dustakan?
Berkahwin sememangnya menyeronokkan, bagi yang sudah selesai.
Bagi yang belum, terutama yang masih berhempas-pulas di semester akhir pengajian, uruskan masa serta lunaskan tanggungjawab terakhir di kampus sebaik mungkin. Nasihat yang paling tepat untuk kalian, sabar dan berpuasalah.
=)
Kita kini pada semester akhir. Usah dirunsingkan. Tak perlu tertekan dan menekan. Teruskan bergembira dan menikmati alam dan waktu bujang bersama-sama teman-teman.
Selamat menduduki peperiksaan!
Berseronok sepuas-puasnya menghabiskan sisa-sisa bujangan yang bakal berakhir tak lama lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan