Bersempena Eidul Adha, aku Ingin berkongsi satu kisah yang berlaku sekitar tujuh dan lapan tahun dahulu.
Sewaktu awal persekolahan menengah dahulu, kisah berkenaan gerakan memurtadkan umat Islam di Terengganu cukup hangat. Rata-rata teman berkongsi cerita yang didengar, diheboh dan dibaca daripada majalah yang mensasikan isu tersebut.
Di sesetengah masjid dan surau, rancak siri-siri ceramah khas mengulas dan membentangkan segala macam perihal dakyah dan strategi licik gerakan yang menyebarkan dakyah Kristianisasi dan pemurtadan. Muncul beberapa watak di kalangan Ustaz dan pakar perbandingan agama yang tampil menjelaskan kepada masyarakat.
Kebimbangan berhubung perkara tersebut cukup dirasai. Persoalan yang tak pernah dibincangkan sebelum ini, tiba-tiba dilontarkan kepada anak muda sehingga ada yang bingung; tak tahu jawapan apa yang ingin diberi.
Aku mengingat-ingat kembali. Berlaku suatu peristiwa yang dihadapi oleh kami. Gerakan sebegini halus menyusup, mempengaruhi kumpulan anak muda di sekitar tempat kami. Dan kami yang terkesan dengan siri-siri ceramah Ustaz -ustaz yang lantang memperjuangkan isu ini, cuba tampil untuk berdepan dengan golongan sebegini.
Aku mengingat-ingat kembali. Beberapa persoalan yang pernah dilontarkan kepada kami oleh segolongan pihak yang sudah terpengaruh dengan ateis. Salah satu yang dipersoalkan:
Mengapa umat Islam solat menyembah kaabah? Bukankah itu sekadar binaan daripada manusia, tak ubah seperti berhala? Apa umat Islam ingin menafikan mereka tidak menyembah berhala, tetapi hakikatnya itu yang mereka lakukan setiap hari?
Hati seorang Muslim mana yang tidak senang apabila diajukan soalan sebegitu. Cuma agak aneh apabila kami seakan tidak mampu untuk memberi jawapan yang tuntas dan kemas untuk merungkaikan persoalan yang cukup 'menggugat' aqidah anak-anak muda seperti kami.
Jawapan yang mampu kami sediakan, hanya berbentuk ulangan ayat-ayat Quran dan pedoman daripada para alim yang berkisah tentang sirah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Dilambakkan dengan nilai pengajaran serta hikmah yang bernuansa lunak Islami. Sejujurnya, aku sendiri kurang menyakini jawapan sebegitu mampu memberi pencerahan kepada mereka.
Dan sememangnya ia tidak berbekas. Bukan kerana tidak yakin dengan kekuatan sumber-sumber yang kita pegangi. Sebaliknya, kita kelemahan 'peluru' yang boleh menyentak hati sanubari mereka yang sudah mula terhijab dengan pedoman wahyu.
Jiwa mereka tidak boleh lagi menerima hujah tanpa logik. Mereka kononnya berlagak pintar, walhal dangkal dalam memaksudkan erti pencerahan hakiki. Dan kita tidak boleh untuk menyalahkan mereka. Itulah sifat dan sikap mad'u seperti mereka.
Kisah itu berlalu begitu sahaja. Penyesalan kerana gagal memberi lorongan taufik untuk menjadi asbab hidayah kepada mereka. Usaha itu tidak memberi kesan langsung.
Itu cerita dulu-dulu. Kisah sewaktu aku cukup minat dengan kepetahan Ustaz Jamil Rashid. Kisah ketika aku begitu mengagumi kelantangan Ustaz Badrul Amin. Ketika itu, kecenderungan aku memuncak apabila Mufti Perak bangkit bersuara tentang isu-isu ummah.
Kini, kisah itu makin kendur dan luntur untuk diperjuangkan. Padahal isu tersebut isu yang kekal wujud dan masih berterusan di kalangan masyarakat kita.
Sedang diri sendiri pula mengakui semakin terabai untuk mempersiapkan diri dengan bekal-bekal ilmu untuk menghadapi medan sebegitu rupa.
Aku secara jujurnya, masih terbayang-bayang dengan persoalan mengenai Kaabah. Ia terkadang mengacah-acah fikiran dan bisikan halus cuba melemah-lemahkan pegangan yang kita sedia pegangi dan yakini. Doa thabatkan hati atas Ad-Din kerap dibaca dan diperteguh dengan kalimah tawhid.
Dengan izin Allah, wujudnya satu lagi asbab hidayah yang tak tersangkakan. Aku bersyukur dengan petunjuk Tuhan. Semalam, aku menemukan pintu jawapan terhadap persoalan yang mengacau benak beberapa tahun dahulu.
Rancangan Halaqah - Akar Tradisi Ilmu yang mengupas tajuk 'Di Sebalik Kaabah'.
Aku tontoni dan aku temui jawapannya. Sungguh-sungguh untuk aku katakan, aku sebak dan penuh syukur tatkala mendengar kupasan sederhana namun cukup memberi impak. Penerangan beliau berfakta dan begitu dekat dengan jawapan yang aku inginkan.
Akan aku kupas di kemudian hari. Sekadar menulis apa yang terbuku di hati. Syukur pada-Mu ya Allah.
Selamat Hari Raya Eidul Adha. Ertikan pengorbanan pada diri kita.
p/s: Terhimbau taujih dan perkongsian daripada rakan-rakan seperjuangan di Dataran Nilai minggu lepas. Aku mula menyuguhi makna sebenar asbab hidayah.

2 ulasan:
Yup.Fakta yang sangat menarik tentang kaabah terutamanya perihal gelombang deep-deep deltha yang dihasilkan menggunakan teori hukum tangan kanan.
Sebenarnya, gelombang yang dihasilkan oleh otak "haiwan yang akan dikorbankan" pada hari raya haji juga menghasilkan gelombang tersebut! Menarik bukan?
Benarlah kata-kata Albert Einstein, “Science without religion is blind, Religion without science is lame”
huhu..
teringat pada persoalan kaabah itu.
pernah juga dilontar soalan sebegitu..
dan jawapan seorang ustaz tika itu cukup merungkai resah di hati..katanya yang lebih kurang yang saya ingat..
beza kaabah dengan berhala yang lain ialah..
kita bukan sembah kaabah.tetapi menghalakan arah kiblat ke arah situ.
beza kaabah dengan berhala adalah kalau berhala yang disembah pasti takkan berani dilangkahi atau dipijak sesuka hati. kaabah tidak begitu, kaabah boleh dipijak dan dipanjat naik. bukankah tudung kain yang meliputi kabaah diganti saban tahun. bagaimana diganti? pasti kena naik panjat atas bangunan kabbah.
kalau ada yang kurang atau tersilap mohon maaf sangat2. jawapan saya ini jangan terus save dalam permanenet file dalam otak. save dalam temporary folder dulu ye. dan tambah kefahaman lagi melalui sumber lain yang lebih sahih. wallahua'lam.
Catat Ulasan