Musim menawan hati

"Kita tak boleh biarkan adik-adik begitu saja. Mereka perlu dijaga. Hati mereka perlu disuburkan dengan tarbiah. Itu peranan kita semua."

"Kita harus cepat. Bimbang kita terlepas mereka yang berpotensi besar. Kita harapkan semua teruskan usaha sedaya-upaya, jangan ada keciciran."

Simptom itu timbul kembali. Di sebalik hiruk-pikuk mengejar dan menawan, kita lupa sesuatu. Bertungkus-lumus untuk mengejar kuantiti, malangnya diri sendiri gersang kualiti. Dari hari ke hari, hati kita tidak merasai, jauh untuk menjiwai erti tarbiah sebenar.

Hati bersalutkan dunia, tarbiah mana mahu lekat. Hati langsung tiada hembusan makrifat, manusia mana yang ingin mendekat. Lompang di hati dibiarkan lesu, tanpa pengisian yang menyantuni akhlak dan sanubari.

Melainkan dengan berbekalkan susuk tampang yang penuh hipokrasi, mengaburi mata manusia untuk menyatakan, Wah bagusnya dia! Wah dia sangat berilmu! Wah pasti dia seorang yang baik!

Jadi, mohon pencerahan yang sebenar-benar. Hikmah tidak datang dengan iringan nafsu. Dakwah adalah kerja murni warisan Nabi. Jangan cemarkan ia dengan sifat kemunafikan yang sia-sia.

Dakwah itu luas. Hatta dengan sebatang pensel atau sebilah pedang, seseorang da'i mampu untuk mengislamkan seribu manusia.

Kata-kata panglima Islam, Tariq bin Ziyad tatkala beliau berjaya menawan Andalusia, "Sekiranya aku tahu di sebalik lautan ini masih ada manusia maka akan aku sampaikan Islam kepada mereka."

Renung-renungkan. Buka minda. Selami kehidupan manusia. Kenal Pencipta dengan apa yang dicipta.


p/s: Selamat bercuti. Semoga nikmat masa yang dilalui ada nilaian tinggi di sisi Tuhan.

7 ulasan:

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam.....

wah hazimin dah kembali berpuisi... yok cari mane mane teater jom heheh...

post yang best, suka sangat

p/s; lagu wak ramli yang bergema memang masuk ngan post ko kali nie

adele berkata...

salam...

suka jgk..tak ada post kau yg x menyentuh hati..

Fazareez Fauzi berkata...

tersentap den...

inniakhofullah berkata...

Kata-kata yang menyentuh perasaan.

Mujurlah saudara masih mengabdikan nama Tariq bin Ziyad sebagai panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah merentasi sempadan benua,sehinggalah Islam diterima di Eropah.

sedangkan kini,nama Tariq bin Ziyad itu sudah "terkubur" setelah khalifah al-walid meninggal dunia.

Allah!

Hamba Allah berkata...

Betul cakap hazimin... Sgt bermakna utk renungan kita semua... I definitely agree to each word.. They're just nice... Mari kita sama2 isi diri kita dgn pengalaman sebenar seorang hamba, basahi kalbu kita dgn amal... (peringatan utk diri ini yg kerap kali lupa)

kei berkata...

suka zimin berpuisi.meninggalkan kesan mendalam.katanya ringkas tapi padat.umpama anak panah dilepaskan dari busurnya.
nice post mat zang.

As berkata...

subhanallah
indah kata-katanya ilham dariNya
keep on writing :)