Syeikh Ibnu 'Athaillah berkata, "Barangsiapa yang bercahaya pada permulaannnya, nescaya akan bercahaya pula pada akhirnya."
Ramadhan sentiasa dinanti-nanti oleh mukmin yang tegar kasih dan rindunya kepada Tuhan. Ramadhan juga tempoh di mana Rasulullah cukup dekat dengan hati mereka.
Ramadhan sentiasa dinanti-nanti oleh mukmin yang tegar kasih dan rindunya kepada Tuhan. Ramadhan juga tempoh di mana Rasulullah cukup dekat dengan hati mereka.
Ramai di kalangan kita begitu mendamba anugerah Ramadhan akan memberi seribu makna dalam hidup. Tetapi, hampir kebanyakan daripada kita juga mudah melebur iltizam sebaik di penghujung Ramadhan.
Lewat kita berpanas dan berletih di hujung hari-hari Ramadhan, bermohonlah kepada Allah semoga setiap hari yang dilalui disirami maghfirah, menjernihkan hati dan mensucikan amal. Dan semoga Allah menerima puasa kita, meski cuma lapar dan dahaga yang mampu kita berikan.
Pertama Ramadhan ini kita tidak berlapar lagi, kerna tenggelam dalam mengingati-Nya. Dan pertama Ramadhan ini juga, moga-moga kita tidak kehausan lagi, kerna rindu kepada-Nya melenyap segala kegersangan.
Sungguh, semoga pertama Ramadhan ini juga akan terbit cahaya pada jiwa.
Salam Ramadhan al-mubarak.
p/s: Ahkam wa Fatawa al-Siyam, karya terbaru murobbi fiqh, al-Fadhil Ustadz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi tatapan segar untuk disuguhi. Semoga Ramadhan kita kali ini dilimpahi berkat Ilahi.
2 ulasan:
salam...
sebuah lagi lakaran ringkas seorang insan berjiwa besar.....
seringkali menyentak jiwa jiwa kering lagi kosong
Salam Ramadhan
salam
penulis blog ini memang hebat.
moga istiqamah dalam penulisan blog,kerana penulis blog ini tampak dirinya yang sebenar melalui blognya..
bukan jawatannya.
Moga Allah merahmati...
Semoga thabat dalam perjuangan
Catat Ulasan