Manusia tidak pernah lari dari rasa gundah, juga tidak dapat lari dari kesilapan. Setiap hari, atau setiap jam yang dilalui, akan ada kekurangan gerak laku yang akhirnya mengundang kerunsingan jiwa. Tiada satu kerehatan yang boleh melegakan rasa kusut itu melainkan hadirnya hembusan yang mententeramkan.
Saat paling nikmat bagi seorang hamba apabila kepala yang dimahkotakan tinggi, akhirnya dijatuhkan menyembah bumi, dahi mengucup tanah, tempat asal manusia diciptakan.
Kala itu, renungi sanubari dan tanyakan pada diri, di mana letaknya Allah dalam hati kita. Adakah hanya ada waktu kita bermuram durja, dan akan lenyap tatkala hati lalai dengan hambatan dunia dan pergaulan manusia.
Ketahuilah, Allah sudah memberi kita nafas kehidupan. Suatu pemberian anugerah yang tak terbandingkan. Maka tidak dapat tidak peranan kita tidak lain kecuali membesarkan ta'abud hakiki kepada Allah.

Allah sebelum mengajak kita berzikir, sudah menjadikan alam semesta ini fitrah dalam berzikir. Alam semesta berzikir ke hadrat Allah, mengagungkan Nama Allah, melebihi manusia. Maka tersisalah jiwa kita yang sering sepi dengan zikrullah. Jika ada sekalipun, hanya pada masa-masa tertentu dan terhad sahaja. Sungguh mengaibkan diri sendiri.
Hidup di dunia sememangnya tidak kekal lama. Maka bertebaranlah merenung maksud Cinta Tuhan. Dan sujudlah kepada sumber Cinta dengan rasa rendah dan khusyuk, moga-moga ia berhasil menenggelamkan jiwa ke dalam lautan ketenangan yang mendamaikan.
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu (Allah) dan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang sujud".

p/s: Mencari-cari ruang untuk memujuk hati yang kian menggelepar minta dita'adibkan dengan kesantunan ruhiyyah, kala fatrah peperiksaan yang menyempit. Mohon diberi kelapangan oleh Allah.
2 ulasan:
Imam Tarmizi mengatakan:
zikrullah itu melemahkan-lembutkan hati.
Apabila hati itu lalai dari mengingati Allah , dengan kepanasan nafsu dan api syahwat hatinya itu menjadi keras membatu dan sejurus itu anggota-anggota lainya turut menjadi keras, terhenti dari mentaati dan mematuhi perintah-perintah Allah.
Jika anggota-anggota itu ditarik,untuk diperbaiki maka pasti akan terpatah seperti kayu yang kering tidak akan bengkok jika dibengkokkannya, hanya diguna untuk membakar sahaja.”
Formula meditasi terbaik kepada seluruh manusia datang sebelum manusia hidup lagi.Zikrullah.
zikir,asas terapi ilmu yang menyalurkan gelombang microstatic ke seluruh pancaindera dan seterusnya wujudlah pancaindera ke enam.Keseragaman darah di antara jantung ke otak akan sentiasa mencetus aliran micro yang berterusan dan lancar.
Maka wujud satu medan magnetic dan inilah medan yang dinamakan MEDAN KEBOLEHAN PENGUASAAN MINDA DAN PEMBACAAN MINDA.
~kesan zikrullah~
Terima kasih, saudari Erma Fatiha.
Menarik kupasan anda. Tiba-tiba teringat buku Pencerahan Hikmah Isyraqi karangan Dr Zaidi Abdullah. Pengaruh metafizik dalam aliran kesufian.
Catat Ulasan