Kita hamba yang berlagak!


Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap malam Jumaat di Dar Al-Mustafa, akan diberi giliran bagi para pelajar atau tetamu undangan untuk memberi tazkirah atau mengikut istilah di sana sebagai 'kilmah'.

Pernah suatu ketika, seorang lelaki Britain menceritakan tentang kisah beliau memeluk agama islam dan bagaimana beliau datang ke Tarim Hadramaut.

Beliau telah memeluk islam selama 9 tahun. Diceritakan secara ringkas: beliau apabila membuat keputusan untuk memeluk Islam, isterinya minta memilih antara dirinya, anak-anak atau Islam. Isterinya meminta beliau untuk keluar dari rumah serta ditahan dari mengambil wangnya jika memeluk Islam, serta pelbagai lagi kesukaran yang dihadapinya.

Sewaktu giliran habib (giliran terakhir) untuk memberi kilmah, Habib mengeraskan suaranya:

Wahai saudara-saudaraku,
Orang yang memeluk agama Islam selama sembilan tahun,
Memilih Allah dan mengorbankan selain-Nya,
Dan engkau yang Allah anugerahkan Islam sejak lahir lagi,
Segalanya melalaikan engkau daripada-Nya ?!

Wahai orang Mukmin,
Dimanakah pengorbanan yang dilakukan buat-Nya?
Engkau tidak beriman dengan Tuhan ini?
Adakah engkau tahu makna Tuhan?

Agungkan Tuhan-Mu,
Katakanlah 'Allahu Akbar' dari hatimu,
Tinggalkan selain-Nya kerana DIA,
Dan apa itu selain-Nya ??
Segala apa yang ada pada dirimu.

Datang pada-Nya..
Minta pada-Nya..
Dia membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu..


Manusia macam kita memang sering lupa. Tidak mengenal Allah sehingga merelakan diri terus-menerus terhijab dengan mainan dunia dan nafsu. Tapi muncung mulut begitu manis menutur untuk berangan-angan menjadi penghuni syurga.

Setiap hari tanpa sumbangan kepada Islam walau sepicing pun. Memang kita hamba yang sangat berlagak. Sombong kita kepada Tuhan. Menyangka diri sudah cukup dekat dengan Tuhan. Maka, tenggelamlah kita dengan sangkaan dan angan-angan itu.

Memang dasar hamba yang tak mengenal Allah. Tak mengenal Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam. Bahkan, langsung tak mengenal diri sendiri. Hidup kita banyak menipu.

Kasihan, dan tersangat rugi....


p/s: Klik di sini untuk menonton Kilmah. (kredit untuk Almaarif87)

6 ulasan:

tidaktahu berkata...

"Dia membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu"

Ungkapan ini cukup benar bila diperhatikan dalam konteks analisa diri..

4 soalan ringkas wajar ditanya kepada diri( itu pon jika hendak bertanya):

1-Kamu manusia ke atau haiwan?
2-Berakal atau tidak?
3- Islamkah kamu?
4- Buat ke tidak?

Soalan 1-3 sering dapat dijawab dengan mudah diserta dengan memperlekehkan soalan yang ditanya. Soalan 4 sering membuatkan insan terkatup diam.

tidaktahu berkata...

"Dia membahagiakan engkau dengan sesuatu yang tidak terfikir dalam benak fikiranmu"

Ungkapan ini cukup benar bila diperhatikan dalam konteks analisa diri..

4 soalan ringkas wajar ditanya kepada diri( itu pon jika hendak bertanya):

1-Kamu manusia ke atau haiwan?
2-Berakal atau tidak?
3- Islamkah kamu?
4- Buat ke tidak?

Soalan 1-3 sering dapat dijawab dengan mudah diserta dengan memperlekehkan soalan yang ditanya. Soalan 4 sering membuatkan insan terkatup diam.

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

eleh...kalau kita jawab buat orang kata kita belagak, riyak la, poyo la

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

atas tu kata2 orang yang buta mata hati kot :)

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

bro, which habib that gave the ending?

Mohd Hazimin Harun berkata...

Habib Omar bin Hafidz