Propaganda 2012

Tiada sebarang pujian atau komentar membanggakan yang boleh diberikan sebaik selesai menonton filem ini. Ia hanyalah semata-mata filem bertih jagung. Filem yang mampu menarik orang datang ke panggung untuk bersantai lalu teruja dengan ciptaan khalayan yang dipaparkan dengan efek hebat CGI. itu sudah termaklum.

2012 masih tidak dapat lari dari tema yang cliché. Memang tidak banyak beza dengan mana-mana filem sebelum ini: The Day After Tomorrow, Armageddon, Deep Impact, Knowing, Independence Day dan seumpamanya. Tiada kelainan ketara melainkan gambaran bencana dan kemusnahan alam di seluruh planet Bumi serta survival manusia untuk meneruskan kehidupan.

Untuk menampakkan nilai-nilai yang boleh meresap jiwa penonton, maka diselitkan 'kemurnian' dan 'kemanusiaan' dalam beberapa babak jalan cerita beserta kekuatan watak yang kental dalam berperanan menyelamatkan umat manusia, supaya ramai bersetuju untuk mengatakan "ya, mesej dalam cerita ini sangat bagus!"

Apa yang boleh aku nyatakan, Roland Emmerich sekali lagi telah berhasil meledakkan produk propaganda dengan mengetengahkan karya fiksyen retorik khurafat kepada masyarakat dunia, sekali gus mengangkat misi perjuangan inspirasi dajjal(baca:New World Order).

Menang persepsi

Diakui, kerja 'meranapkan' dunia dengan memusnahkan pelbagai bangunan dan monumen memang suatu kerja yang menyeronokkan. Roland lewat 2012 bersungguh-sungguh ingin menerbitkan kekaguman khalayak penonton melalui persembahan 'merosakkan' dunia dan 'menyalahkan' kuasa Tuhan yang melatari hampir keseluruhan babak dalam filem tersebut.


Sehingga suatu ketika, dapat dikesan betapa khalayak penonton cukup leka mengekori jalan cerita sehingga terlupa untuk meneliti apakah maksud tersembunyi di sebalik tajuk filem itu sendiri. Mengapakah 21 Disember 2012 menurut ramalan Kalendar Mayan itu yang dicanang-canangkan?

Memahami rentak permainan karyawan Hollywood(dipelopori Yahudi Zion dan gerakan sulit Mason), kita akan dapat menghidu segala hasil kerja Hidden Hand yang seolah-olah secara halus ingin menentukan kehidupan seluruh umat manusia.

Simbol "Mata Satu" yang didewa-dewakan industri Hollywood

Seperti dijangka, suntikan terbaru dalam filem tersebut adalah lebih kepada menarik dan mengubah persepsi penonton supaya bermain-main dengan fikiran masing-masing, benarkah kejadian pada 2012 akan berlaku?

Sasaran mereka tidak lebih kepada ingin memberi ketetapan (discretionary order) antara tahun 2010 hingga 2012 sebagai zon merah kehidupan dunia semata-mata berdasarkan ramalan kuno yang sarat kenistaan khurafat.

Hidden Hand

Banyak kerja diatur dengan rapi supaya tidak dilihat seperti 'dirancang'. Bermula dengan war crisis, global warming, economy crash kemudian paling terkini epidemic of disease, satu-persatu dirungkai oleh para pengkaji teori konspirasi dan informasi gerakan The Hidden Hand.

Sama seperti produksi 2012. Mereka berpura-pura untuk semakin sibuk dan seolah-olah kelam-kabut atau terdesak dengan masa. Menyedari pengaruh mereka tersangat kuat di seluruh dunia, perfileman Hollywood kini kembali menerapkan mazhab 'apokalips' ke dalam kebanyakan produk mereka.

Benarlah telahan seorang pengkaji teori konspirasi(Ibnuyaacob), 'global panic situation' adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis. Karya bercorak sebegini sekurang-kurangnya akan menjadi bual bicara dan menimbulkan kerunsingan manusia. Begitu caranya untuk memenangi persepsi.


















Elemen inter-religious yang ditonjolkan dalam 2012

Demi memenangi persepsi masyarakat dunia, terutama umat Islam, lontaran persoalan bersifat spekulasi agama dicanang dan digembar-gemburkan mengikut acuan yang pelbagai, termasuk melalui perfileman. Akhirnya, dunia termasuk semua penganut agama besar dunia akan mengakui kehebatan mereka dan mula berkiblatkan Barat, Hollywood dan seangkatan dengannya(baca:tentera Dajjal).

Memetik komen daripada blogger MistisFiles:
Adakah Roland Emmerich mengarahkan filem 2012 secara berseorangan? Siapakah yang mendanai ratusan juta dollar untuk filem 'kiamat' ini?

Lihatlah adegan
St. Peter Basilica dan Obelisk(Washington Monument) yang musnah dan teliti apakah alasan Emmerich ketika ditanya kenapa tiada adegan Kaabah musnah dalam 'kiamat' 2012?

Para pejuang Islam dan para da'i kena peka dengan politik para Elit(baca:konspirator) ini. Para Elit sebenarnya tidak pandang sebelah mata pun dengan 'puppets' mereka yang terdiri dari para sekular, Islam Liberal, materialis, mason dan sebagainya.



Agenda 'New World Order'

Beberapa babak membuktikan kehalusan propaganda grup elit konspirator Mason dan Zion menerusi filem 2012.

Babak kehancuran tempat-tempat ibadah dipertontonkan dengan penuh berani. Kenyataan Emmerich yang bersifat 'safe play' untuk tidak memusnahkan Kaabah adalah suatu kenyataan terkandung muslihat kotor dan penuh sentimen yang sering dimainkan oleh mereka.


"We have to all, in the western world, think about this. You can actually let Christian symbols fall apart, but if you would do this with [an] Arab symbol, you would have ... a fatwa, and that sounds a little bit like what the state of this world is. So it's just something which I kind of didn't [think] was [an] important element, anyway, in the film, so I kind of left it out." - Roland Emmerich

The Sistine Chapel, lukisan siling karya Michelangelo dalam Vatican yang retak menunggu belah. Apa komen Emmerich? "... God ... reaches out to Adam, and the crack goes through it. It's just an interesting kind of notion."

Keruntuhan St. Peter's Basilica (Vatican). Konon Kristian mengamalkan keterbukaan. Hakikatnya, Vatican itu sendiri dalam takluk penggerak The Hidden Hand. (teringat propaganda dalam filem Angels & Demons)

Christ the Redeemer Statute di Ro de Janeiro daripada 'megah' kepada 'rebah'.
Motif Emmerich? "Because I'm against organized religion."

Babak yang lain, sewaktu watak DJ indie bernama Charlie yang juga penyiasat konspirasi USA bersedia untuk 'menikmati' pemandangan volcano buat kali terakhir dalam hidupnya, menjerit kata-kata "To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We Will be ONE !!"

Juga babak ketika seluruh dunia mula merasai 'chaotic and panic situation', paparan tempat ibadah agama-agama utama dan para penganut yang tekun bersolat dan bertafakkur ditonjolkan. Seolah-olah ingin menggambarkan pada 2012, kiamat ciptaan mereka bakal diimani oleh semua agama lalu bersetuju untuk mengatakan, hayat dunia akan berakhir kerana bencana alam yang dahsyat. Ini menyingkirkan elemen penting -tawhid- dan menafikan tanda-tanda kiamat yang tercatat dalam al-Quran dan Hadith!

Suatu perkara yang berani untuk aku nyatakan, 2012 adalah filem kiamat kecil berinspirasikan Noah's Ark. Jelas terang lagi bersuluh, pengaruh Bahtera Nabi Nuh versi Bible diserap sebaik mungkin dalam babak-babak kemuncak filem tersebut.

Adegan helikopter dan pesawat yang menerbangkan zirafah, gajah dan haiwan-haiwan liar menuju ke 'bahtera' ala-ala kapal Poseidon. Babak pembinaan kapal besar di pergunungan Himalaya. Paling ketara apabila peranan penting watak budak lelaki bernama Noah(anak lelaki kepada watak utama) yang berjaya menyelamatkan kapal dari merempuh Gunung Everest.

Adakah semua itu sekadar kebetulan semata-mata?

Kritis menilai

Aku bukanlah seorang penggemar teori konspirasi, apatah lagi untuk ikut mengkajinya. Namun, pemahaman berkaitan permainan sulit dan licik Illuminati, gerakan Freemason dan seangkatan dengannya wajar untuk diteliti dan diketahui.

Terhimbau ingatan sewaktu di zaman persekolahan dalam slot-slot tazkirah mingguan, para naqib senior dan sahabat berbicara tentang musuh-musuh Islam yang wujud di sekeliling kita. Cuma maklumat dan dakwaan tersebut tidak berdasar pada fakta yang kukuh dan menyakinkan. Sekadar spekulasi yang diperturunkan tanpa kajian yang kritikal terhadapnya.

Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa, selari dengan usia kita yang makin meningkat dan memikul kematangan tersendiri, tuntutan memahami tipu daya musuh-musuh Islam sedikit sebanyak perlu dipenuhi oleh segelintir intellegensia Muslim dan para pemikir muda.

Dalam peperangan saraf abad 21, umat Islam masih belum dapat mengalahkan kuffar secara menyeluruh. Sebaliknya mereka pula yang terus-menerus mempergiat usaha menyerang dari segenap ruang untuk menewaskan Islam. Begitu azam dari dendam kesumat mereka sejak dahulu lagi. Hanya kekuatan dari-Nya akan dapat membantu kita semua dari kedahsyatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Kepada yang belum menonton 2012, pada hemat aku, bukanlah menjadi suatu kerugian jika anda tidak pergi menontonnya di panggung. Aku senada dengan teman-teman yang turut sama kelmarin,. Tidak timbul untuk pergi menonton buat kali kedua. Download sahaja nanti, itu pun sudah memadai.

2012 semata-mata propaganda bagi memenangi persepsi umat Islam. Hakikatnya, mereka tetap gagal.

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya. Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar." (At-Thaariq, 86:15-17)


p/s: Terima kasih kepada En Agoos kerana sudi belanja kami di Alamanda.

12 ulasan:

adele berkata...

9.6% downloading...

Mohd Hazimin Harun berkata...

pastikan yg dimuat turun tu 'release' 2009. 2012 ada byk versi.

jgn jadi mcm haris..membazir je donlot.huhu.

adele berkata...

release 2012..

dah cek dah.btul 2009

21.6% downloading

Daud Mili berkata...

nak tanya....korang selalu download citer kat mana??..huhuh...~

adele berkata...

install bittorent..

cari torrent di torrentz.com

Ahmad Ridhwan berkata...

salam

ming haris kate tak membazirlah donlot cerite yg org x tengok, yg membazir bile buang citer... hahaha

so long...

Fazareez Fauzi berkata...

sangat teruja..blh wat daurah bncg bnda ni

Tanpa Nama berkata...

barat memg nak menjtuhkn masyrkt timur terutma muslim.kan.
:)

nice blog.

Tariq Ziad berkata...

simbol one watching eye akan ada di mana-mana sahaja dalam filem karya illuminati

anyway, instead of researching for what the symbols are all about in their film, why not use it as a subject to be discussed in usrah..about the importance of putting amal islami systematically in an organization, considering that the illuminati is also an underground organization.. tauhid organization vs taghut organization

salam rindu dari pandan indah..hehe

Mohd Hazimin Harun berkata...

idea yg menarik.buat ala-ala sekolah pemikiran muda.hoho..

stuju..nak garap usrah yg berpotensi menggugah lagi menyeronokkan bukan saja memerlukan kretiviti,tapi daya intelektualiti perlu diseimbangkan tanpa mengabaikan nilai thaqafah dan fikrah terjalin dgn kukuh dlm stiap pengisian usrah.

salam windu jugak. kehkehkeh.

Unknown berkata...

betul2...
melahirkan individu yang mengkaji dan menghukum...
bukan yang hanya menghukum
sememangnya memerlukan daya usaha yang gigih, pemikiran yang kritis...
insyaallah

survival kaderisasi

tidaktahu berkata...

hahaha..