Hakikat Tarbiah

Tidak semua orang benar-benar mengerti apa tujuan kehidupan. Mereka bangkit setiap pagi, mengucapkan syukur atas helaan nafas yang nyaman, bersua dan berteman dalam kesibukan berperanan mengikut lapangan masing-masing. Ralit dan mengasyikkan, seolah-olah dunia tak mungkin tua.

Kita disaran untuk menghayati kehidupan, tapi jarang kita menekuni erti kehidupan. Apa makna kita hidup, apa matlamat kita dilahirkan sebagai Islam, juga apa peranan kita sebagai Muslim dalam kehidupan seharian. Kita jarang memikirkan semua itu. Dan kalau ya sekalipun, kita lemah untuk tegar dan tetap pendirian. Bergantung pada turun naiknya iman. Dan juga kerana khali dari hembusan tarbiah.

Seketika, membaca nukilan terkini pemimpin muda, Ustaz Dzul Khairi, aku menginsafi suatu benih pemikiran yang menyentuh hati. Ringkas kupasan beliau, namun cukup mendalam untuk direnung-renungkan. Darihal aksiologi tarbiah yang hakiki sebagai Muslim, sejauh mana kita menyingkap makna yang melatarinya?

Menyucikan hati. Mudah untuk dilafazkan di bibir, tapi keras kaku jika diminta untuk dilaksanakan. Alasan pun hadir berjejal-jejal, menyalahkan nafsu yang menggamit, menuturkan tekad yang lesu sebagai punca padahal ia tak pernah bertandang dalam qasad hati. Lama-kelamaan, dapat kita kesani betapa mudahnya kata-kata manusia untuk menjadi asbab kemurkaan Allah terhadap hamba-Nya.

Begitu juga dengan fitrah tarbiah. Jika dihinggapi pada mereka yang ikhlas, dengan izin-Nya taqwa begitu akrab dengannya. Namun jika hanya mahu dipandang alim, mengikut-ngikut teman, memaksa diri menerima tarbiah, maka hasilnya tak akan ke mana. Tarbiah itu hanya solekan untuk mengaburi mata manusia. Tidak meresap, melubuk dalam jiwa.

Menyucikan hati. Itulah hakikat tarbiah yang sebenar. Malangnya, diri kita sendiri sebenarnya malap dengan cahaya Ihsan. Bahkan, betapa kita patut malu untuk berbicara tentang itu.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
(Al-Baqarah : 222)

10 ulasan:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

salam, ya akh..

Tarbiyah bukan datang bersuap. Pengalaman hidup menyoalku, sudah berapa ribu kali Tuhan kita menunjuk jalan tarbiyah-Nya, tapi kita sendiri yang malas nak menyambutnya dengan ghirah..kecuali pada saat tertentu (x dpt nafikan)..

Jangan risau..kekalkan cinta, akhirnya aman..

k.ba berkata...

salam..

menyucikan hati,itu yg perlu kita lakukan...ungkapan begitu mudah tapi nk lakukan susah.
i.allah sama2 kita berusaha kearah itu.tiada yg mustahil..
andai baik untuk islam,lakukan sja.pejuang islam sentiasa perlu sucikan hati kerana segalanya bermula dari situ..

maaf kalo pandangan ini salah.akak setuju ngn hazimin..

Mohd Hazimin Harun berkata...

Salam 'alaik,

Umar, bait-bait katamu bisa meruntun perasaan, meluluh ego, mengalirkan air mata.
terima kasih atas nasihat enta.

Kak Ba,
saya cetek pengalaman. Rasanya, Kak Ba terlebih baik untuk memerihal tentang itu.
terima kasih.

Hariri Daud berkata...

Tuan Hazamin, Ana mohon maaf sekiranya kata-kata ana dalam kursus tempoh hari mengguris hati Tuan. Tiada lain untuk memenuhi tujuan kursus.

Ana yakin anta boleh jadi somebody in the future.keep it up.

hariridaud.com

Mohd Hazimin Harun berkata...

Salam 'alaik,

Abg Hariri,
Tak ada apa yang perlu disimpan dalam hati. Bahkan, ana cukup menghargai semua itu. Kadang-kala terlalu berlunak akan membuatkan kita jadi semakin lalai.

Terima kasih kerana berhasil menyuguh kesedaran hati yang bermakna dalam kursus tempoh hari.

adele berkata...

tulisan anda sering menyentuh hati..
tp tu lah seperti yg dibicarakan pd awlnya, x pernah ditekuni.. ='(

k.ba berkata...

hazimin,
setiap orang termasuk k.ba masih bertatih untuk memahami...
masih belum bisa bercakap soal yg k.ba sendiri belum pasti
tapi..
kita sama2 berusaha ke arah itu.

dik,
kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari.

Unknown berkata...

penulisan mantap

akalili berkata...

salam..

baru berpeluang utk berkunjung di blog ini setelah sekian lama...

sungguh...entri ini menyentuh hati...menyentap jiwa...

pukulan lembut yg menginsafkan....

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

Setiap orang yang jatuh kerana berlari kepada Allah, pedihnya itu berbaloi, bingkas bangun berdarah-darah berlari kembali sehinga berjumpa DIA...

Tetapi setiap orang yang jatuh kerana KONONNYA berlari kepada Allah tetapi sebenarnya berlari kepada berhala keakuaan, yang membangunkannya ialah riak dan yang merawat ialah Syaitan, dia berlari namun lariannya mendasar ke neraka...

Harap Allah terima taubat kita walau tiap hari jadi fasiq..

Salam sukma..