Belajar Menembak

Dalam duduk sibuk berkejar-kejar menyiapkan assignment, menyiapkan surat dan menyelesaikan urusan keluar masuk surat-surat untuk program kolej yang akan datang, sempat aku keluar menembak. Sekarang ni sibuk memupuk minat dengan aktiviti menembak sebagai hobi baru.

Hujung minggu sudah, aku merancang untuk berpergian mencari tempat yang menarik untuk berlatih. Kebetulan beberapa sahabat ada mengikuti program di Shah Alam, maka aku ditawarkan untuk turut serta dengan mereka. Alang-alang menumpang ikut program, boleh juga mengasah skil menembak di sekitar sana.

Penembak amatur memang kurang ilmu, kurang pengalaman. Maka, banyak lagi yang perlu dipelajari. Skil pun tersangat kurang. Sekali membidik, serba tak jadi. Harapkan gaya saja lebih, tak guna juga. Memang aku kena akui, belajar menembak sememangnya bukan kerja mudah.

Senjata yang aku ada kecil saja, sangat murah berbanding yang para menembak profesional biasa guna. Tapi, kecil-kecil pun masih boleh bawa pergi menembak. Yang penting, mestilah menjadi seorang yang fokus.

Ketelitian juga perlu ada bagi seorang penembak. Untuk mendapatkan hasil buruan yang memberangsangkan, jiwa mesti berseni. Ibarat kata mat saleh, it's not about what powerful weapon that you've, but it's more about how powerful you handle your weapon.

Pelan-pelan aku belajar meski tersangkak-sangkak dan terketar-ketar. Terutamanya bila disuruh mengendalikan senjata secara manual. Memang ralat bila ada tersilap perhitungan. Baru aku tahu, rupa-rupanya dalam seni menembak ini pun ada sifir-sifir tertentu yang mesti dihadam dan diingat. Gandingan nombor-nombor sifir yang baik mampu menghasilkan tembakan yang jitu.

Dalam hati sudah mula bising dengan suara-suara halus yang meracun dan menghasut. Bilalah aku nak pakai senapang yang besar bagat lagi bagus. Daripada yang aku dapat risik, sudah ramai teman sekolah aku dahulu yang sudah gila-gila dalam kerja menembak ni. Laras senapang tak usah cakap. Ada yang selamba pakai meski harga ribu-ribu. Fuh sabar, sabar..

Ustaz Azhar, pakar 'menembak' yang disegani ramai mencuba senjata yang aku guna sekarang.

Pemuda unit Amal antara mangsa yang gugur 'ditembak'.

Meski muka budak ni soleh, dia turut tak terlepas...

Antara hasil bidikan di Masjid Shah Alam. Cuaca baik dan sangat cantik. Subhanallah

Kalau Ustaz Azhar ada Pok Mang, aku pulak ada Wak Syukri...wakaka

Wakil daripada HAMAS, Sheikh Marwan. Hasil 'tembakan' padu jarak dekat.

Tok guru. Ucapan beliau sangat menarik malam tersebut.


Aku malas nak letak banyak-banyak. Segan dengan hasil yang tak seberapa. Nak memperhalusi nilai estetika jauh sekali. Memang kena banyak belajar lagi.

'Ala kulli hal, antara pengajaran yang aku peroleh dan perlu lebih pelajari, aspek pengendalian senjata secara manual mengikut kesesuaian acara dan tempat. Ini aspek terpenting bagi yang mula berjinak-jinak dengan senjata profesional.


Minta maaflah bagi sahabat-sahabat. Entri kali ini tak ada pengisian apa-apa yang baik. Agak rendah mood buat waktu ini untuk mengulas beberapa isu semasa. Pun begitu, suka untuk aku tinggalkan satu soalan yang ditimbulkan oleh beberapa sahabat baru-baru ini.


Boleh ke student pergi ke muktamar?


Aku tersengih. Aku tak reti nak jawab. Golongan jahriyyah, ada sesiapa di kalangan kalian boleh tolong jawab?



p/s: Islam memimpin perubahan. Allahuakbar!

10 ulasan:

ji ji berkata...

cantik la tu.. same same kite belajar menembak!! pasni mo 21 tembak mende lain pulan.. 2011 ekh?

ji ji berkata...

eh bakpe saloh eje pa.. sorry2

Fazareez Fauzi berkata...

Erm..boleh g dk muktamar? Mengikut pendapat aku boleh, sbb kita juz jd pemerhati bukannya perwakilan. Pemerhati bukanlah semestinya menganggotai parti tersebut, sesiapa shj bolehg terlibat. Lagipun gerai yg dibuaka adalah utk awam. @ jwpn dr segi logik akal la, dr segi undang2 AUKU ak rs ang lbh taw..hehe

Ariff Jepun berkata...

Oloh Mat Zan, kalu mung tamboh RM sket buleh dapat DSLR doh. Aku paka hok muroh pun puah hati. Member aku paka gok Coolpix same nge mung, kadang jauh beze ah nge DSLR. Dakpe ah asal puah hati. Allah Akbar!

Tanpa Nama berkata...

hoooo ptut ari tu sbut ngak psl kmera ust azhar

jd pgikut r nih?wah wah

Tanpa Nama berkata...

islam kan utk semua..
pastinya muktamar juga utk semua..

Mohd Hazimin Harun berkata...

jiji: tapi xleyh lwn jiji lg..hor ye ar kot 2011..kdg koho awal lagi baguh..

madnot: stuju2..lps ni aku iring mu la madnot,pwakilan jitra..bereh deh

ariff: aku bukn nde gheh...ace wi ar sutey dr jepung, hadioh ke saing skali..ke guane heheh

jo: minat je,jo..dok tgk lagi sek2 kite lenim..ghama doh hok advance..
aku ni ngakok lagi..

-yup islam utk semua..

ekramhakim~ berkata...

waa..matzan..patot pon tanya aku baru ni sal kamera..

mabrouk2..!teruskan..

gi dok muktamar baru ni?

Fazareez Fauzi berkata...

Perwakilan Jitra?? Insya Allah. Tp ak rs time 2 mung pn jd perwakilan K.Trggnu gak..Insay Allah. Pa2 p0n tingkatkan tarbiyyah then jahar..ha3

Mohd Hazimin Harun berkata...

keram, aku tsesat ke muktamar..huhu

madnot, mung jgn smangak lebih2..bahaye budok ni asyik duk angkat tgn genggam ke atas..mmg molek ar mung jadik model kat usim pasni..heheh