Anugerah kedamaian

Perbualan bersama-sama dua orang sahabat semalam berhasil membenihkan putik-putik kesedaran dalam diri. Langit jiwa yang selama ini sedikit suram dan redup, kini kembali beransur ceria, disimbahi sinar harapan. Untuk itu aku bersyukur...

Hari berganti hari. Usia beranjak dan meningkat serasi bersama-sama rusuh mehnah yang menghempas jiwa. Pujuklah hati, renungkan diri sedalam-dalam. Kerna, ujian itu anugerah Tuhan. Ujian juga banyak mematangkan fikrah dan mengurniakan pengalaman. Kurniaan Allah semestinya tiada tolok banding. Bahkan, turut menghadirkan rindu dan kasih yang mendalamm, merumbu-rumbu untuk didambai.

Jiwa, usah lagi berkeluh kesah. Hanya pada-Nya pergantungan yang pasti dan mutlak; Dialah satu-satunya.
Kembara ini begitu indah, andai kita tahu menghargainya dengan sebaik-baiknya.

Sebab itulah Allah menciptakan naluri dan rasa, untuk kita berusaha telusuri suatu anugerah tak terungkapkan.
Lafazkan ia, selalu, sekerap mungkin. Titik punca suatu keheningan jiwa.

Selamat menjiwai kedamaian.

Dugaan Tuhan

A lecturer, when explaining stress management to an audience, raised a glass of water and asked, "How heavy is this glass of water?" Answers called out ranged from 20g to 500g. The lecturer replied, "The absolute weight doesn't matter. It depends on how long you try to hold it."

"If I hold it for a minute, that's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my right arm. If I hold it for a day, you'll have to call an ambulance. In each case, it's the same weight, but the longer I hold it, the heavier it becomes."

He continued, "And that's the way it is with stress management. If we carry our burdens all the time, sooner or later, as the burden becomes increasingly heavy, we won't be able to carry on. As with the glass of water, you have to put it down for a while and rest before holding it again. When we're refreshed, we can carry on with the burden."

"So, before you return home tonight, put the burden of work down. Don't carry it home. You can pick it up tomorrow. Whatever burdens you're carrying now, let them down for a moment if you can. Relax; pick them up later after you've rested. Life is short. Enjoy it!"


Kondisi sekarang : Di bawah tekanan maksima.

Tindakan diambil : Diam.


Wajar atau tidak, aku sendiri tak pasti. Kerna aku sendiri keliru dan buntu. Jadi, jalan mudah adalah cuba menyendiri untuk sementara.

Mohon maaf jika kurang senang membaca ini. Terasa kurang cerdik meluah secara terbuka, tetapi terkadang ego perlu dibuang ke tepi. Jiwa sedang menggila benar, tak mungkin diselindung lagi. Iman dalam diri bukannya kuat sangat. Hati tak boleh hendak hipokrit.

Secara jujur, belum pernah lagi aku alami tekanan perasaan sebegini hebat. Tak tertampung rasanya untuk dipikul. Betul-betul mengacau hidup. Betul-betul mengganggu. Hanya Allah saja yang tahu peritnya hati.
Celakalah bagi sang penghasad!

Allahu rabbi.. Cukuplah Engkau sebagai pelindung hamba sekeluarga. Hanya Allah yang menjadi tumpuan bagi segala permohonan...

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya”. ( Surah Al-Falaq )

'mood' Hijrah

Lama betul aku tak kemaskini blog. Alasan biasa: malas – tak ada masa – tak tahu nak tulis apa – aku pun tak tahu sebab apa. Jadi, aku mohon maaf banyak-banyak jika tindakan aku yang tak berjiwa seorang ‘bloggers’ ni. Barangkali tindakan aku ni membuatkan sahabat yang berkunjung kerugian masa selama 1-2 minit apabila membuka laman aku ni, dan juga kehilangan tenaga dalam beberapa unit joule apabila terpaksa mencetus impuls untuk:

1. bukaan retina mata memfokus kepada skrin komputer bagi melihat laman kusam ini;
2. menaip butir alamat laman sawang dan menekan butang tetikus untuk melayarinya;
3. menghela nafas pendek, atau mendengus lemah tapi dalam, apabila hampa laman ini tak terisi dengan apa-apa yang terkini.

Teringat kata YDP MPP Abang Farid Din, “orang yang sibuk adalah orang yang ada masa. Orang yang tidak sibuk adalah orang yang tak ada masa.”. - Apasal lah ayat ustaz ni selalu aja ‘makan dalam’. Terkena atas kepala…

Hari-hari aku berlalu macam biasa. Tiada yang luar biasa. Bertatih pelan-pelan. Kemudian kelih kiri dan kanan melihat rakan seperjuangan. Ada yang maju, ada yang muram. Kembali bertatih, tetapi sedikit kudrat dikerah, memungkinkan aku berjalan. Langkah demi langkah, aku hampir rebah tersembam. Lumrah si tebu berlingkar, sering tersungkam. Lama-kelamaan, usia meningkat susuk pun turut memanjang mengembang. Asam garam bergulat dalam pengalaman. Mudah-mudahan kian menjadi matang. Fikrah dan pengetahuan.

Fiqh wa al-Mujtama’

Tiada apa yang mengujakan untuk aku khabarkan perihal subjek teras ini, melainkan semester ini memungkinkan aku berkerah masa sedikit membelek kitab arab(dan kamus dwi-bahasa juga) tentang qadhayah dan hadis untuk melunaskan tugasan wajib(assignment) untuk subjek ini. Gelang magnetik dan sewa rahim. Bunyinya senang, tetapi kenapa semacam payah untuk memulakan?Dalam hati sudah berkira-kira mahu merusuh, mood hijrah ceria datang menggamit, - Ihtimam dengan pengurusan waktu. Kerja saat-saat akhir cuba hindarkan!


Pro kontra Tamhidi

Selesai. Berakhir sudah isu yang ‘bukan isu’. Malu juga apabila segelintir yang cuba berlaku ‘matang’ tetapi memprovokasi sesuatu yang bersifat ‘pramatang’. Hentikan skeptikal melulu. Tindakan dungu sebegitu berpunca daripada dorongan emosi, bukan menjana pemikiran kritikal. Menyitir kata-kata Encik Nizam : You must think before you act. That’s a law student.
Jadi, teruskan dengan matlamat. Bulatkan tekad. Pasang niat Lillah taala, jangan dilupa. Mood hijrah mendakap, seraya hadirnya bisikan : Study smart. Pray hard and the most important; Istiqomah!


Rehlah v. Trip

Segala sudah dirancang. Hanya menanti kelulusan. Entah dibenarkan entah tidak. Apa yang pasti, gerak kerja sudah diatur, dan perlu dimantapkan lagi serba sedikit. Insya-Allah, projek ini akan berjalan baik. Belajar dari pengalaman, bukan dari perasaan sembarangan. Kerna pengalaman mematangkan fikrah, memajukan sahsiah. Mood hijrah kembali mengusik, mengurniakan momentum perubahan.
Sama-sama kita doakan agar usaha ini dipermudahkan oleh Allah.


Hitachi Sata HDD baru

Entah apa-apa. Tapi, bagi aku, ada apa-apa. Harapan dalam benak kepala cuma satu; tiada lagi format untuk PC berhabuk ini. Secara rasminya biasiswa KPT dirompak secara terhormat. Peristiwa begini juga mengajar aku satu perkara. Bersederhanalah dalam tindakan. Mesti berusaha berhijrah ke arah itu. Mudah-mudahan, ameen.


Kerja sambilan

Seminggu ini banyak benar persoalan hadir menguji kotak pemikiran. Ada bagusnya. Itu perkara rutin bagi seorang mahasiswa. Peka, cakna, prihatin dan ambil peduli. Sekarang ini, benak kepala sibuk berputar ligat berkisar tentang peristiwa Hijrah. Dan persoalan dimulakan dengan perkataan ‘benarkah’. Agak Unik dan cukup menguji. Semestinya itu input terbaru bagi aku. Sirah Nabawiyyah banyak diambil daripada riwayat Ibnu Ishaq. Suatu cetusan untuk aku lebih berfikir dan mengkaji apabila menerima sesuatu. Cetusan untuk suatu penerokaan ilmiah dalam mood hijrah.


Legasi Sutera Indah

Masyarakat sampah. Harapnya ia bukanlah suatu yang menjadi kenyataan. Seperti biasa, Abang Farid dengan ayat-ayatnya yang menikam kalbu, sinis menjunam sembilu. Sekalian penghuni, sama-samalah kita memacu azam untuk membaiki kelemahan yang sekecil ini. Itu barulah dinamakan hijrah.


Salam Maal hijrah.