Ayat-ayat Cinta

In kisah agung. Kisah yang termulia dan bersejarah bagi umat Islam. Turunnya kalam suci menjadi titik mula bagi seluruh umat manusia di muka bumi bermasdarkan suatu perlembagaan tertinggi; dari langit untuk penghuni bumi. Suatu kitab yang qadim, sarat dengan ayat-ayat Cinta melebihi cinta-cinta lain yang sekadar bersifat makhluk.

Sungguh, ini peristiwa agung. Tambah rahmat, ia berlaku dalam bulan seribu bulan. Bulan yang kita mesrai sekarang. Alangkah beruntungnya umat Rasulullah sallallahu 'alahi wa aalihi wasallam!

------------------------------------------------------------------
* 17 ramadhan - Iftar Kelas tafaqquh Dr Zul - FSU
* 18 Ramadhan - Iftar SMSU - FSU
* 19 Ramadhan - Iftar FSU dan Syariah & Law Club - Masjid BBN
* 20 Ramadhan ke atas - menanti jemputan...HuHuHu.

p/s: Mendekati 10 Ramadhan terakhir, makin bertambah majlis iftar jam'aie. 'Ala kulli hal, iftar di kediaman Dr Zulkifli yang paling 'mengenyangkan' jiwa, dan jasmani semestinya!

Separuh Masa Kedua


Perjuangan diteruskan dalam fasa kedua. Lagi separuh masa yang perlu dilunaskan dengan hati penuh redha dan syukur. Bagi mereka yang makin membugar ruh 'abid, anugerah terindah masih lagi mampu dikecap. Nafas Ramadhan serasa makin mendamai, disusuli hati yang merayu mahu dicumbui taqwa.

Tuhan, segala puji bagi-Mu.

Sayugia diingatkan, tiada apa yang boleh membawa seseorang hamba menapak ke syurga melainkan dengan rahmat Tuhan. Dan jangan diulangi lagi babak kekalahan lalu kala semangat Syawal bangkit, nikmat seribu bulan terabai. Moga-moga jiwa kita sentiasa thabit dan hadir maknawi dalam meneruskan tarbiyah nafs menggiurkan ini.

p/s: Al-Fatihah untuk almarhumah Ustazah Toh Puan Fatimah yang kembali ke rahmatullah petang semalam.

Ta'abud Teristimewa


Nikmat ini kembali menggamit. Berbondong-bondong sekalian pendamba Cinta hadir menyambutnya dengan rasa suka dan syukur tak terhingga.

Dorongan beramal begitu mengujakan. Azam untuk merebut rahmat, maghfirah dan pelepasan dari azab api neraka, merumbu-rumbu. Duhai, indahnya nikmat Tuhan. Dikurniakan satu bulan yang eksklusif, hadiah taabud teristimewa untuk seorang hamba daripada Pencipta-Nya.

Manisnya taqwa hanya mampu dirasai bagi mereka yang berhasil menghirupnya. Mudah-mudahan sebulan ini mampu menanam nilai tulus dan ikhlas dalam beramal kepada Allah, sebagai bekalan ampuh untuk pulang ke kampung halaman yang hakiki.

Ramadhan Kareem, wa Allahu akram!

Manikam Ilmu

"Wujudnya golongan tasyaddud, iaitu orang yang membid'ahkan dan mengkafirkan orang lain adalah suatu yang patut dihindarkan. Paling penting, antum sebagai penuntut ilmu, haruslah belajar menekuni kesemua, nilailah setiap pihak. Lepas faham betul-betul, barulah putuskan untuk memilih yang mana paling benar."
- Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri


p/s: Makin mendalami erti kebenaran, makin menunduk hati 'malu'. Proses menekuni hikmah isyraqi diteruskan.