Senyumlah dengan nikmat Tuhan



Orang yang bersih jiwa akan syukur dengan nikmat Tuhan.
Hati sentiasa bersangka baik dengan Tuhan.
Tidak ada keluh-kesah, tidak ada juga marah dan resah.
Hati mereka senang terima ujian, bahkan mengucup ujian itu tanda kehambaan.

Nikmatnya terasa bila berdekat-dekat dengan Tuhan.
Mengabdikan diri penuh ketulusan, menjauh dari sebarang kemunafikan.
Dan mengharap kebaikan dari langit akan meredup, dan memperteguh iman.

Duhai Tuhan,
diri ini malu bila kurnia-Mu dari langit
aku humbankan ke sangkar maksiat
betapa aku malu dengan-Mu 
mahukan kepuasan tapi sentiasa kehausan
bernikmat-nikmat dalam nafsu yang menipu
sedang aku lupa
aku hidup hanya dengan ihsan-Mu Tuhan.

Tuhan,
aku mohon keampunan
Semoga aku terus tersenyum
dengan nikmat Tuhan yang takkan pernah aku dustakan.

17 Ramadhan 1435
BB Nilai


1 ulasan:

Nor Hayati Ramli berkata...

Allahu Akbar..

terlalu banyak nikmat yang dikurniakan mengapa sering kita dustakan..

Astargfirullah

Nak Kurus Cara Sihat