Dahulu, sewaktu usia kanak-kanak, kitalah yang paling banyak memiliki angan-angan.
Ingin menjadi seorang yang dihormati masyarakat; menjadi seorang doktor, arkitek, peguam.
Tidak kurang juga yang mahu menjadi hebat dan gagah perkasa; bomba, polis, dan angkawasan! Paling tidak dilupakan, mahu menjadi sekaya-kaya manusia. Ingin memiliki segala macam aset idaman.
Pendek kata, hidup ingin menjadi segala-gala yang boleh memberikan kepuasan dan keseronokan.
Pendek kata, hidup ingin menjadi segala-gala yang boleh memberikan kepuasan dan keseronokan.
Sudah pasti, hidup dalam mengejar tujuan, pasti ada jatuh bangun,penat dan lelah yang tak mungkin dilupakan. Maka, beruntunglah bagi mereka yang telah mengejar cita-cita, dan menggapainya di pengakhiran.
Jadikan dirimu sebaik-baik manusia yang boleh memberi manfaat kepada umat.
Sebab itu, cita-cita bukanlah semata-mata pekerjaan.
Cita-cita mengisi kehidupan. Cita-cita mendorong diri kepada kejayaan. Cita-cita membawa kepada Tuhan.
Cita-cita mengisi kehidupan. Cita-cita mendorong diri kepada kejayaan. Cita-cita membawa kepada Tuhan.
Setiap yang apa yang dirancang, pasakkan keyakinan yang dalam; betapa Allah itu adalah sebaik-baik punca kepada penyerahan.
Sebagai hamba, mintalah sebanyak-banyaknya kepada Tuhan. Sebagai khalifah, berilah sebanyak-banyaknya kepada manusia.
Jadilah apa sahaja yang didambakan. Bina kerjaya yang mampu menjadi wasilah kepada kebaikan. Semoga ada cahaya yang mengukir di akhir pemburuan mimpi yang diidam-idamkan!
p/s: Lautan kasih buat Ma dan Abah yang paling bersusah-payah memberikan yang terbaik sepanjang hidup ini. Semoga Allah memberi rahmat seluas hamparan langit kepada mereka berdua. Kudos juga buat guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.
Terus berjuang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan