Peristiwa 13 Mei 1969: Sehari Sebelum


Keratan akhbar di atas dikerat dari akhbar The Malay Mail bertarikh 13 Mei 1969.

Kain rentang dalam gambar di keratan akhbar tersebut tertera: "Students Solidarity March In Support For ACADEMIC FREEDOM" (Perarakan Solidariti Mahasiswa Menyokong Kebebasan Akademik).

Perarakan yang dianjurkan oleh UMSU ini merupakan sebahagian daripada program orientasi pelajar baru yang dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri tanpa campurtangan pihak atasan.

Ramai orang mengingati 13 Mei 1969 dengan tragedi konflik politik berdarah antara kaum yang menimpa ibu negara Kuala Lumpur. Sudah pasti timbul di benak kepala orang ramai, bagaimanakah agaknya situasi di kampus-kampus ketika itu?

Sedang sibuk parti-parti politik perkauman mengapi-apikan situasi dan memecahbelahkan rakyat, 12 Mei 1969 menjadi saksi bagaimana mahasiswa pelbagai kaum dalam UM telah menunjukkan perpaduan antara mereka dengan mengadakan "Solidarity March" sempena Minggu Orientasi 1969.

Dahulu, tidak perlu slogan retorik 1Malaysia. Idealisme perjuangan sudah cukup untuk menyatukan mahasiswa berbilang bangsa.




p/s: Mahasiswa dulu-dulu, memang betul 'student-power!'.
* Sumber: kredit kepada Fahmi Reza.

2 ulasan:

Arjuna Timur berkata...

mase nie arijadi sya tau
byk peristiwa besa upenya

Unknown berkata...

sayangnya student hari ini tak susah mcm orang lama...slogan 1Malaysia bukan untuk mahasiswa semata-mata....tuan hamba fahamkah apa sebenarnya yang belaku pada orang Melayu pada 13 Mei 69?!