Jasa Bonda


"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Al-Isra': 24)

Kita sering melihat beliau ketawa. Namun mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyuman beliau, barangkali tersimpan seribu kepayahan yang dipendamkan. Siapa tahu?

Kita mungkin tidak akan mengetahuinya. Melainkan kita hadir mempersembahkan ketulusan cinta kepada beliau. Mendampingi, mengucupi dan mendakapi beliau bagi merasai salju kasih seorang insan bergelar bonda.

Selamat hari Ibu.


p/s: Terngiang-ngiang lagu Jasa Bonda-Warisan. Menghitung hari untuk pulang ke pangkuan keluarga. Urgh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bgus blog nie.. sya suka follow.. ;)

inniakhofullah berkata...

saya membaca post ini entah buat kali ke berapa,tiap2 hari..lebih sepuluh kot.

saya pelik...kenapa nasih bonda/ibu/mak/mama harusnya sebegitu.

mengapa ujian mereka begitu kuat sehingga tak sempat bernafas pun.

mengapa ada mereka tak sedar kewujudan cinta beliau?

bagaimana mahu sedarkan mereka...tiada ungkapan lebih teruk kepada golongan ini kecuali

DERHAKA TAK KELUAR NERAKA SAMPAI BILA-BILA