Bina Pemimpin 1 Hati

Penganjuran Kem Bina Pemimpin 1 Hati berlangsung seperti dirancang, dan berjalan dengan jayanya. Segala puji bagi Tuhan atas segala kemudahan dan kelancaran dalam mengendalikan program tersebut.

Slogan "Wehdatul Ilmi, Wehdatul Fikr, Wehdatul Amal' disepakati secara bersama untuk diangkat sebagai tema bagi kem ini. Dan Alhamdulillah, berakhirnya program tersebut, beberapa objektif utama berjaya dicapai dengan kerjasama semua pihak. Sudah kelihatan beberapa calon yang berpotensi besar berjaya dicungkil dan digarap dengan pelbagai kemahiran sepanjang kem berlangsung.

Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan JAKSA. Barangkali tanpa sokongan padu daripada kalian, tidak mungkin untuk kita sama-sama kekal bersemangat merealisasikan projek hujung tahun ini. Salah satu perkara yang aku peroleh; belajar menerima dan menghormati orang lain terlebih dahulu, sebelum kita ingin diterima dan dihormati oleh orang lain.

Juga penghargaan tak terhingga buat pengetua yang sedia dihormati, Encik Agoos Munalis atas idea dan bantuan yang dihulurkan. Sepanjang mendekati dan mengenali diri beliau, En. Agoos bukan sahaja sebagai mentor terbaik kami, bahkan seorang motivator yang cukup memahami dan 'sempoi'.

Kem Bina Pemimpin 1 Hati adalah program terakhir kami pada tahun ini. Bagi sebahagian daripada kami barisan kepimpinan JAKSA, ini juga mungkin program terakhir kami dengan pasukan JAKSA Kolej Sutera Indah. Setiap pengalaman yang dilalui, kenangan pahit manis yang dikongsi serta proses pembelajaran yang berkesan akan memantapkan diri setiap daripada kita.

Terima kasih atas kesudian menerima aku sebagai salah seorang keluarga ceria kalian. Juga sebagai sebahagian daripada rakan kerja JAKSA yang mantap dengan semangat setiakawan. Kalian tetap yang terbaik dan ianya mengharukan untuk diingati.

Sekadar berkongsi beberapa kenangan yang sempat dirakamkan.

Bengkel Pengurusan Program

Riadah petang - futsal pantai

Tautan Mahabbah

Aktiviti harian - terjun ke laut

Bakal JAKSA akan datang, insyaAllah

Menunggu detik mentari tenggelam

8 Serikandi Dahlia


Geng JAKSA paling havoc!

Kenangan terindah 2009

Harapan terakhir daripada aku, semoga pimpinan JAKSA akan datang akan lebih fokus, berketrampilan, berhasil membina pasukan yang 'sekepala' dan istiqamah dalam memperjuangkan kebajikan siswa/siswi penghuni kolej terutamanya.

Bagi JAKSA sedia ada, pada penghujung tahun inilah waktu untuk kita bermuhasabah. Itu adalah jalan terbaik. Masih banyak kelompangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Juga beberapa kelebihan yang ada perlu diperkasa agar tidak mudah terasa selesa dan leka dengan prestasi kerja kita.

Selamat menempuh sesi baru dengan penuh tanggungjawab, berjiwa besar dan hati yang ikhlas.

p/s : To our JAKSA future leader, you're the change you seek for. It's your hope and now, it's your turn to make a change!

1 ulasan:

adele berkata...

hidup JAKSA!!