Membebaskan rasa hati


Sewaktu berada di pengajian Tamhidi dua tahun lalu, aku ada memasang cita-cita besar(baca:berangan-angan) untuk melakukan sesuatu yang luar biasa dan memukau. Khususnya apabila berada di dalam kampus, aku terbayangkan suasana yang membangkitkan kepuasan, meluaskan pandangan semesta dan menitipkan keyakinan yang memberangsangkan.

Biasalah, jika kita rajin melihat dan menilai kehidupan orang yang hebat-hebat di luar sana, dalam minda kita pasti terdetik untuk menuruti mereka. Mengikut gaya mereka. Ingin mencuba seperti mereka. Pendek kata, jika orang lain boleh membina sejarah hidup mereka dengan bergaya, bagaimana pula dengan kita?

Aku memasang tekad, seboleh-bolehnya setiap semester atau setiap tahun, aku mahu mencipta sesuatu yang membanggakan, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri. Ia tidak semestinya dikongsi dengan orang lain. Cukup dengan rasa ikhlas dan kita yakin dengannya, itu sudah merangsang peribadi ke arah penambahbaikan. Tidak kira ia dari bentuk fizikal, zahir, soreh,konkrit atau sekadar atas angin,ilusi,atas kertas, atau sekadar fikrah. Apa yang pasti, perubahan itu diwujudkan dan dapat dikesani. Semangat itu kekal menggila dalam diri, namun berseorangan dan sepi.


Dua tahun berlalu. Cita-cita kekal cita-cita. Sumbu keghairahan masih lagi menyala-nyala. Dalam aku masih berkira-kira, langkah bagaimana yang sepatutnya aku bertindak, aku menemui banyak perkara baru. Pendedahan dan pengalaman yang ditimba dalam waktu yang meski singkat, sangat merubah paradigma dan menggarap kematangan beransur-ansur. Sesekali mengujakan, ada kala pula hambar dan membosankan. Namun, itu sudah cukup baik.

Faktor persekitaran, pergaulan, perhubungan, pembacaan dan penerokaan yang berterusan benar-benar menjernihkan fikiran dan melapangkan minda. Kadang-kadang mahu juga bernakal-nakal untuk menggegar dengan 'pemberontakan', kemudian kembali dikendurkan dengan harmoni kefahaman yang ideal dan damai.

Cuma, dalam aku 'terhibur' menerima resapan-resapan kental yang tenang membentuk pemikiran, ada satu dua perkara yang sejak dahulu aku sendiri kurang senang dan 'letih' untuk menerima. Aku mohon maaf kepada sahabat-sahabat seperjuangan jika ada yang memahami dalam-dalam, ia suatu yang membimbangkan. Namun lebih untuk berterus-terang, aku ingin menyatakan:

1. Berada dalam status quo hizbiyyah secara berlebih-lebih begitu 'melemaskan' aku. Hidup berakar tradisi dan jati diri 'kompeni' sememangnya baik, namun hakikatnya apabila dalam keadaan sebegitu, kita akan terus kekal dalam rigid dan jumud. Mungkin seorang dua boleh melangsungkan perjuangan dengan baik, tapi bagaimana dengan yang lain? Mampukah mereka hendak mengolah perubahan kalau kita awal-awal lagi dipasakkan kefahaman 'jangan bantah' atau 'jangan buat pandai'? Bukan sesuatu yang wajar untuk berasa eksklusif, lama-kelamaan kita hanya membudayakan dogma 'I'm hollier than you'. Itu sangat menjengkelkan.

2. Setiap daripada kita ada dorongan inkuiri yang berbeza. Jangan kita biarkan ia dikekang dari berkembang dan terus luput begitu saja. Setiap yang mempunyai pemikiran memerlukan gelanggang yang serasi dengan gerak pencak mengikut gagasan tersendiri. Benar kita menuruti sistem, menerima prinsip, namun janganlah sampai kita membiarkan mereka di sisi kita dalam kondisi 'terpaksa rela' menerima semua itu, tanpa menutupi sebarang pilihan(options) lain kepada mereka. Tidak semua perlu ditiru atau diikut secara totok dan verbatim, bentuklah karakter tersendiri. Meminjam istilah Ustaz Hasrizal, tidak semua orang yang kita sangkakan berpotensi boleh melahirkan faham secara 'inside-out'. Masing-masing mencetuskan intuisi yang berbeda. Biarkan ia bebas mencatur, jangan mengongkong, asalkan matlamat tetap sama.

Maaf kerana tak semua akan faham apa yang aku hendak sampaikan. Bagi yang mengerti lapis separa makna yang aku suguhkan, anda berhak untuk melabel aku sebagai budak yang tak faham, dangkal, ortodoks, atau mengadili aku sebagai seorang liberal dan mat gebang tin kosong. Semua aku terima. Cuma tanpa berlapik, usaha secuit ini sahaja yang boleh dilakukan untuk membebaskan rasa hati secara jujur.

Jika dimurahkan rezeki usia, aku benar-benar ingin mengolah sebaik mungkin peluang ada. Kerna aku masih dibuai cita-cita aku yang dahulu. Impian itu masih mekar meski saat ini, aku berada dalam ruang yang kecil untuk tangkas bertindak ke arah itu. Mohon maaf kepada sahabat seperjuangan. Jika tidak bersetuju, kita senang berbincang. Ukhuwah kan.

10 ulasan:

Fazareez Fauzi berkata...

Salam. Drpd ayat hang yg terlalu tinggi tu, aku hampir faham. Tp x kesemuanya. Dan aku rs hang pernah mengutarakan bnda ni pd aku. Adakah krn kekangan yg terlampau sehingga membataskan ruang lingkup kebebasan? Atau hang nak kita keluaq dr 'kepompong' selama ini utk lebih menyerlah warna 'rama-rama' drpd 'beluncas' yg ada skrg..? Bersediakah anda? Adakah usaha ke arah itu..?

aiShah_sOfeaTJ@katoJie berkata...

salam.. i think i can catch up what u mean..tatau la betul ke x apa yg akak fhm ni..

tp, from yr writing, i agree with u..

caiyok2!

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

It's not just an antonym for "Sirr" but independently express the out-of-box(read:hizbiyyah) interpretation of Islam.. looking forward into the grasp of what had been purely implied by his majesty, Rasulullah in his life.. non-prejudice voice..

Tanpa Nama berkata...

setiap orang mempunyai pandangan masing2..
adakala kita perlu bercakap untuk orang fhm,adakalanya kita perlu diam untuk elakkan kecelaruan..

hazimin,buatlah yg terbaik untuk islam..

apa2 yg baik,biarlah untuk islam

Mohd Hazimin Harun berkata...

Salam 'alaik,

Fazareez,
syeikh, enta punya fikrah mantap sangat. Aku belum layak nak bertingkah hujah dgn enta. Ihtiram terhadap enta masih tinggi. =)
Cuma untuk menjelaskan kembali, aku sebenarnya tak ada niat nak menyentuh isu 'beluncas' nak jadi 'rama-rama'. Jauh sekali untuk luah isu soreh/jahr.Tak terlintas di hati nak cerita tentang itu.
Semua ni sekadar menyinggung isu pinggiran yg kecil; bagaimana membina entiti tersendiri dlm konteks fardi yg pd akhirnya menguntungkan jam'ei. Harap dimengertikan.
Maaf kalau ada tersilap, dan terima kasih sudi menimbulkan persoalan.

Umar,
particularly, your opinions are what I'm thought.
only that term is not a suit one should I use, perhaps.
thanks.

Fazareez Fauzi berkata...

Salam,
Asif jddan. Mgkin aku clap mengerti ap yg ang ingin maksudkan. Sbb 2 ak gtaw yg ak krg fhm dgn ayt ang yg tggi 2. Mmg benarlah kefahaman itu amat ptg.

Aku knai ang sjak dr tmhdi, dan aku amat respect ketika ang menimbulkan persoalan demi persoalan. Usahlah diihtiramkan aku yg xdk pa2 ni.

Mgkin kita blh bncg soal ni dgn lbih serius lg dmi menaikkan kompeni Insya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Dalam peringkat yg masih sama2 bertatih ni, masih byk yg kta perlu blaja.Tapi jgn takut utk menyuarakan pendapat.sape tahu kalau2 pendapat kta itu adalah sumbangan...?

Teruskan menyuarakan pendapat!

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

salam..i'm sorry for misusing that term..just want fazareez to note the particular spirit..hehe

ummu berkata...

salam taaruf,maaf menyibuk kat sini.
akak tertarik pada perkataan inkuiri saudara.yang lain2 tu akak x brp faham.
hmm..sebenarnya menangani inkuiri anak2 sendiri lebih mencabar rasanya dari mengasah inkuiri anak2 murid. sebab? sebab anak sendiri darahd aging yg membesar depan mata.bnyk yg perlu seorang ibubapa bentuk semangat inkuiri anak2..

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

no komen