Sungguh, Tuhan itu Maha Adil. Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai padanan masing-masing. Detik tawa dan ria yang dilalui terkadang diselitkan dengan getir duka sesaat.
Memang bukan hak manusia dan tidak selayaknya bagi diri manusia merencana dan menentukan perjalanan hidup mereka sehari-hari kerana ketentuan semua itu terletak pada kuasa Yang Maha Agung.
Usah salahkan sesiapa, apatah lagi menyalahkan takdir Tuhan. Kaedah terbaik adalah menggunakan anugerah akal untuk berfikir, merenung dan mengambil pengiktibaran berhikmah yang terkandung dalam setiap apa yang berlaku. Sepintas lalu tafsir ayat ini menjengah kotak minda :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al'ankabuut : 2)
Mungkin apa yang dipelajari hari ini melatih aku bersikap sabar dan redha. Allah sudah merancang yang terbaik untuk diri aku. Apapun, aku dapat jua kembali melarik di sini seusainya 47 hari khidmatku untuk negara.
Sebelum terlupa, Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan kenalan berbangsa Cina satu kem di MSHC. Kepada rakan-rakan yang lain, selamat melepaskan bunga-bunga rindu kalian yang tak tertahan itu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan