Hari ini hari yang begitu memenatkan. Masakan tidak, terpaksa berkejar dari satu tempat ke satu tempat di bandar untuk menyudahkan beberapa urusan penting dengan segera. Syukur, segala dokumen penting yang hilang seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM sudah digantikan yang baharu.
Peristiwa beberapa hari yang lalu banyak memberi pengajaran. Harapnya aku akan lebih berhati-hati dan tidak lagi bersikap leweh di masa mendatang.
Di dalam bank tadi, aku bernasib baik kerana ketika itu tidaklah begitu ramai orang membuat urusan. Maka, aku tak perlu membuang banyak masa menjadi tunggul seperti dua tempat terdahulu yang aku kunjungi.
Sementara menunggu nombor giliran aku dipanggil, aku sempat curi-curi menadah telinga mendengar perbualan rancak dua orang wanita yang rasa-rasa aku usia mereka dalam lingkungan 50-an.
"Itu pasal lah. Cinta monyet la kononnya tu. Yang budak lelaki pulak, sanggup bergayut lama-lama dengan anak kita. Kalau guna topup prepaid tu dah habis berpuluh-puluh ringgit, mereka sambung ikut telefon rumah pulak."
"Budak-budak sekarang bukan nak fikir tentang masalah kita, susah payah kita cari duit. Nak bagi dia makan. Tapi bila minta duit, takde benda lain dah. Mereka tu layan ikut sedap jiwa mereka aje lah."
"Betul tu. Yang tak tahannya, kalau sudah bil telefon pun dah sampai RM600.00! Teruk la kalau selalu camtu!"
Kasihan pula aku rasa bila mendengarkan keluhan mak cik berdua ini. Bagi aku, apa yang dialami oleh kedua-dua mak cik tersebut turut menjadi masalah bagi kebanyakan ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain di luar sana.
Mungkin ada yang beranggapan, itu adalah masalah kecil, sekadar perkara biasa. Benar, sekiranya mereka adalah ibu bapa yang berkemampuan. Yang berada, bolehlah berkata sedemikian. Tapi, macam mana pula dengan mereka yang kurang berada, berpendapatan sederhana, dan mempunyai kewangan yang menyempit?
Amat tidak wajarlah bagi seseorang anak sekiranya meminggirkan ibu bapa mereka dalam hal ini. Tak perlu berhujah dalam-dalam, kalau fikir secara logik akal dan sepintas lalu pun kita sudah boleh menilai betapa tidak patutnya seseorang anak yang sanggup menyusahkan ibu bapa semata-mata hendak melayan fantasi cinta mereka.
Teringat kata-kata seorang sahabat, 'kalau nak bercouple sekali pun, kurang-kurang ada duit poket sendiri. Kalau setakat mak dan ayah aja yang tanggung, buat malu diri sendiri la nak melayan jiwang..!"
Berjela-jela sekali pun aku menulis di sini, tak akan memberi kesan apa-apa pun. Semua itu terpulang pada diri remaja, anak-anak muda baya-baya aku di luar sana. Kalau disyarah ikut lunas Islam sekali pun, memang tidak ada istilah 'coupling' dalam Islam.
Apapun, kalau mereka ada kesedaran, faham tanggungjawab sebagai seorang anak dan peka dengan pengorbanan ibu bapa mereka, maka mereka akan bersikap matang untuk berfikir dan merenung sama ada tindakan mereka itu wajar atau sebaliknya terhadap ibu bapa mereka.
Dan bagi aku, bercinta dalam usia remaja sebegini adalah perkara yang paling 'tidak cerdik' dan sangat merugikan diri sendiri. Noktah.
Di bank itu juga, aku terserempak dengan kawan sekolahku dahulu, Zikri. Sempat juga bertegur sapa meski tidak terlalu lama. Dia juga merupakan pelatih PLKN di Kem Ulu Bari, Rembau. Melihat pada gayanya, seakan seronok benar berada di sana.
Dia tambah menggiat bercerita bila aku menyelit dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang dilalui. Lucu sekali, kami terkeluar kisah seorang lagi kawan yang juga pelatih PLKN. Khabarnya, dia sudah 'angau' dengan gadis Sabah. Alahai, jauh sekali bah !
Kami masing-masing beransur. Seketika kemudian, aku menerima mesej daripada seorang lagi sahabat. Girang juga hati ini tatkala menerima berita daripadanya. Hampir-hampir aku fikir dia sudah lupakan aku. Abdul Kabir, satu-satunya di kalangan sahabat akrab aku yang berjaya meneruskan pengajian di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.
Doaku, semoga hari-hari yang dilaluinya sentiasa ceria sedamai jiwamu yang sedang bermesra menggulati ayat-ayat kalam suci Allah. Mudah-mudahan dengan rahmat Allah, kau berjaya mengecap nikmat menjadi seorang Hafiz yang masyi !
Entah mengapa ingatan dalam fakulti mindaku ini lekas terpacul dengan wajah sahabat-sahabat sepersekolahan dahulu, satu-persatu terbayang. Rindunya pada kalian !
Bilakah lagi kita bisa ketemu, berkumpul beramai-ramai kembalI?
- Khabar angin terbaru, tarikh keputusan SPM diumumkan pada 13 Mac. Ada sesiapa boleh sahkan?