Minggu lalu, aku bersama-sama barisan pemuda yang boleh aku nyatakan bahawa mereka cinta akan perjuangan Islam, hadir dalam satu perbincangan ilmu agama yang dikendalikan penuh hemat oleh seorang guru yang alim.
Apa yang membanggakan, aku mengenali mereka sebagai kalangan pemuda-pemuda yang hadir tinggal di kampung-kampung berdekatan. Mereka hanya berpelajaran peringkat sederhana, tidak melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Ada yang hanya bekerja kampung, kebanyakannya nelayan dan buruh. Namun, azam mereka dan komitmen mereka untuk membantu perjuangan Islam jelas terpancar di raut wajah mereka. Mereka hadir dengan tepu kefahaman dan berasaskan manifestasi akidah yang menunjangi iman.
Kadang-kadang terbit rasa malu dengan mereka. Kita yang kononnya mahasiswa jurubicara ummah, dan mendabik dada sebagai pejuang tulen serta aktivis yang tahu serba-serbi, hakikatnya bila kembali ke kampung halaman, kita tidak ubah seperti remaja bangkut yang tidak ingin turun lapangan bersama masyarakat.
Malam itu, isu yang dibincangkan berfokus pada isu qazaf. Topik yang rutin diperkatakan ketika ini. Perkongsian berlangsung dengan lancar. Masing-masing melontarkan komen dan pandangan menurut perspektif dan pengalaman yang pernah dilalui.
Aku terkesan dengan pandangan seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya seorang kaunselor di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Beliau dalam nada sebak, berkisah mengenai nasib masyarakat Melayu Islam yang semakin hanyut dalam kejahilan membukat.
Kami terkedu mendengarkan kisah pelajar-pelajarnya yang disisihkan kerana didakwa sebagai anak haram. Tambah menyedihkan, sudah wujud kes-kes di kawasan kampung di mana masyarakat sudah terbiasa dengan suatu gejala label-melabel seumpama qazaf, dengan pertuduhan zina berleluasa.
Mereka bahkan tidak lagi segan silu mempunyai anak haram hasil bersekedudukan dan itu diterima oleh masyarakat sekeliling tanpa sebarang rasa bersalah! Tidak hairan jika rekod di Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan, 623 anak luar nikah di seluruh Terengganu tahun lalu.
Itu yang berdaftar, bagi yang tidak berdaftar? Fakta angka yang dikeluarkan oleh JAKIM menunjukkan 5-10 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan pada tahun lalu.
Kami menemui konklusi yang dicermati dengan baik untuk dihadam dan cuba dilaksanakan. Setiap daripada kita sebenarnya memiliki tanggungjawab mendidik masyarakat.
Kemelut sosial yang pesat berlaku di kalangan ahli masyarakat kita adalah dek kerana kurangnya pemahaman agama dan kegagalan dalam melaksanakan tuntutan syariat Islam secara menyeluruh.
Tiada tarbiah yang konkrit dan berterusan dijalankan di peringkat akar umbi. Kurangnya tindakan mereka yang mengaku berpendidikan agama dan menjawat jawatan yang baik di sisi masyarakat.
Juga kelemahan pihak berwajib yang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah serta melaksanakan program mendidik masyarakat. Namun tidak dilupakan terhadap diri kita sendiri. Sejauh mana kita memainkan peranan mendekati mereka dengan tujuan mengubah dan mendidik.
Tersayat hati memikirkan isu ini kerana ia sememangnya barah kritikal yang menjahanamkan moral masyarakat. Namun, hati lebih remuk bila mengenangkan diri sendiri yang masih belum berperanan memahamkan masyarakat apa itu Islam, dan apa ertinya kita beragama Islam.
Mereka tidak tahu, dan akan terus dalam ketidaktahuan. Dan kita yang berlagak tahu, akan terus dalam keangkuhan yang akhirnya hanya menjerumuskan kita dalam dunia ananiyyah tanpa iltizam untuk memimpin umat masyarakat terdekat agar kembali kepada pengamalan cara hidup Islam yang sebenar.
Semoga di kalangan kita sentiasa menginsafi. Kita belum layak digelar sebagai anak muda yang terbaik jika kita sekadar menjadi pelajar cemerlang di tempat pengajian. Rakyat sememangnya tidak berhajat untuk mengetahui setinggi mana sijil pendidikan yang kita peroleh, sehinggalah mereka mula ingin mengetahui sejauh mana kita ambil berat dan cakna akan diri mereka.
Aku pulang dengan rasa insaf dan bersalah. Semoga thabat dalam perjuangan, bersama pemuda-pemuda Islam yang aku rindukan derap langkah mereka dengan riak wajah tersenyum mesti keletihan memaut batang tubuh mereka saban hari. Tribut untuk kalian:
Pemuda melangkah gagah,
Alang-alang mandi biar basah.
Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
biar hancur jiwa pemuda tulang berkecai,
Kerana Islam kita sanggup mati.

Penerangan oleh YB Dun Batu Burok, Dr. Syed Azman berkenaan kebejatan moral anak-anak Melayu di negeri Darul Iman. Menyedihkan...