
"at home, first priority is revising." ..Hurm?



Antara yang hadir dan diingat; Syeikh Afeefuddin Gaylani(nasab ke-17 waliyuLlah Syeikh Abdul Qadir Jailani), Habib Jindan, Habib Munzir, Habib Zain Al-Habshee dan Shaikh Dr. Saad bin Saad Jawish(Al-Azhar). Juga diserikan dengan kehadiran para 'alim ulama tempatan, antaranya Syeikh Fuad Kamaluddin Rembau, Tuan Guru Syeikh Fahmi Zam Zam (Pondok Derang), Tuan Guru Muhammad Hafiz Selamat dari Pondok Jenderam dan ramai lagi yang kebanyakannya adalah Haba'ib sadah alawi dan dari pondok-pondok semenanjung.
Jiwa mana tak keruan bila terkenang akan ramai di luar sana yang masih buta hatinya untuk melihat raut tenang para ulama' dikasihi Allah dan sudi mendengar mutiara kalam mereka. Jiwa mana tak dihambat sayu tatkala mengamati muda-mudi sekarang yang masih tercengang melongo bila disebut nama para 'alim, sedangkan bila ditanya tentang yang lain - pantas terhambur dari mulut nama-nama pelakon Korea dan bintang bola sepak Inggeris. Aku sendiri sebegitu. Aduh. jauh..jauh..

Sekarang ni musim periksa. Maka ber'uzlah'lah sekalian pelajar dalam menekuni buku dan nota, sehingga ada bersengkang mata, menahan kantuk dek asyik berteleku di meja belajar. Harapnya dalam kita sibuk membangunkan potensi akal, jangan lupa membugarkan ruh dengan ketaatan dan keheningan jiwa untuk berdekat dengan-Nya.
Sedia maklum apabila ada sebilangan pelajar yang sugul bila tidak sempat membuat ulangkaji. Juga gundah dan sedih bila gagal menyudahi sesuatu jawapan dalam periksa. Bahkan ada yang lebih teruk mencemuh dan menyumpah semata-mata kerana kegagalan diri dalam suatu ujian dan pelajaran. Bukan sebab di malas atau sambil lewa, tetapi kerana gagal dalam memahami hakikat ubudiyyah. 
Dan aku pula, pastinya kedatangan anak-beranak, anak saudara dan bayi comel menjadi buruan utama lensa untuk segera 'diterkam' mesra!Agenda yang paling mencuri tumpuan khalayak sudah tentulah majlis dialog bersama pimpinan tertinggi. Kebanyakan pertanyaan yang diajukan para mahasiswa adalah seputar masalah dan coretan pilihan raya kampus yang lalu. Selain itu, lontaran pendapat berkenaan isu mahasiswa lesu, isu pembangunan negeri dan gerak kerja di kalangan mahasiswa dan belia negeri. Juga turut disinggung dalam sesi dialog adalah isu Batu Burok dan lawan balas terhadap slogan dan propaganda 'pihak sebelah' yang nampaknya kian hebat dicanang kebelakangan ini.
- kepada Abg Azmi, rilek deh. ambe bukan dok kenal, cuma dok perasan je.. Asiif bro..


nerima khabar, agenda memburukkan parti lawan diteruskan. Media elektronik dimanipulasikan sehabis mungkin. Sedutan klip video yang ditampal-tampal konon memburukkan sikap 'fanatik' sebilangan yang digelar 'perusuh jalanan' itu ditayangkan kepada khalayak di dalam TV. Sesiapa yang menonton tanpa usul periksa pasti menggelengkan kepala. Kononnya itulah gambaran penyokong Islam. Dan bersoraklah mereka melihatkan propaganda busuk mereka menjadi. Tambah-tambah PRU yang makin mendekat...
pihak tertentu, tapi sebagai golongan yang punyai daya intelek, adililah dengan saksama. Menghukum biarlah berjurus. Jangan hanya menerima bulat-bulat apa yang dikata oleh satu pihak. Terkadang memang perkara yang hak sering dilindungi oleh benda yang batil. Mohon berlindung kepada Allah daripada itu...
Bulan Ramadhan kembali menjengah. Bulan yang menjadi kegembiraan besar buat para abid dan muttaqin. Kecintaan untuk beramal sepuasnya begitu meruap-ruap. Menangis sekalian mereka dek terlalu riang menyambut kedatangan bulan penuh barakah.
“Bila duduk menghadap di depan tok guru nanti, pastikan jangan nampak bahagian kaki,” pesan sahabatku. Aku mengangguk faham. Menurut sahaja meski kurang mengerti mengapa begitu disuruhnya.

20 Ogos : Quranic and Hadith for Social Science
21 Ogos : Intro. to Law

Pendakwa raya, penyiasat lemah
"Kita bukan negara sekular. Kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran dan Pakistan yang Pas mahukan tetapi kita sebuah kerajaan berasaskan demokrasi berparlimen."
jadi. Bahkan, makin menyerlahkan kecelaruan yang jelas dalam pegangan beliau terhadap status Malaysia sama ada sebuah negara Islam atau tidak. Tidak bolehkah untuk dia menegaskan pendirian beliau seperti yang dinyatakan di laman web ini. Atau beliau sangsi dan ragu-ragu untuk memperakui Malaysia sebuah negara Islam?
Lupakah pada negara Islam pertama yang diasaskan di dunia? Lupakah siapa pengasas negara Islam pertama yang merupakan manusia terulung sepanjang zaman? Untuk menjadikan negara Islam contoh, tidak lain perlu menjadikan negara Islam pertama tersebut sebagai model ikutan. Hanya itu panduan yang terbaik..jpg)

UIA menang lagi, untuk kali ketiga berturut-turut. Hatrik...
Kemenangan UIA tambah meriah apabila pendebat lelaki tunggal mereka, Mohd Daud Mat Din dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir tersebut.
Apapun, rasa-rasa aku semua pendebat bagi kedua-dua pihak berjaya menyerlahkan kekuatan dan keupayaan masing-masing pada tahap maksima. Hujah yang menggugah dilontarkan secara spontan, sememangnya itu antara pakej yang mesti dimiliki oleh seorang pendebat.
Rabu 1 Ogos
Tekanan aku reda secara mendadak pada hari ini. Mengapa ya?
Oh, patutlah. Assignment Ustaz Najib selesai juga, dan sudah sedia dihantar untuk dinilai. Aku rasa, semua yang lain turut merasai kepuasan yang sama seusai berasak dan berpenat lelah kala meladeni tugasan yang paling 'menyenangkan' ini.
Sememangnya di sebalik kesukaran itu, akan ada ruang kesenangan dan kemudahan di penghujungnya..
Jumaat 4 Ogos
Malam ni, aku balik kampung.
Selamat bercuti untuk aku, juga untuk sekalian sahabat.
Bunyinya saja cuti, tapi harus diingatkan debar apa yang menanti sebaik kembali ke kampus nanti. Maka, bersiap sedialah dari awal...
Exam menanti....

Semoga enta sentiasa utuh dalam landasan perjuangan yang diceburi pada waktu mendatang. Tepat sekali kata-katamu, walaupun uslub kita berbeza tapi matlamat kita tetap sama. Tertancap lekas dalam ingatan aku dengan madah yang sering diungkapkannya. Kita pejuang bukan pejiwang. Akan aku berpegang dengan kata-katanya ini, insyaAllah.
Memang kematiannya sangat dirasai kami sekeluarga. Arwah bukan orang lain, mempunyai pertalian keluarga yang rapat - sepupu emak - dan rumahnya paling hampir dengan rumah datuk aku di Chendering.
Bersempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kami sekalian rakyat jelata mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara di bawah tampuk pemerintahan baginda.
Pejabat Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan (Palace of Justice) telah memaklumkan kepada peguam terlibat dengan kes Azlina Jailani bahawa kes tersebut telah ditetapkan untuk keputusan pada hari Rabu 30 Mei 2007 (ESOK).