[Al-Hujurat : 6]
"Ha, tengok ni.." ujar kawanku sinis, sambil menatap lembaran akhbar harian yang terselit berita berkenaan tragedi rusuhan di Batu Burok 8 September lalu. Aku memandang kosong. Dalam kepala, memang banyak persoalan yang boleh ditimbulkan, tapi elok didiamkan saja. Rasanya tak perlu untuk aku berhabis liur memperdebatkan laporan berita yang sedia memualkan tekak lagi memeritkan mata bila dibaca. Lebih banyak tipu dari betul. Maklum, hairan dan meloyakan.
Terkini, aku menerima khabar, agenda memburukkan parti lawan diteruskan. Media elektronik dimanipulasikan sehabis mungkin. Sedutan klip video yang ditampal-tampal konon memburukkan sikap 'fanatik' sebilangan yang digelar 'perusuh jalanan' itu ditayangkan kepada khalayak di dalam TV. Sesiapa yang menonton tanpa usul periksa pasti menggelengkan kepala. Kononnya itulah gambaran penyokong Islam. Dan bersoraklah mereka melihatkan propaganda busuk mereka menjadi. Tambah-tambah PRU yang makin mendekat...
Begitulah kesudahannya. Bagi mereka yang 'makan bersuap', terus sahaja ditelan dan dihadamnya, tanpa selidiki dahulu kandungannya. Maka kenyanglah mereka dengan hidangan yang tak ketahui betul-betul 'berkhasiat' atau banyak bahan tiruannya. Media di Malaysia? Begitu memalukan...
Saranan untuk sekalian sahabat, jadilah seorang pemerhati yang baik. Bukan kerana obses pada pihak tertentu, tapi sebagai golongan yang punyai daya intelek, adililah dengan saksama. Menghukum biarlah berjurus. Jangan hanya menerima bulat-bulat apa yang dikata oleh satu pihak. Terkadang memang perkara yang hak sering dilindungi oleh benda yang batil. Mohon berlindung kepada Allah daripada itu...
Tuntutan BERSIH
Tuntutan BERSIH
Cuma, yang paling membuatkan aku terkilan, wajarkah mereka dengan sengaja mewujudkan persengketaan besar sebegini terhadap sesama umat Islam di saat Ramadhan menjelang? Di manakah nilai keimanan mereka dalam memelihara persaudaraan Islam? Sungguh, ini merugikan umat Islam secara tak langsung.
# Ya Allah, kembalikan pimpinan ulama' di bumi Darul Iman ini...ameen.
3 ulasan:
saudara, pernah x pulang ke trg semenjak peristiwa itu? Saudara akan kecewa melihat banner2 digantung untuk memfitnah parti lawan...
saya kecewa.. peristiwa mamali berulang lagi..
belum berpeluang utk balik lagi..
begitu sekali?
setakat ni, sekadar menonton ceramah dan beroleh khabar drpd sahabat di KT..
antara tindakan yg memalukan, SMAZA di Batu Burok pun diserbu sama mencari 'perusuh yang ganas terhadap polis'...
-betul2 barua...
yg pasti, najis takkan dapat ditutupi selamanya kerna busuk baunya akan dihidu jua..
-sedang menanti cd rakaman peristiwa sebenar yg berlaku malam tersebut..
hazimin,
Kayak sesuai bakal seorang politikus kelak, tidak lagi seorang peguam.;)
jgn lupa,kebenaran tu tidak pernah lali, yang lali hanya 'kebenaran palsu' dan omongan. kebenaran akan muncul kala kepalsuan sedang asyik dibuai mimpi.kebenaran itu satu benda yang pasti terjadi!
tapi yang pasti, bila berbicara soal ukhwah. secara peribadinya,ukhwah perlu di bina dari akar umbinya lagi. dari kelompok kecil, hatta kelompok besar. sekelas mahupon sekuliah.mohon pengertian.
Catat Ulasan