pemula kisah

Satu perkara yang menarik berkaitan penulisan blog adalah pemiliknya dapat mendokumentasikan rasa, ilmu dan fikrah peribadi ke dalam laman maya dengan bebas dan terbuka selagi tidak menyanggahi etika dan moral.

Tambah menarik jika blog yang sedia ada dapat dikongsi dengan khalayak. Di situ dapat dilihat adanya peluang dan ruang yang mampu membenihkan diskusi, komentar atau muzakarah yang boleh memberi manfaat bersama. Dan pastinya, setiap pemilik laman sawang blog akan cuba mengolah, mereka atur, merencamkan pelbagai bentuk pengisian juga bahan gajet tertentu demi kepuasan diri sendiri mahupun pengunjung blog mereka.

Hati ini turut tergerak sama ke arah itu. Pengalaman telah pun mengajar. Ilmu pengetahuan sama membimbing. Perilaku manusia sekeliling sebagai pengiktibaran. Apa yang dibikinkan ini sederhana cuma. Barangkali menjanjikan kepuasan itu hanyalah minima, namun tetap sedaya upaya menghasilkan suatu yang berestetika.

Sebagai pemula kisah, pengenalan laman ini bertujuan mengukir, mencalit apa sahaja sama ada apa-apa yang menjengah kotak minda, yang menghimbau memori, yang terkesan dalam diri serta sekitar bicara hati dan pandangan peribadi yang berjiwa muda betah.

melarik kata dari pena fakir,

Salam persaudaraan.

Tiada ulasan: