Berkokok berderai-derai..


...ekor bergelumang tahi !

Hari ini ada satu kisah lawak. Tuan senator kita yang seorang ini bukan main 'agah' mengecam Pemuda parti pembangkang kerana mengadakan perhimpunan besar-besaran ketika beberapa negeri sedang dilanda banjir. Kononnya...

PAS tidak sensitif penderitaan rakyat

Tergelak besar aku membaca laporan dalam Utusan Meloya hari ini. Kelakar bercampur rasa geram. Kelakar (sebetulnya menyampah..) kerana terasa 'lelucon' benar dengan omelan si senator renta itu. Langsung tak berasas sama sekali.

Dalam laporan itu juga, turut disertakan kenyataan menantu 'harapan' Pak Lah yang tak terkecuali menzahirkan kekesalannya terhadap pihak Pemuda. (Memang dia layak menang anugerah pelakon terbaik tahunan...)

Rasa geram aku lagi membuak bila ramai rakyat Malaysia terus diperbodohkan oleh sogokan laporan media yang membelitkan tanpa mereka sedari.

Utusan Malaysia pembohong besar

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu cerita di sebaliknya. Cubalah bertanya sendiri kepada mangsa banjir di Johor. Siapa yang lebih buang liur dan siapa yang lebih gesit menghulur bantuan.

Mereka yang berkuasa memang sedap berhujah, menghentam pihak satu lagi kerana semua media dan akhbar dimanipulasikan sepenuhnya oleh mereka. Sebaliknya pihak di barisan alternatif tiada medan media yang sewajarnya untuk bersuara secara adil dan saksama kepada rakyat.

Tuduhan tersebut memang patut disanggah jika rakyat turut membuka mata, mendengar sendiri dari pihak yang menerima kecaman tersebut.

Pemuda PAS nafi tuduhan

Apa yang pasti, puak itu memang tengah meroyan sampai isu bencana banjir pun dipolitikkan!

Aduhai, kasihan mangsa banjir di Johor !


- Sudah malas hendak beli akhbar harian. Asyik baca berita mengampu melambung-lambung sampai geli-geleman anak tekak.

Tiada ulasan: