Isu agama anak : Mahasiswa suarakan bantahan


Tahniah diucapkan kepada solidariti persatuan mahasiswa atas tindakan mengemukakan memorandum dalam membantah keputusan kabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa perkahwinan.

Suatu langkah agresif dan matang ke arah membuktikan bahawa kelompok mahasiswa sentiasa responsif, lebih-lebih pula apabila melibatkan isu yang menyentuh kesucian agama Islam di negara kita.

Kes Mohd Rizuan merupakan satu lagi kes yang perlu diberi perhatian serius memandangkan sudah ada campur tangan pihak tertentu untuk melemahkan kedudukan Islam di Malaysia. Lebih mendukacitakan, golongan perosak tersebut sudah pun menguasai tampuk kepimpinan negara kita yang tercinta ini.

Maka, berjaga-jagalah wahai anak muda!

p/s: Saranan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat, perbanyakkan kajian dan perincian analitikal terhadap isu-isu semasa. Pengetahuan tidak tertumpu di bilik kuliah semata-mata. Justeru, tegarkan diri untuk menyuluh pemahaman ilmu dengan sudut pandang yang lebih luas.

2 ulasan:

Ahmad Ridhwan berkata...

Kusangkakan Prof Hazimin memberi ulasan.... Tahniah kerna berjaya mengetengahkan isu yang tak terjawab ini...

Mohd Hazimin Harun berkata...

Terkini, hasil daripada desakan banyak pihak, termasuk memo bantahan daripada pihak mahasiswa ini, keputusan kabinet tersebut kini ditarik balik dan diteliti semula melalui perbincangan melibatkan semua pihak..

isu agama jangan diambil mudah. sama-sama kita menyokong perjuangan sebegini.. InsyaAllah.