Tugasan :


Anda diminta untuk menjalankan kajian secara terperinci berhubung dengan isu-isu yang dikemukakan di bawah ini. Kajian anda hendaklah tidak menunjukkan sentimen kepartian melulu atau obses melampau kepada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan seandainya anda menyatakan pendapat dan saranan yang dirasakan wajar untuk berpihak kepada mana-mana pihak selagi matlamat yang ingin disampaikan adalah jelas, iaitu KEBENARAN dan KEADILAN.

Anda tidak diperuntukkan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan ini. Tiada had waktu. Apa yang perlu diutamakan daripada pengkajian ini adalah, mengutamakan sumber AL-QURAN dan HADITH NABAWIYYAH serta QAUL ULAMA' yang mu'tabar sebagai rujukan. Juga rujuk silang daripada sirah Nabi dan para sahabat adalah digalakkan.
Sebarang diskusi atau wawancara yang dijalankan adalah amat diharapkan tidak berkepentingan pada mana-mana pihak

Perhatian sekali lagi, matlamat yang ingin dicapai daripada tugasan ini adalah; KEBENARAN dan KEADILAN.

Sekian, terima kasih.



ISU-ISU YANG BERBANGKIT UNTUK KAJIAN

1. Lompat parti di kalangan ahli politik - Suatu kewajaran atau sebaliknya menurut perspektif Islam.

2. Penderhakaan kepada institusi beraja, apakah ini dilema bagi Melayu Muslim masa kini?

3. Tahaluf siyasi dalam politik Malaysia - suatu pendekatan atau perangkap?

4. Sikap dan akhlak yang perlu ada pada diri seorang pemain siasah(political player) dan pemimpin negara(nation leader).


Ramai orang bercakap politik sekarang semakin kotor. Adakah benar penyataan ini? Politik ada dalam Islam. Islam dan politik suatu yang tak terpisahkan. Jika kotor politik, bermakna Islam akan terkena sama. Benarkah begitu? Ibarat lembu seekor habis semua terpalit.

Aku tak reti ilmu siasah walaupun semacam teruja untuk bermain siasah. Justeru, aku tidak boleh bermain-main dengan siasah. Ia bukan sekadar semangat yang dilaung-laung. Perlu faham konsep dan perjuangan. Sebab itu, aku perlu lunaskan tugasan ini. Usah kusut memikirkan, ini sekadar tugasan peribadi aku.

Aku hanya seorang pelajar, mahu belajar dari situasi dan pengalaman. Takkan selamanya aku mahu jadi pengekor(muqallid). Mengikut dan menyokong tanpa alasan yang rasional tak membantu kita pada masa hadapan. Sesiapa yang berminat untuk membantu aku dalam kajian kecil-kecilan ini, amatlah dialu-alukan.

1 ulasan:

Tg.A berkata...

Takkan selamanya aku mahu jadi pengekor(muqallid). Mengikut dan menyokong tanpa alasan yang rasional tak membantu kita pada masa hadapan.

setuju. selain sirah sahabat/Rasulullah, mgkin boleh ambil pengajaran dari kisah permainan politik lampau di barat.

bila da siap kajian, jgn lpe kongsi disini. :)